Apa itu penyakit Hypothyroidism?
-
Hypothyroidism ialah satu keadaan dimana badan kekurangan hormon thyroid
akibat daripada kelenjar thyroid (tiroid) yang kurang aktif. Tanpa hormon
tiroid yang cukup, banyak fungsi tubuh menjadi perlahan. Ia juga dikenali sebagai
penyakit kelenjar tiroid.
Bagaimana Hypothyroidism terjadi dan kaitannya dengan tumbesaran badan
(metabolisma)?
-
Metabolisma ialah proses yang dilakukan oleh tubuh untuk mengubah apa
yang kamu makan dan minum menjadi tenaga. Tenaga ini kemudiannya disalurkan ke
seluruh badan samaada untuk pencernaan makanan, bergerak ataupun berehat.
Thyroid
-
Merupakan satu kelenjar di bahagian halkum yang menggunakan iodine
(umumnya berasal dari makanan misalnya laut dan garam) untuk menghasilkan 2
jenis hormon yang penting dalam metabolisma iaitu hormon thyroxine (T4) dan
hormon triiodothyronine (T3).
Bilangan hormon T4 dan T3 di dalam badan masing-masing ialah 99% dan 1%,
tetapi hormon yang penting untuk badan ialah T3. Walaupun begitu, semasa di
dalam badan, T4 akan ditukarkan menjadi T3 dari semasa ke semasa bagi menampung
keperluan badan memerlukan T3.
Kekurangan rembesan hormon T4 dan T3 (hypothyroidism) akan
mengurangkan/melemahkan proses metabolisma dan sekaligus akan memberi impak
yang besar kepada badan dari segi fizikal dan emosi.
Apa yang menyebabkan hipotiroidisme?
Hypothyroidism mempunyai beberapa penyebab, termasuk
1. penyakit Hashimoto
2. tiroiditis, atau keradangan kelenjar tiroid
3. hipotiroidisme kongenital, atau hipotiroidisme yang hadir sejak lahir
4. pbedahn pelantikan sebahagian atau seluruh kelenjar tiroid
5. radiasi rawatan tiroid
6. kesan beberapa ubat
-
Hipotiroidisme juga disebabkan oleh yodium terlalu banyak atau terlalu
sedikit dalam diet atau dengan kelainan kelenjar hipofisis.
-
Orang yang menghidap hypothyroidism tidak mempunyai hormon tiroid yang
cukup
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism:
1. Badan rasa lemah
2. Daya ingatan menurun
3. Hilang indera rasa dan
bau
4. Kadar pengepaman jantung
perlahan
5. Kulit jadi kuning –
lesu, pucat
6. Kulit kering
7. Masalah kesuburan
8. Menjadi tuli, tinitus
(telinga berbunyi)
9. Muscle cramp dan
bengkak
10. Myxedema – cecair
keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
11. Pendarahan haid banyak
(heavy period)
12.Percakapan lambat
13. Pertambahan berat
badan
14. Rambut rontok
15. Rasa mengantuk
16. Rendah nafsu seks
17. Sakit kepala
18. Sembelit
19. Suara menjadi serak
20.Tak tahan sejuk
TAHUKAH ANDA???
Seseorang yang kurang makan makanan laut, seperti ikan mempunyai risiko
yang tinggi untuk menghidapi gejala hypothyrodism ? Tapi janganlaa ambil berlebihan pula..moderatelaa kan..
Tidak lupa kepada perokok. Haba asap, dan bahan-bahan kimia lain di
dalam rokok akan sedikit sebanyak menggangu proses yang terjadi di thyroid. -
Kanser Tiroid.
0 comments