Cara Mudah Atasi HB Rendah Bagi Wanita Hamil

  • Wednesday, December 19, 2018
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Adakah anda ibu yang bakal melahirkan anak pertama?

Dan kerap merasa pening sekarang?

Penyebab kenapa ibu hamil kerap merasa pening, adalah bergantung pada usia kehamilan ibu itu sendiri. 

Pada awal trimester pertama, ibu mungkin rasa pening & loya kerana tekanan darah yang rendah. 

Ini berlaku kerana hormon kehamilan yakni progesteron merehatkan dinding salur darah, menyebabkan tekanan darah ibu menurun & sekaligus ibu akan pening seawal minggu kelapan. 

 Sakit kepala ini akan berkurang apabila memasuki usia kehamilan trimester kedua apabila ibu telah mencapai keseimbangan hormon dengan syarat sakit kepala itu tidak berkaitan dengan tekanan darah tinggi.

Pening ni adalah ciri2 biasa kehamilan. Setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.



Akan tetapi, jika ibu sering mengalami sakit kepala & mempunyai tekanan darah tinggi. Ia tidak boleh dipandang remeh & pemeriksaan segera perlu dilakukan kerana ia berisiko & boleh meragut nyawa ibu & bayi.



Punca pening semasa trimester kedua & ketiga.

Seorang ibu hamil yang melalui tekanan di tempat kerja & dalam masa yang sama bila pulang ke rumah nak kena handle keluarga pula..suami & anak2 yang masih kecil.

Secara fisiologinye, wanita yang hamil tidak mempunyai kekuatan seperti wanita yang tidak hamil.

Makanya, tekanan & kesedihan jadi antara punce mereka sakit kepala.

Antara punca2 lain: 


1. Rahim kita yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah & boleh menyebabkan kita rasa pening.

2. Berdiri terlalu cepat - darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak, ini dikenali 'hipotensi postural'.

3. Berbaring terlalu lama - kira2 1 dalam 10 wanita mengalaminye disebabkan oleh masalah tekanan darah.

4. Lambat makan & gula dalam darah rendah terutamanya pada lewat petang, jika ibu mengalami masalah kekurangan darah (anemia) & ibu rasa terlampau panas.  

Dalam kamus perubatan terdapat lebih daripada 400 jenis anaemia yang wujud, namun hanya 3 jenis anaemia yang sering berlaku semasa ibu hamil iaitu;

Iron-deficiency anemia – Anaemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan pengambilan zat besi oleh ibu hamil. 
Zat besi adalah mineral yang berfungsi sebagai pembawa oksigen dalam sel darah merah daripada paru – paru ke seluruh tubuh badan.
Ia juga membantu otot untuk simpan dan guna oksigen bagi menjalankan fungsinya.

Sebab itu, apabila ibu mengalami kekurangan zat besi, ibu merasa letih dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan kuman.

Folate-deficiency anemia – Anaemia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan asid folik, iaitu sejenis vitamin larut air yang penting bagi menghalang berlakunya kecacatan pada saraf tunjang atau ‘neural tube” 
Asid folik merupakan supplemen biasa yang dia ambil oleh ibu hamil, dan boleh didapati daripada sumber makanan seperti bijirin, sayuran berdaun, pisang dan sebagainya. Kekurangan pengambilan asid folik yang ketara juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan sel darah merah dan seterusnya menjadi sebab berlakunya anaemia.

Vitamin B12 deficiency – Aneamia yang berlaku disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 yang diperlukan oleh badan untuk
menghasilkan sel darah merah




Cara Menghilangkan rasa pening atau Anemia

Bergantung kepada penyebab ibu berasa pening, tetapi langkah pertama yang terbaik ialah:-
1. Duduk - Ia bukan je bantu mengurangkan rasa pening & dapat elak ibu dari terjatuh.

2. Bergerak lebih perlahan - bangun perlahan-lahan berbanding bangun secra tiba-tiba dari kerusi @ katil.
3. Jika berasa pening semase berbaring, mengiring ke sebelah kiri akan membantu jantung kita mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

 ***********************************************************
Tak lama dah kita bakal menemui Ramadhan..apa persiapan ibu2 yang bakal menyambut Ramadhan? Dah bersedia nak lalui puasa bersama dgn si manja?
 Walaupun kite diberi ruksah tapi saya percaya ramai ibu2 hamil nak ambil kesempatan ini untuk berpuasa penuhkan?
Mungkin perkongsian dari video ini dapat membantu ibu2 tak letih tak melepek walaupun sedang berpuasa..
*************************************************************

    Pening menganggu tugasan harian.

    Satu cara badan kita memberitahu bahawa kita memerlukan penambahan tenaga apabila kite hilang tumpuan untuk melakukan tugas.

    Jika kita tak makan dalam masa 1 @ 2 jam, snek ringkas akan cepat membantu untuk menaikkan paras glukosa dalam darah kita. 

    Untuk pastikan kita tak terdehidrasi, minum air yang secukupnye @ air jus buah. 

    Dalam kes2 tertentu kite tak dapat buat apa-apa kecuali duduk @ baring mengiring @ tunggu sahaja masalah ini hilang, cuba rehat & tidur seketika.

    Masalah pening yang datang & pergi ini boleh berlaku bila-bila masa sepanjang kehamilan.

    Masalah pening ini berbahaya? 

    Walaupun ini perkara biasa, jangan ambil mudah.. 
      Bahaya terbesar daripadanya adalah pitam. Jika ibu berasa hendak pitam, ibu haruslah baring mengiring sebelah kiri @ duduk dengan meletakkan kepala diantara kedua-dua lutut, untuk mengelakkan perjalanan darah ke otak. 

      Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat redekan rasa hendak pitam.

        Bila perlu berjumpa doktor?

        Ibu patut jumpa doktor jika pitam, sering pening @ turut mengalami masalah lain seperti kesakitan pada bahagian pelvis, sesak nafas, penglihatan kabur, jantung berdebar, sakit kepala & muntah.

        Pening juga merupakan simptom anemia yang serius. Ia boleh terjadi jika ibu bernafas terlalu cepat @ terlalu dalam (hiperventilasi). 

        Ini disebabkan oleh sesuatu yang tidak ade kene mengene dengan kehamilan. Jadi rujuklah doktor dengan segera.

        Moge dengan perkongsian kali ni dapat memberi manfaat buat ibu hamil yang bakal menyambut ahli keluarga baru. 

        Ibu2 juga boleh mendapatkan suplemen khusus untuk masalah pening ketika hamil @ suplemen penuh kehamilan dari Shaklee untuk membantu ibu melalui tempoh kehamilan yang selesa, cergas & sihat.

        Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan suplemen untuk ibu hamil boleh terus hubungi saya Rose di 0197731060

        You Might Also Like

        0 comments