Kenali Apa Itu Alfafa?

 

 Segala-galanya tentang ALFAFA

Apakah itu alfafa?? mungkin ade yg masih belum kenal dengan sayuran ini..mana nak dapat ni? Ada dijual disupermarket kalau kat town2 besar ade kat Tesco,Giant & pasaraya2 besar,macam mana rupenye tu?? 
Nilah rupenye...Jom kite kenali Alfafa lebih lanjut.......... 
  • Nama latinnya Medicago sativa,juga dikenali sebagai ‘Bapa Segala Makanan’ Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu.   
  • Tumbuh di pergunungan mediteranian di sebelah barat daya Asia yg merupakan salah satu pokok jenis kekacang ( daun,tangkai,akar dan biji)dapat dimakan oleh manusia.
  • Mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. 
  •   Berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain. 
  • Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim. Salah satu sumber semulajadi utama vitamin K.  
  • Vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah. Ia sangat bermanfaaat utk dijadikan asas bagi makanan tambahan & suplemen.

       Alfalfa ini mempunyai 60 khasiat hinggakan disebut sebagai raja segala pokok.ianya mempunyai asid amino esensial bersama dengan karbohidrat, protein, serat vitamin, dan sejumlah kecil lemak. Kandungan protein dalam Alfalfa adalah 18,9% dibandingkan 16,5% untuk daging lembu,3,3% untuk susu dan 13,1% untuk telur. Kandungan kalsium juga sangat tinggi iaitu 14 kali lebih dari tepung gandum,dan mempunyai alkali (membantu meneutralkan asid dalam badan.Daunnya mempunyai kandungan zat hijau (chlorophyll)empat kali lebih tinggi daripada sayuran lain.
  Istilah ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’. Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan. Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.
FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA

Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

· Pembersi toksin yang berkesan.
· Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
· Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
· Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
· Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
· Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
· Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
· Baik untuk ulser mulut dan perut.
· Baik untuk jantung.
· Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
· Mengawal atur kitaran haid.
· Mengurangkan keasidan dalam badan.
· Memastikan peredaran darah yang sihat.
· Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
· Membuka selera makan.
· Mengurangkan sembelit.
· Mengurangkan rasa letih dan penat. 
Fakta:
Ia telah ditanam sebagai makanan ternakan sekurang-kurangnya sejak era Yunani Rom dan kuno.

You Might Also Like

0 comments