9 Tips Berpantang Di Rumah Sendiri Buat Ibu Muda Yang Berpantang Pertama Kali

  • Wednesday, November 14, 2018
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Saya ada empat orang anak. Jadi dah ada pengalaman 4 kali berpantang. Berpantang pertama kali, saya pantang rumah mak saya. Mestilah nak mak kita jaga kan ehehehe. Masa tu malu-malu siput lagi dengan mertua..kikikik.

Maasuk je anak nombor dua sampai nombor tiga. Semua bersalin di kampung suami, nasib baiklaa masa tu dah kamcing rapat dengan mertua. So dah tak ada masalah dah.

Cuma anak pertama memang saya sepenuhnya 44hari dijaga oleh mak, masuk anak nombor dua, dah 20hari lebih macam tu baru balik rumah sendiri di Perak. Itu pun dalam 20hari tu berbahagi pulak mertua sikit mak mertua sikit..sama adil gitu kan. hihi

So selebihnya habiskan berpantang sendiri. Dah ada pengalaman pertamakan so pepandailah. Tapi masuk anak ketiga, berapa belas hari je lepas bersalin terus balik rumah sendiri, lagilah singkat bila anak ke empat.

Udah kata mak 'Hang pandai-pandailaa Rose kat rumah nanti, bukan tak pernah bersalin'

..tapi bebel tetap laa mak bebel, ingatkan kita ni macam-macam, jangan tak berbengkung, jangan tak bertungku, jangan buat kerja sangat, jangan itu jangan ini..huuuuh banyak laa lagi..hihi

So buat ibu muda yang pertama kali berpantang, dan TERPAKSA BERPANTANG SENDIRI, haa kenalaaaaah ikut TIPS di bawah ini ye.

Insha Allah bakal memudahkan tempoh berpantang kau orang semua..amiiin ya Allah

1. Perlu Ada Perancangan


Bila kita dah tahu masa mengandung nanti kita akan berpantang sendiri, segera atur bagaimana nak hadapi waktu selepas pulang ke rumah nanti, bermula dengan persiapan di rumah ketika hari pertama sampai laa habis minggu kedua.

Masuk minggu ketiga kita dah kuat sikit, So make sure minggu pertama & kedua tu, sebolehnya biarlah semua urusan rumah serah pada  suami 100%, takkan suami tak cuti kan, 

Pakaian ibu dan baby sendiri, pastikan dah asing siap-siap di dalam bilik di tempat yang mudah untuk ibu menguruskan diri dan bayi sahaja.

Kalau nak duduk di ruang luar bilik, harus aturannya yang bagaimana. So plan lah semuanya. 

Kalau pengalaman saya sendiri, saya banyak bergerak cuma tak lah terlalu aktif, so masih menggunakan cara di atas untuk bantu memudahkan saya menguruskan diri saya dan meminimakan apa yang sewajarnya ketika berpantang sendiri.

So sepakat dengan suami dan plan baik-baik. Moga Allah mudahkan rancangan ibu semua. Insha Allah 

2. Perlu Usaha Untuk Kerap Berbengkung


Ye. Bagi ibu baru, bengkung ni amatlah penting tau sebenarnya. Jangan ikut-ikut orang kalau ada kawan-kawan datang tengok kita, & bagi alasan 'aku tak berbengkung pun sangat dulu, okey je'

Haa itu..dia. Kita jangan. By right bengkung selain untuk bantu kita slim balik, ia jugak bagus untuk bantu sokong rahim kita dalam proses pemulihan, rahim kita ni selepas bersalin masih macam 'fragile' tau. Maksudnya kita kena taking care betul-betul kalau nak cepat baik semasa dalam pantang.

Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, amalan berbengkung dapat mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’. Ia juga memperbaiki postur, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.
Kalau ada yang nak memperlekehkan atau nak kita bertindak sambil lewa tu..bagi senyum je pada dia orang😁

3. Pakai Stokin



Stokin ni, tujuan nya untuk bantu elak dari kaki sejuk,


bertujuan mengelakkan urat kaki kita daripada bersimpul dan mengelak ‘angin’ memasuki badan kita. Bila rasa tak bermaya, pening-pening lalat dan sebagainya, itulah tandanya badan kita dimasuk ‘angin’

So jangan biar kaki tak berstokin ye. Seriously kalau yang ni pakailah. Jangan ambil mudah.

4. Jangan Abaikan Kesakitan


Semasa berpantang sendiri ni, banyak kemungkinan keadaan kita boleh jadi diluar dugaan kita, sebab masih baru jadi pengalaman ibu-ibu masih belum aware pada perkara-perkara yang sebelum ni hanya tau dalam rujukan bertulisan dan berlisan 

Tapi dah tentulah lain keadaan bila kita dah laluinya. So kalau ada rasa sengal-sengal badan sakit seluruh badan, mungkin ibu terkena bentan. 

Atau ada apa sahaja keadaan yang memerlukan segera ke hospital atau klinik berhampiran, JANGAN BERTANGGUH atau BIARKAN keadaan tu berlarutan

Segera dapat kan rawatan.

5. Berpantang Yang Sewajarnya


Ada orang fanatik semasa berpantang sampai tak boleh makan makanan yang sepatutnya memberi manfaat pada ibu berpantang. 

Ada insan disekeliling saya yang juga masih mengamalkan pantang yang extream seperti tak boleh makan buah-buahan, ada yang makan ikan salai, ada yang makan sayur pun sikit-sikit je bimbang kembang urat.

Allahu. sebenarnya dalam pantang ni KITA PERLU MAKAN SECARA SIHAT, ada yang sampai takut nak makan sebab berpantang, so makan biskut roti je, cicah milo kopi. 

Makanlah yang menyihatkan semasa proses pemulihan kita ni, badan sangat perlukan pelbagai nurient dari makanan untuk membantu badan kita cepat pulih.

Jangan makan ikut sesuka hati je ye, mana yang tak boleh jangan kau orang hentam ngap aje..hihihi

Sekarang ni banyak perkongsian di google tentang menu berpantang

Untuk memudahkan, ibu boleh print siap-siap menu makanan beserta resipi yang ‘simple’. Jadi, kalau ibu tak dapat memasak, suami bolehlah membantu dengan mudah.

Ada jugak bidan-bidan yang buat memang mengambil tempahan untuk sediakan menu berpantang yang dihantar ke rumah. Google kan aje ^_^

6. Minum Air Secukupnya


Air ni penting sangat. Mitos tak boleh minum banyak air masa dalam pantang tu tak boleh pakai dah ye. Kita perlu ingat kita bakal susu kan bayi kita, dan air adalah penyumbang utama penghasilan susu yang banyak buat bayi kita.

Malah dengan minum air secukupnya membantu ibu sentiasa segar dan mengelakkan sembelit.

Jangan pulak ibu-ibu pi minum air sejuk pulak ye. kajian dan bukti yang kukuh mengatakan bahawa ais akan mendatangkan mudarat kepada ibu berpantang. Yang penting, elakkan air manis kerana ia sememangnya tidak menyihatkan.

7. Jangan Sibuk Buat Kerja Rumah

Tadi saya dah mention kan, by right kalau kita tak ada masalah apa-apa sangat, 

Jadi, cuba minimakan kerja anda sebanyak mungkin. Contohnya, cukuplah dengan memasak sekali untuk sehari. Sarapan dengan makanan yang mudah seperti roti atau lempeng dan sekalikan lauk tengahari dan malam. Tangguhkan dulu kerja lain yang boleh seperti mencuci baju atau menyapu sampah.

Ini bukannya masa untuk anda menjadi ‘superwoman’ dan penyelamat untuk semua orang. Ahli keluarga tentu memahami keadaan anda

8. SELALU KELUAR RUMAH

Sediakan semua keperluan menyambut bayi dan keperluan diri seperti stok makanan, peralatan mengepam susu, ubat-ubatan, dan sebagainya supaya anda tak perlu lagi keluar rumah semasa berpantang sendiri.

Ada yang menganggap amaran ini kolot, tapi dari saintifiknya ia ada juga kebenarannya. Ini kerana, bayi baru lahir amat sensitif dan mudah terdedah kepada kuman sekeliling. Ibu pula masih belum betul-betul pulih dan terpaksa mengangkut banyak barang untuk keperluan bayi. Bukankah ini akan menyukarkan dan boleh membahayakan?


Namun, menurut laman Web MD tiada salahnya jika anda terpaksa ke hospital untuk urusan bayi. Cuma perlu pastikan bayi berpakaian sesuai dan elakkan tempat awam yang sesak.






9. Bimbang Tak Pandai Jaga Diri Dalam Pantang
Ok. Kalau memang rasa diri macam tak boleh nak handle keadaan semasa berpantang tu nanti, jangan risau, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online. 
Ibu-ibu boleh google atau buat carian di Facebook search dengan sertakan keyword Bidan yang berhampiran atau di tempat tinggal ibu.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang. 
Cuba tengok nenek zaman dulu, dia orang still langsing kan, ada yang nampak kuat lagi buat kerja kebun segala, walhal dah beranak ramai.
Mereka dulu pemakanan dah tak macam kita sekarang, banyak aje yang fast food segala, dia orang pulak dulu tak banyak pencemaran, sayuran tanam sendiri, ulam makan mentah segala.
So pastinya kesihatan tu berpanjangan kalau kita amalkan apa yang sewajarnya. Sebaiknya semasa berpantang suplemen semulajadi yang terbukti ada kajian jangan diketepikan..
Ia seumpama kita menjaga diri kita sama seperti nenek-nenek zaman dulu, sebab suplemen ni berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan yang sumbernya dijaga rapi dari tanah tempat mereka perlu menanam, pemilihan benih, pemprosesan sehingga lah packaging sekali pun.

So kalau nak dapatkan suplemen Shaklee ini, boleh contac saya Rose di 0197731060 atau buat belian terus di bawah ini, KLIK ORDER NOW!



Perkongsian testimoni Set berpantang Shaklee, cekdiiisouuut uolss ^_^




You Might Also Like

0 comments