Cara Hilangkan Angin Dalam Badan Ketika Berpantang Elakkan Badan Rasa Berbisa


Selepas sahaja bersalin keadaan fizikal kita akan kelihatan agak 'kembang' terutamanya di bahagia perut kita. Ada yang nampak macam masih hamil keranan usus kita mengandungi angin yang berlebihan.

Punca Angin Selepas Bersalin

Angin badan disebabkan oleg gas atau angin yang terdapat dalam sistem penghadaman. Ia berpunca daripada 2 sumber yakni :

Udara yang disedut & juga akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat dihadamkan dengan baik. Keadaan ini membuatkan badan merasa sakit & tidak selesa.

Tapi ibu2 jangan risau ye..keadaan ini akan berlaku sementara sahaja sebab bila semua angin & cecair dalam badan serta lemak yang terkumpul hilang, tubuh kita akan kembali normal. 

Bagi sesetengah wanita, mereka tidak mengalami masalah besar untuk kembalikan 60-80% bentuk badan & berat asal dalam tempoh berpantang.

Akan tetapi ramai di antara kita agak tertekan kerana perlu mengambil masa yang lama untuk memulihkan tubuh.

Dalam proses pemulihan ini, jika tubuh tidak dijaga rapi, angin mudah masuk menerusi ruang pada rongga tubuh yang masih kembang. 

Oleh itu, penjagaan diri dalam tempoh berpantang amatlah penting supaya badan dapat kembali sihat & normal.

****************************************************


****************************************************
 
Cara Untuk Elak Badan Masuk Angin

Antara amalan yang membantu mengelakkan badan dimasuki angin ialah memakai stoking dan barut sepanjang tempoh berpantang. 

Berurut juga dapat juga dapat membuang angin dalam badan ibu selepas bersalin. Ini memang sangat dipraktikkan oleh masyarakat kita kan..jadi lebih kerap berurut lebih baik.

Selain itu amalan bertungku juga dapat mengeluarkan angin dalam tubuh sekali mengecutkan rahim & mengeluarkan darah beku.

Amalan meminum ramuan ubat periuk juga sesuai diamalkan bertujuan untuk mengeluarkan angin serta membersihkan & menyegarkan serta mengembalikan fungsi rahim. 

Bagaimanapun, pastikan ubat periuk yang dipilih benar2 bersih dan ibu sendiri tahu apakah ramuan herba yang digunakan.

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Angin dalam Perut :

1. Kebanyakkan jenis kekacang kering, kacang panjang & kacang soya.
2. Susu, ais krim & keju.
Kubis, lobak putih, kubis bunga & asparagus.
3. Sayur berubi seperti sengkuang.
4. Buah-buahan seperti nagka, sukun & pisang.
5. Minuman air berkarbonat.

Cara-Cara Untuk Hilangkan Angin :

1. Berurut dengan menggunakan minyak kelapa atau tambahan herba lain seperti halba, halia, serai wangi & banyak lahi untuk memberikan kesan yang lebih baik di samping membuang angin dalam.

2. Air rebusan mata kucing bersama halia & gula merah. Minum setiap hari dalam keadaan suam. Lebih elok jika diminum selepas makan nasi.

3. Rebus halia tua bersama gula merah, kulit kayu manis, jintan masnis & daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali dalam sehari untuk lebih berkesan.

4. Air rebusan empat atau lima tangkai cili kering (tangkai sahaja) campur bersama dua ulas bawang putih. Sedikit halia bersama tiga cawan air. Amalkan minuman ini 2 kali sehari.

5. Air rebusan daun mengkudu dan halia juga boleh membantu mengeluarkan angin dalam badan.

6. Rebuskan campuran lada hitam, madu & halia. Biarkan suam & minum dua kali sehari juga dapat menghilangkan angin dalam badan.

7. Cara paling moden mudah tanpa perlu menggunakan terlalu banyak penyediaan & ia lebih cepat, bagi ibu2 yang tak tahan nak minum segala air rebusan boleh mencuba Peppermint Ginger Plus dari Shaklee

Telan tablet & pastinya akan membantu menghilangkan lebihan angin dalam badan. Sangat mudahkan..? ^_^

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu para ibu2 hamil & yang mungkin sudah dalam pantang beberapa hari ini...moge mendapat manfaat dari sharing saya kali ini.





You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulilah terima kasih.. info yg sangat berharga buat ibu2 dalam menjalani hari berpantang selepas bersalin..😊

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah terima kasih.. info yg sangat berharga buat ibu2 dalam menjalani hari berpantang selepas bersalin..😊

    ReplyDelete