Perkahwinan Platform Untuk Berubah Jadi Lebih Baik

Ye. Perkahwinan adalah peristiwa yang telah menjadi satu turning point yang banyak membantu Kak Rose usaha lakukan perubahan pada diri.

Mungkin antara kita ade kisah yang tak mahu diingat dikenang..tapi ia sentiase menjadi satu motivasi untuk kita terus kehadapan menjadi lebih baik dari semalam.

Kitakan sebaik-baik umat ciptaan Allah. Takkan kita nak jadi so so je kan..
Mesti nak jadi terbaik.

Antara hikmah sebuah perkahwinan adalah untuk memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram, pelihara kesucian keturunan kita dan matlamatnya tentulah nak kecapi bahagia.



Bahagia dari segala segi, bahagia dari zahir dan batin, untuk bahagia jiwa rohani kita, untuk Allah sayang kita, untuk kita lebih dekat padaNya

Sebab kita nak masuk syurgakan..mesti kita nak kembali pada Dia dalam keadaan bersih sepertimana kita dilahirkan..


Sebab tu perkahwinan itu jika diamati dan dilaksanakan dengan baik oleh setiap pasangan in sha Allah, akan Harmoni.

"Seorang suami apabila memandang dengan kasih sayang dan isteri pun memandang dengan kasih sayang maka ALLAH memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan isterinya maka dosa kedua-duanya berguguran dari celah jari tangan keduanya.." - (HR. Rafii)


Kalau lepas kahwin pun masih tak berubah..kene usaha do somethinglah dengan diri kita, sebab

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA APA YANG PADA DIRI MEREKA ” QS 13:11
#tsunamishaklee
#tsunami2018
#ohsem22

You Might Also Like

0 comments