Travel Rugi Atau Menguntungkan?

  • Tuesday, February 13, 2018
  • By Rose MH
  • 1 Comments


“To travel is to take a journey into yourself” -Danny Kaye.

Maksudnya bila kita travel, kita akan lebih kenal potensi diri kita & tujuan hidup kita. Bila travel kita akan ditemukan dengan cabaran baru, kita akan jumpa orang baru, kenali akan mengenali budaya dan gaya hidup baru yang sangat berbeza kehidupan seharian kita sendiri


Travel Untuk Orang Banyak Duit


Dulu-dulu Kak Rose sangat skeptical tentang travel..yelah bukan ke nak pergi obesi tu..mau duit kene ada kepok-kepok..layak untuk orang kaya-kaya je kalau macam tu..

Tapi bila dah mengenali mereka yang biase travel dan berada dalam kumpulan mereka, mendengar kisah mereka bagaimana mereka melakukan 

Sebenarnye ia bukan layak untuk orang kaya sahaja, kita yang biasa-biasa ni pun boeeeleeeh ^_^

Travel Rugi Atau Menguntungkan?


Satu kebetulan betul...semalam petang dari topik ke topik sampailaa cerita pasal saving & travel dengan encik suami..

  Then ada sedikit pencanggahan pendapatan..

Hermmm..takpe, ada hikmah ni. Kebetulan pula hari ni..menarik nak ceritakan bagi seorang yang hanya pernah 'travel' dalam negeri..😂

Jangan kesian dulu atau mencebik😄😄😄

Tempat pertama Kak Rose musafir adalah di Cameron Highland..Allah bagi nak dekat 2tahun. Kire 'travel' jugak lah😃 keluar dari tempat bermastautin.

Start dari pada tu..bertukar pulak ke Melaka, stay/kerja sekejap dalam setahun lebih di sana dan last habiskan zaman bujang di Kuantan.

Kiranya memang tak duduk kampung sangat..suka 'travel' kehkehkeh..consider travel laah tu.

Ye..semuanya memberi kesan dan menjadi satu turning point buat Kak Rose..dari seorang A kepada seorang B.

Tak ada apapun yang nak dibanggakan sangat..cuma Kak Rose bersyukur..the way Allah lorong perjalanan kehidupan Kak Rose tu

Banyak membantu mengubah persepsi, the way kita berfikir, pergaulan kita, positif dan negatifnya, ikutan yang baik mahupun yang buruk, cara bawa diri sebagai perantau..

Semua tu banyak beri impak pada keseluruhan kehidupan dan menjadi siapa diri Kak Rose hari ini

Sehinggalah 'travel' dan terus 'migrate' di Ipoh, Perak pulak..tapi Allah bagi pengalaman bukan disitu sahaja..

Lepas jadi fullhousewife dan beri tumpuan pada keluarga..jumpa pulak bisnes Shaklee..Allah bagi impian untuk travel lebih jauh luar dari Malaysia

Seperti mana antara yang disebut Allah dalam Alquran

"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan" QS. 67:15

Banyak lagi..pi baca kat sini --> 30:9, 29:20, 27:69, 16:36 diulang dalam 3:137, & 6:11, 40:82

So, ini 'LIFE TRAVEL' Kak Rose,apa yang rugi? Banyak perkara yang Kak Rose belajar dan gain, sesuatu yang tak ternilai sebenarnya

Impian Travel Melihat Bumi Allah


Kalau nak kata kita travel buang duit, sebenarnya tak tau..kalau kita bijak manage perbelanjaan atau tabung travel kita, kita pun boleh travel. Iyeee..macam mana? 

Buat lah rujukkan pada mereka yang travel 'light' macam backpacker, ramai je sekarang yang share pasal tips-tips travel, tips bajet dan siap itinerary lagi tau..

Kita jangan awal-awal dah minda block kan fikiran kita..buat RUJUKKAN & BANYAKKAN BERTANYA, RANCANG SEBAIK-BAIKNYA TRAVEL kita


Perintah Allah Untuk Musafir


Ada sebab kenapa Allah suruh kita MUSAFIR. Bina penjelajahan sendiri.

Bila kita travel, kita akan temu kedamaian hati, pengetahuan kita luar biasa, kita mampu memahami hakikat kehidupan, kite mula kenal potensi diri & tujuan hidup kite

Kita ditemukan dengan cabaran-cabaran baru, jumpa orang baru, budaya baru, gaya hidup baru yang jauh berbeza dari kehidupan harian kita.

Travel buat ita mula memahami ayat-ayat Allah sehingga kita akan senantiasa bertasbih dan khusyuk kepada Allah.

Ye sebahagiannya Kak Rose dapat..tapi Kak Rose nak lebih lagi..nak travel ke tempat yang jauh lagi..bumi Allah kan luas.

Berimpianlah untuk travel. Allah pasti makbulkan😊

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#tsunamishaklee2018
#ohsem22
#founderofgloriousfamily

 
Jom kita dengar Kak Rose bebel sikit macam mana Bisnes Shaklee ni boleh bantu kita travel?


You Might Also Like

1 comments