Part1# Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa

Alhamdulillah syukur pada Allah swt, dikirimkan pengantaraan teguran melalui #ireachclassroom minggu lepas dari mentor Kak Rose Mami Lyna.

Jadi..Kak Rose nak share ilmu yang Kak Rose dapat dengan kawan-kawan yang membaca entry Kak Rose hari ni..moga mengalir pahala tu berterusan bagaikan air yang tak putus-putus laluannye

Bismillahhirrahmaanirrahim....Ramai orang berimpian tapi susaahnye nak capai impian tu kan?



Juara Sejak Dilahirkan


Kita ni sebenarnya diciptakan oleh Tuhan kita untuk jadi JUARA. Ye itulah sebenarnya tujuan kita dicipta.


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz Dzariyat: 56) .



Setiap hari 15 kali kita diseru 'HAYYA ALAL FALAH' yakni marilah menuju kejayaan, mana datang 15kali panggilan tu? 

Azan hayya alal falah 2x5 :10
tambah iqamat 1x5:5 so total 15 ^_^


Diri Kita Terpilih Di Antara Berjuta



Kita memang dah dilatih untuk menang sejak sebelum kita terjadi lagi, kau orang bayangkan dalam 120 juta sperma yang ayah kita pancarkan, hanya satu sahaja yang berjaya, yakni itula kita.

Kalau Allah dah tetapkan kita ni tak ditakdirkan berjaya, kita takkan wujud pun kat dunia ni hari ni..


120 juta tu beb, bukan sikit-sikit punya angka tu, bukan 20 ekor sperma..yang tak berjaya tu yang ratus juta lagi tu

Bila kita ni dah dihidupkan, bermakna kita memang dijadikan untuk berjaya & menang..ia sudah ditakdirkan pun



Berhenti Meragui Kaki Yang Mahu Atau Sedang Melangkah


So kita kena buang rasa ragu-ragu dan was-was dalam diri kita, sebabnya keraguan dan was-was itu tak lain tak bukan semuanya tu datang dari bisikkan shaaaaiitooonnirroojiiim..yang tak mahu kita berjaya.

Syaitan ni memang suke bila kita ni buat kerja asal buat, kita bermalasan, kita tak bersungguh, tak ada maltalamat atau target..dia orang memang suka benor

Kalau kita nak join geng dengan syaitan..silakan layan lemau tu, paling utama yang mempengaruhi kalah sebelum berjuang ni adalah sebab 
bisikkan syaitan


Kenali Bisikkan Syaitan


Ye..macam mana cara nak kenal bisikkan syaitan yang halus mulus dan mudah kita ternoda ni..





Kawan-kawan mesti pernah bacakan Surah an-Nas dengan terjemahannya?

Dalam surah an-Nas kita diseru supaya meminta perlindungan dengan Allah. Supaya kita dilindungkan dari:-bisikan syaitan yang tersembunyi timbul tenggelam yang dibisikkan ke dalam dada manusia ... [114:4-5]


Bisikan syaitan ni dia tak datang ke telinga kita dan berbisik-bisik perlahan.. "Wahai Rose.. berbuat jahatlah kamuuu" tapi datangnya sangat halus dan tersembunyi. Ye..Kadang ia datang dalam bentuk lintasan, sangkaan, naluri, instinct, dan macam-macam lagi.

Sampai kita ni, tak sedar pun yang sesuatu itu sebenarnya bisikan syaitan. Kau orang kene tahu ni yang syaitan ni bergerak dalam aliran darah kita...haa tu diaa, dah kita pulak syaitan jadinya..habis dalam darah ada syaitan ^_^!? Haa jangan takut dulu..kita kan bersambung..


Nantikan sambungan Part2# Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa..tungguuuu ^_^


**Tonton juga video saya CARA MUDAH UBAH MINDSET

You Might Also Like

0 comments