Ciri-ciri Suami Mithali



Suami Mithali ialah suami yg bertanggungjawab terhadap apa yg dikehendakinya oleh Allah S.W.T, dari semua aspek tuntutan kehidupan termasuk pendidikan, pengawasan & kepimpinan dalam keluarga.



Untuk menguatkan lagi bukti ini, Allah S.W.T telah menjelaskan di dalam Al-Quran Surah Al- Tahrim Ayat 6 yang membawa maksud:



“Selamatkanlah diri kamu & ahli-ahli kamu dari api neraka”





Di antara cirri-ciri suami mithali adalah seperti berikut:-


  1. Suami Mithali ialah suami yang mempunyai ilmu, berakal & beramal soleh.
  2. Suami Mithali ialah suami yang bertolak ansur & berlemah lembut dengan isteri & anak2.
  3. Suami Mithali ialah suami yang mempunyai akhlak yang tinggi & peribadi yang baik.
  4. Suami Mithali ialah suami yang mencari nafkah dari sumber yang halal.
  5. Suami Mithali ialah suami yang sentiasa berlapang dada & panjang pertimbangan.
  6. Suami Mithali ialah suami yang mengawasi keselamatan, keselesaan isteri & keluarga.
  7. Suami Mithali ialah suami yang mempunyai peribadi yang boleh dibuat teladan seperti bercakap benar, baik akhlaknya terhadap isteri, keluarga & lain-lainnya.
  8. Suami Mithali ialah suami yang pemaaf & mudah meminta maaf.
  9. Suami Mithali ialah suami yang selalu berbaik sangka dengan isteri.
  10. Suami Mithali ialah suami yang mempunyai istiqamah dalam melayan isteri.
  11. Suami Mithali ialah suami yang suami yang pandai membahagikan masa & mengatur program kerja terhadap isteri & anak2.
  12. Suami Mithali ialah suami yang disegani, dihormati bukan ditakuti.
  13. Suami Mithali ialah suami yang pandai bergurau & pandai mengambil hati isteri & anak2.
  14. Suami Mithali ialah suami yang dapat mencontohi segala peribada akhlak yang telah ditunjukkan oleh Junjungnan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W.

Moga panduan ini dapat memberi manfaat untuk pembaca yang sedang mencari teman hidup mahupun yang sudah berkahwin.  Bukanlah kita perlu pilih se’perfectnye, kerana tidak ada manusia yang sempurna, akan tetapi kite dituntut untuk mencari yang terbaik untuk kita, sekirenya jodoh kita bukanlah seperti di atas..Bersama-samalah memupuk kasih sayang & ciri-ciri seperti di atas.

You Might Also Like

0 comments