7 Punca Sembelit Yang Ramai Ibu Bapa Tak Ambil Kisah


1. Susu Formula

Bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan, susu formula merupakan punca sembelit yang paling kerap dikenalpasti.

 Bayi yang menyusu badan secara eksklusif pula jarang mengalami sembelit. Biasanya, keadaan masih normal jika bayi menyusu badan tidak buang air besar sehingga 5 hari.

Bayi ummi, Aisyah yang sekarang berumur 2 bulan juga kadangkala hanya buang air besar masuk hari ketiga atau keempat. Ianya normal dan takde tanda-tanda meragam atau kembung.

2. Dehidrasi atau Kurang Air Dalam Badan

Keadaan ini lazim dikaitkan dengan anak yang kurang sihat seperti selsema, demam, sakit tekak atau nak mula tumbuh gigi. Anak yang kurang sihat menyebabkan mereka hilang selera makan dan kurang minum lalu menyebabkan dehidrasi.

Apabila kurang sumber air dari makanan dan minuman, tubuh akan menyerap air dari najis bagi mengelak dehidrasi teruk. Jadi najis menjadi kering dan keras lalu tersimpan lebih lama dalam usus besar dan menjadi punca sembelit.

3. Tidak Hirau atau Berlengah-Lengah Untuk Ke Tandas

Kebanyakan anak di usia 4 atau 5 tahun sudah tidak memakai lampin dan akan ke tandas untuk membuang air.

Kadangkala anak- anak ini terlalu leka bermain, menonton televisyen atau asyik dengan gajet sehingga suka berlengah- lengah untuk ke tandas apabila hendak buang air. Bagi anak yang sedang dalam proses “potty training”, mereka kadangkala mengalami tekanan atau sukar untuk menggunakan tandas.

Akibatnya anak menjadi takut dan menahan diri untuk ke tandas. Najis akan terkumpul terlalu lama di dalam usus besar akan menjadi keras dan menyebabkan sembelit.

4. Kecacatan Sejak Lahir

Ada juga kes sembelit yang disebabkan kecacatan sejak lahir (congenital disease) yang digelar “Hirschprung Disease “.

Ianya keadaan di mana lubang dubur agak kecil dan ketat lalu sukar membuang air besar. Terdapat juga kes pembentukan lubang dubur tidak sempurna akibat masalah “spinal bifida”, “anorectal malformation” dan “cystic fibrosis”.

Jika bayi dan anak sembelit teruk secara berterusan, adalah dinasihatkan untuk membawa mereka berjumpa doktor supaya kemungkinan “Hirschprung disease” dapat dikesan lebih awal. Pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk mengubati penyakit ini bagi mengelak sembelit berulang.
Jika dibiarkan, kemungkinan anak tidak dapat membuang air besar selama beberapa bulan sehingga abdomen mereka menjadi kembung dan ini amat merbahaya.
Walaubagaimanapun, kebarangkalian kes “Hirschprung disease” adalah 1:10, maka ianya masih rendah.

5. Gangguan Fungsi Usus

 sistem penghadaman yang tidak sihat akibat gangguan dalam fungsi usus. pergerakan usus tidak lancar dan anak membuang air besar dua kali dalam seminggu. Anak juga akan menghadapi kesukaran membuang air besar, sakit perut dan meneran sehingga muka kemerahan, manakala najisnya juga keras.

6. Diet Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Diet yang tidak seimbang seperti makanan dengan kandungan gula yang tinggi dan banyak lemak trans serta makanan proses menyumbang kepada gangguan usus kanak-kanak.

7. Pengambilan Ubat-ubatan Tertentu

jangkitan usus, alahan makanan, tekanan dan penggunaan ubatan untuk mencegah lelah serta antibiotik juga menyumbang kepada punca gangguan usus kanak-kanak

Sembelit sukar dirawat sekiranya masalah dibiarkan berlarutan lebih lama dan ini akan menyebabkan mereka mengalami fobia. Masalah lain yang timbul akibat sembelit seperti perut yang tidak selesa dan sakit, hilang selera makan, kentut dan najis berbau sangat busuk, malah anak juga menjadi cepat marah dan perasaannya sentiasa berubah.

“Masalah sembelit yang kronik juga dikhuatiri menjadi punca kanser kolon dalam jangka panjang disebabkan bahan buangan mengandungi toksin tidak dapat dikeluarkan dari tubuh, di samping itu jangkitan pada saluran kencing juga boleh berlaku.

“Bagi mengatasi sembelit, ibu bapa boleh memberikan anak ubat pelembut najis, selain melatih mereka menggunakan tandas seperti duduk pada mangkuk tandas dengan betul dengan menetapkan paras kedudukan punggung dan kaki.

Ibu bapa juga boleh mengurut perut anak selama 10 minit selepas makan bagi melancarkan pergerakan rektum dalam perut,” katanya.

Vitamin Bantu Secara Semulajadi


Mealshake adalah minuman nutrisi yang mampu 'bekerja' untuk membantu atasi masalah sembelit anak-anak kita.

Lihat Testimoni dari ibu-ibu yang berpuas hati dengan kesan positif ini.




Bagaimana untuk dapatkan Mealshake Shaklee ini?

Boleh terus contact saya Rose di 0197731060

You Might Also Like

0 comments