Profile

Assalammualaikum wbt

Hai semua..terima kasih kerana sudi datang close up untuk lebih mengenali saya. Saya Rosemawatie Mah Hassan, ibu kepada 4 orang anak syurga Khairol Asyraaf Bazli, Dhia Nur Amanie, Muhamad Amsyaar dan Muhamad Ammar Al Fateh. 

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang dan ruang saya mengenali Shaklee. Saya mengenali Shaklee sejak menyusukan anak sulung saya yang ketika itu berusia 6 bulan lebih, pada 2011. Boleh baca cerita bagaimana saya bermula dengan Shaklee

Lepas Sign up ahli pada tahun 2013, saya tak ambil masa lama untuk decide berbisnes. Lagipun masa tu memang tengah giler kentang berniaga online pun ^_^

Alhamdulillah selepas berusaha untuk capai rank pertama dalam Shaklee yakni Supervisor pada tahun 2015 Feb, saya ambil terlalu lama masa bertapa untuk rank up seterusnya. Proses perubahan diri yang agak panjang..kecelaruan 'sel badan' tu terlampau banyak sangat nak kasi healing ^_^

Syukur pada Allah..pada bulan April 2017 baru-baru ini, saya naik satu lagi tangga seterusna yakni Senior Supervisor, menuju Master Coordinator dengan melahirkan seorang Leader dalam group Glorious Team yakni group bimbingan untuk pengedar aktif saya.

Lagi 5 anak tangga untuk mendaki sebagai Master Coordinator Shaklee Malaysia as a Multimillion earner..aameeen

In sha Allah..more Leader to come.

WAHM

Bekerja sebagai seorang surirumah di samping running bisnes Shaklee ni bukanlah mudah. Ia memerlukan pengurusan masa yang fix. Tapi sudah tentu apabila menjadi sebahagian team saya pastilah saya akan bimbing sehingga anak-anak bisnes saya berjaya capai perubahan income dari 2-4angka dan tentunya peningkatan angka yang seterusnya

Peluang dalam Shaklee ni terlalu besar sehingga bonus yang disediakan pula adalah infinity.

Cakap-cakap aje atau janji-janji manis atau ajak-ajak gempak tapi hampas pun tak ada tu..tiada di sini ye ^_^..saya tak janjikan bulan dan bintang untuk capai semua tu, 

Ia hanya pada kesungguhan, kemahuan, pengorbanan, dan usaha kita yang mahu mengubahnya. Saya hanyalah sekadar membantu dan memimpin tangan untuk capai misi masing-masing.