Banjir Besar Berlaku Tanda Bala Dari Allah SWT

Sepanjang hari ni memang asyik terkenangkan mangsa-mangsa banjir..habis yang lalu di news feed semuanye update perihal saudara-saudara di pantai timur...walaupun terasa sangat diPMSkan(pencuri masa saya)..memang terganggu to-do-list harini.

 Teringat saudara mara di kelantan, text abah petang tadi baru tahu..ade sebuah keluarga yang duduk di Kudsial Baru, Tanah Merah. Call tak dapat...Masyaa Allah..satu-satunya adik perempuan abah. 

Hanya mampu berdoa...

Banjir, musibah yang penuh hikmah..kenapa? 


 Kelantan dari udara

Ringkas dari bacaan saya dari perkongsian seorang saudari di facebook, (tak dapat nak sertakan nama empunya badan, apa pun moga bermanfaat untuk semua)

****************************************************************************************** 
Kalau ada sesiapa yang dengar kuliah SYEIKH memang pastinya akan mengalirkan air mata. 

"Nabi..bila langit mendung, muka Nabi berubah terus.

Saidatina Aisyah tanya kenapa muka Nabi berubah bila tengok langit mendung, jawab Nabi sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun.

 

SYEIKH kata langit sekarang ni tahap voltan paling tinggi dah. Tunggu masa bala nak turun. Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun.
 

Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tak terima dah. SYEIKH kata, dia macam nak suruh menteri Kedah panggil semua rakyat Kedah buat solat hajat di Stadium Darul Aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala. Tenat dah sekarang ni.
 
SYEIKH paling takut 26, 27 ni Langkawi nak buat pesta. Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu. Orang dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah olah dok panggil bala ALLAH turun. Tengok langit, mendung ja.
 

Berapa hari dah takda matahari. Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Tak tau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita.
Kalau turun tu.. Eh, taktau la...
 

Takut dengaq SYEIKH cerita. Ni cerita balik apa SYEIKH cakap tadi.
Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha. Tengok banjir di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang. 


Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha. Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat.
 
Lepas habis tu SYEIKH cerita. SYEIKH kata baru ni puting beliung dekat sabak bernam Tuhan tak turun dekat rumah orang, Tuhan bagi dekat sawah padi. Tengok banjir punya teruk, tak ramai sangat yang mati. ALLAH nak turun bala pun dia masih bagi rahmat. Tuhan tak kejam. Tapi manusia yang kejam terhadap diri sendiri.

 
ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia. Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat macam tu. Seolah olah ada petanda. Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar-sedar, taktau laa nak kata apa. Nauzubillahiminzalik.

Macam banjir di Kelantan. Menteri kata banjir luar biasa. Tengok Rantau Panjang. Kereta habis hanyut macam tsunami. Sebab apa tu? Sebab Kelantan nak buat hukum hudud, tapi ada had orang-orang yang dok tentang.


Rahmat ALLAH turun dekat orang baik ja. Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua kena. Ingatlah, dunia hampir TAMAT"


Syeikh Zainul Asri,
Masjid As-solihin
23/12/2014


 *****************************************************************************************

Mana kita sekarang? Masih menunding jari, masih bergolek-golek seronok depan tv, masih scroll news feed mengadap gosip atau apa?

Sahabatku,

Kita hamba yang lemah, sedangkan jantung kita pun Allah yang gerakkan setiap saat...ini kan pula kita mahu mengarah Allah untuk memenuhi apa yang kita minta, berdoa, merintih, merayulah pada Allah, mohon belas kasihanNya, upaya dimakbulkan dan diperkenankan permintaan kita. 

Bayangkan seorang anak yang merengek pada ibu bapa yang mahu dipenuhi permintaannya...merayu..menangis sepenuh hati..mengharapkan ihsan, mengharapkan belas..begitulah kita pada Allah SWT.

Apabila mengenangkan macam-macam dugaan yang Allah turunkan pada kita rakyat Malaysia, yakini hikmah terhebat dari Allah yakni kasih sayang. Hati kita tandus & gersang dengan kasih sayang di antara kita.
 

Jelas sekali hari ini..kita saling bertelagah, kita saling menunding jari, kita saling mengata, kita saling buruk sangka, kita susah untuk berlapang dada, kita jauh dari kemakmuran & kesyukuran. 

Bangkitlah bersatu sebagaimana kita yang dahulu, bersatu dalam AGAMA, bangsa & negara..bukan sekadar slogan semata-mata.

~Hatiku apabila diPMSkan 

You Might Also Like

1 comments