Pengalaman Balik Kampung Sebelum Dan Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Covid19

Aku memorikan perjalanan kami semasa Covid19 ni, agar suatu hari nanti..boleh di baca semula oleh anak cucu. 

Walaupun perjalanan ni tak adalah yang menarik apa sangat pun. Ia umpama short dairy sahaja. 

Tapi cukuplaah untuk jadikan pengalaman semasa tempoh kawalan pergerakkan ni. 

14 Mac 2020 | Sabtu
lebih kurang pukul 1pagi. 

Kami berangkat tinggalkan Tanjung Rambutan, exit di Yong Peng setelah beberapa kali stop sepanjang highway menghampiri waktu fajar muncul. 



Selesai hadiri majlis kahwin di Batu Pahat, sebelum masuk kereta semua orang basuh tangan. Masuk je kereta ambil siap-siap penguat imun dari vitamin Shaklee. Omegaguard and Vitamin C Shaklee.. anak-anak makan Chewable C Plus. 

Kami bergerak pulang ke Mersing tanpa stop di mana-mana. Cukup sekali tu muncul di tempat ramai orang. 

Sampai di Mersing, kami tak rancang apa-apa aktiviti luar. 

Ketika ini, kes Covid19 adalah sebanyak 238 kes positif Covid19.


15 Mac 2020 | Ahad

Masih tak ke mana-mana hanya habiskan masa di rumah. Anak-anak main kat laman umah nenek je haa. 
Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga walaupun ketika ini Mersing belum ada kes lagi. 


Dalam masa yang sama jumlah mereka yang infected pada Covid19 meningkat. 



16 Mac 2020 | Isnin

Kami masih di Mersing, malangnya terkini kes Covid19 menambah angka positif dari kluster perhimpunan tabligh di Masjik Jamek Seri Petaling, menjadikan jumlah pada hari ini, 



Di Facebook ramai yang kutuk, ramai yang bercakap negatif mengenai perhimpunan ini. Sebab selesai perhimpunan for sure masing-masing ada contact dengan orang lain kat mana-mana..balik rumah keluarga dah tentulah. 

Dek kerana ada masyarakat Malaysia yang tak cakna dengan larangan perhimpunan dan jangan ke tempat terbuka (aku pun tawakal je itu ari dan seriuosly kami ambil langkah penjagaan kebersihan dan makan vitamin untuk kuatkan imun badan), ramai yang expect kerajaan kene buat 'lockdown' macam kat China. 

Masa tu jugak isu baru keluar semua orang nak serbu market berhampiran nak prepare takut Malaysia kene lockdown makanye dah berpusu panic buying semua everywhere serata Malaysia. 

Berderet-deret status and image panic buying keluar. 

Lepas magrib aku notice kat facebook ada perutusan dari Perdana Menteri tepat pukul 10malam. Aku ngan mertua je ngadap masa ni. 

Anak and suami kat rumah sedara, ipar aku kat rumah mak dia. Kat facebook ade kawan-kawan harapkan biarlah esok boleh buat aktiviti harian macam biasa. 

Ada yang bersetuju untuk lockdown terus. Dan macam-macam lah timbul. 
Tepat pukul10malam. PM istiharkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(kau orang klik link ni👆, detail ada kat situ).

perintah ini berkuatkuasa 18hb - 31hb. Aku sedikit lege sebab mujurlaa bukan lockdown sebabnya kami kat kampung.

Persediaan apapun tak buat. Kalau buat perintah macam ni, bukan bermakna kita boleh sesuka hati lagi nak keluar ke tempat awam, melepak sana sini atau nak jalan-jalan kat tempat terbuka tanpa tujuan.

17 Mac 2020 | Selasa

Petangnya dapat berita suami diarahkan balik..cuti ditarik dan yang nak cuti pun tak boleh, cuti dibekukan, di saat kami jarang balik ke kampung nak jumpa family, memanglaa ada rasa ketidakpuas hati pada masa tu..bila direnungkan balik dengan keadaan genting sekarang, tak apalah, orang lain ada yang berjuang hadap mereka yang terkena virus depan-depan lagi..

Ketika itu juga 1 kes dah ada di Mersing. 

Setelah berbincang, kami balik malam tu jugak ke kampung aku, sebab turn rumah sana sepatutnya hari Khamis memandangkan cuti patut habis 22hb.

Usai bersiap, berangkat. Sepanjang jalan Mersing - Rompin - Muadzam Shah - Chanis, masih banyak kereta.

Macam biasa suasana jalan yang masih banyak kenderaan tapi tak jem. Mungkin ramai yang lakukan pergerakkan ke suatu tempat sebelum 18hb MCO (Movement Control Order) berkuatkuasa. 

Sampai je kampung dah tengah malam, terus ke kedai makan mak abah..aku tengok mak abah. Allahuu..terubat rindu.

Kami bermalam satu malam di kampung aku dan esok kene gerak balik Perak dah. Suami kene masuk kerja 19hb.

18 Mac 2020 | Rabu
Tempoh berkuatkuasa MCO bermula. 

Sehabis baik guna masa satu hari yang singkat tu.. terasa satu hari tu singkat sangat-sangat, plan nk ke rumah jiran untuk ziarah Cik pah sekeluarga (anak cik pah meninggal bulan lepas), kami tunda..bimbang takut membangkitkan ingatan pula. Tak apela tak lama lagi kami balik lagi. 

Malamnya lebih kurang pukul10 lebih. Kami gerak balik ke Perak. 

Kenapa tak balik siang? Kami plan bergerak malam atas faktor elak jem. Awalnya stop kat station minyak isi penuh minyak. 

Suami ketuk cermin suh keluarkan sabun. Basuh tangan dengan Basic H Shaklee bersih-bersih tangan sebelum masuk kereta. Yang bagusnya Basic H tak ada sebarang bahan kimia yang akan masuk ke salur darah.

Sepanjang jalan, agak lengang kereta..kami pun memang tak nak berhenti kat mana-mana dah, kecuali tukar driver je. 

Lalu roadblock pertama di Kuala Pilah. 

Kemudian roadblock kedua sebelum toll Senawang. 

Pukul12 lebih macam tu kat RNR Dengkil.  Berhenti nak tukar driver dan aku nak ke toilet sama. Dua kali basuh tangan sebab dah touch area toilet and sinki.. tetiba rasa seakan dalam movie pulak all the time kene bersihkan tangan😅 hat movie tu lagilaa kene 'screening' satu badan. 

Which is sebenarnya bagus sangat-sangat pun bila setiap masa kene bersihkan tangan nih. 

So aku start drive dari RNR Dengkil tu. Sepanjang jalan, highway lenggang sangat. Tak banyak kereta. Sekejap-kejap aku betulkan duduk, alih mata ke jam.. bukak radio yang senyap, gelap..pandang jalan yang sepi. 

Lori banyaklaa jugak time ni.. kereta-kereta biasa tu ada masa berkumpulan. Ada masa lenggang. 

Terngimbau pulak macam-macam kadang tu. Moga Covid19 ni cepatlah berlalu. Memang sejarah betul lalu highway lenggang macam ni.. bukanlaa tak pernah lalu lewat malam.. tapi berbeza sangat-sangat kali ni. 

Sampai di Tanjung Malim mata aku dah tak tahan dah..tak standby Cinch Tea Mix awal-awal padahnya nih. Cinch Tea tu bagusnya memang segarkan mata bila nak drive long distance macam ni. 

Bagus jugak untuk kau orang yang kerap energy drop tu. Dia booster energy kita. 

Sepanjang jalan ni masuk order Vitamin C Shaklee dan ResV. Semua orang nak kuatkan imun badan terutama sel DNA. Kuat sel, kuatlah imun sistem kita melalui pengambilan ResV dan Vitamin C Shaklee. 

Masa kat RNR Tanjung Malim, sekadar tukar driver. Aku dah tak tahan dah mata masa ni. Terus suami drive sampai rumah dalam pukul4 pagi. 

Alhamdulillah, kami selamat sampai. Ngantok penat toksah cakaplaa..sapu area tempat anak tidur, hampar toto..angkat anak yang mana boleh angkat. Yang mana bagun sendiri..terus terjah sofa. 

Bawak keluar barang yang patut je. Yang lain tu esok-esok lah. Selesai voice note mertua, message kat group family aku bagitahu kami dah sampai. Terus terlelap. 

19 Mac 2020 | Khamis

Awal pagi dah bangun untuk uruskan hal rumah yang ditinggalkan. Buat sarapan semua. Suami mintak masuk lambat. Kepala dia pun tingtong lagi tak cukup tidur. 

Walaupun bimbang dengan keadaan di rumah sendiri, kene duduk kat rumah diam-diam tak boleh ke mana-mana. Kat area kami ni dah ada positif kes cuma bukan orang taman je. 

Sampai jiran update ada kereta polis ronda pakai pembesar suara mintak semua orang berada dalam rumah. 

20 Mac 2020 | Jumaat

Jumlah positif Covid19 terus meningkat ke 900orang dilaporkan sehingga tengah hari semalam, kau orang boleh tengok kat Portal Kementerian Kesihatan



Allahuu.. syukur sangat-sangat. Sepanjang di kampung, lalui perjalanan pulang dan sekarang kami #stayathome only. Tak mahu keluar ke mana-mana, kecuali suami sahaja urusan kerja dan beli bekalan makanan kat rumah. 

Kawan-kawan, lets spread #loveandhope #stayathome, berhenti blame orang sana sini yang dok degil apa semua tu, kita sama-sama bawa peringatan kat semua social media yang ada, untuk sentiasa ingat mengingati. 

Mari sama-sama banyakkan doa, buat solat hajat, niatkan setiap kali sebelum baca yasin, doa untuk negara kita semoga selamat segera dari peningkatan Covid19 ni.

Kita doakan juga mereka yang positif Covid19 tu cepat-cepat sembuh segera. 

Moga Malaysia kembali seperti biasa malah lebih sejahtera lagi selepas ni. Amiin ya Allah. 

#kitajagakita. 💪💪💪💪



You Might Also Like

0 comments