Khasiat Vitalea Untuk Kanak-Kanak : Nutrisi Makanan Sebenar, Ibu Bekerja Tak Runsing Bila Gagal Sediakan Makanan Sihat Lagi

 Apa yang anak2 makan hari ini?
 

Boleh dikatekan anak2 hari ini ada yang buat keputusan sendiri untuk menentukan apa yang mereka nak makan.
 

Bila diberi kelonggaran macam ni dah tentu mereka akan makan apa yang mereka suka sahaja sehingga agak sukar  bagi kita sebagai ibu bapa utk mengubahnye semula apabila sudah menyedari ia mula menjadi kesukaan & kebiasaan mereka pada makanan yang hanya mereka suka.

Tambah pula makanan itu makanan yg tak beri zat yg baik pada keperluan tumbesaran mereka baik dari segi kesihatan otak mahupun kesihatan badan.
 
Makanan Segera/Snek Di Waktu Menu Utama

 

Apabila terlalu sibuk dengan kerja..saya yakin ramai ibu memilih utk cepat siap,  asal ada & anak2 kenyang. Tapi tak laah semuekan..apa pun pastinye kekangan waktu memang membataskan penyediaan mknan yang sihat utk anak2 kita.

Mungkin pilihan ibu adalah menu2 yang mudah disediakan seperti makanan2 segera @ makanan2 yang disediakan dari luar.

 

 

Awas ye ibu2..keadaan begini boleh cipta satu tabiat makanan anak yang tidak sihat. Saya faham bukanlah mudah nak sajikan makanan yang tip top sihat2 aje setiap hari..ibu2 yang bekerja bukan ada banyak masa kan utk pastikan anak2 kite dapat diet harian yang sihat utk badan tapi saya yakin..ibu2 mesti nk berikan yg terbaik buat anak2 kan..

Mgkin dengan menyediakan makanan tambahan dari sumber nutrisi sebenar dapat membantu memenuhi mana2 lopongan zat2 yang ada pada diet harian anak2 kita.


Ok..mari kite tgk sejauh mana nutrisi yg dah diberikan penambahbaikn fomulanye ini yg dikenali sbgi Vitalea For Children ini dpt membantu ibu2 semua.


Kandungan tersedia dalam 1 hidangan - 2 tablet Vitalea For Children
 

Khasiat dalam setiap 2 biji tablet Vitalea Kanak-kanak

Vitamin A - 1.5 mangkuk tembikai susu

Vitamin c (60mg) 6 auns jus oren

Vitamin D (400iu) 3 gelas susu

Magnesium (40mg) 6.5 mangkuk brussel sprout (sejenis kobis)

Vitamin E (30iu)10 sudu jem kacang

Asid Folik (400gm) 4 mangkuk brokoli

Zat Besi (6mg) 1.5 mangkuk bayam

Zink (5mg) 3 mangkuk kacang merah


Waah banyak nye khasiat dalam 2 tablet vitalea ini..mana mungkin nak sediakan meal macam ni setiap hari kan..habis masa kejar anak  keliling meja jelaa ye tak? semata2 nak kasi diorang makan kan..

Mari kita tengok pula manfaat khasiat yang ada dalam vitamin2 ini..
 

Vitamin A 

1. Memainkan peranan penting dalam penglihatan dan tulang pertumbuhan
2. Membantu melindungi tubuh daripada jangkitan.
3. Menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan sel-sel dan tisu dalam badan, terutamanya pada rambut , kuku , dan kulit.



Kepentingan Vitamin C


1. Membantu  dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen.  Kolagen bantu utk pastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat.

2.Membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). Ini sesuai utk anak2 yang cepat letih lesu & kerap tak bermaya.


3. Pastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal, vitamin C juga membantu dalam merendahkan tahap kolesterol di dalam badan.

4. Oleh kerana sifatnya yang larut dalam air, vitamin C turut dapat menyingkirkan kolesterol yang melekat pada dinding-dinding arteri.

 

Amat sesuailah utk ank2 yg mempunyai berat badan berlebihan. Kanak2 kan kalau obesiti boleh terdedah kpd pelbagai risiko penyakit.

Zaman sekarang ni ada je kanak2 yg baru belasan tahun dah kene cucuk insulin dek kencing manis..alahai sayangnye muda lagi dah berpenyakit..

Kita tak naklaaa anak kite sampai tahap macam tu kan..

 

Vitamin E
 

1. Membantu meningkatkan sistem imun dan membantu melawan kuman dalam badan. 
2. Membantu membuka saluran darah lebih lebar supaya ia dpat mengalir dengan baik
3. Turut  membantu sel-sel tubuh bekerja bersama-sama untuk melaksanakan banyak lagi fungsi penting yang lain.

Asid Folik
 

Bukan mudah nk bagi anak2 makan pelbagai sayur..walhal mereka sangat2 perlukan nutrisi dari kumpulan makanan ini. Sampai ada yg memang jenis x makan langsung. Kekurangan folid acid niekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia, cirit-birit, kekeliruan mental dan kemurungan.

Iron


Zat Besi atau Iron adalah nutrien yang diperlukan untuk membuat hemoglobin , komponen yang membawa oksigen sel-sel darah merah ( RBC - Red Blood Cell) .

Sel darah merah megalir ke seluruh badan untuk menyampaikan oksigen ke semua sel. Kalau tak cukup zat besi , badan kita tak boleh buat RBC yg cukup, dan tisu dan organ-organ tak kan dapat oksigen yang diperlukan. 

Jadi sangat2 lah penting untuk anak2 kita dapatkan cukup zat besi dalam diet harian mereka.

Zinc 

Lebih daripada 70 enzimdalam badan kita bergantung kepada zink untuk melaksanakan peranan mereka dalam penghadaman dan metabolisme. Dan kanak-kanak yg tak menerima keperluan zink secukupnya boleh mengakibatkan pertumbuhan mereka terbantut.

Magnesium


1. Badan menggunakan mineral yang penting ini untuk mengekalkan tulang yang kuat dan denyutan jantung yang sekata. 
2. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu mengekalkan otot dan fungsi saraf anak2 kita. 

Orang dewasa pun tak boleh endah tak endah dengan pengambilan magnesium ye..

Vitamin D

1. Membantu tubuh menyerap mineral seperti kalsium & membina tulang dan gigi yang kuat. 

Menurut penyelidik Michael F. Holick , profesor perubatan , fisiologi, dan Biofizik di Boston University School of Medicine , kekurangan vitamin D bukan je boleh menyebabkan penyakit riket ( penyakit yang boleh membawa kepada kecacatan tulang & patah ) 

2. Membantu anak kita memprogram tahap ketinggian & kemuncak jisim tulang mereka secara genetik.
 

3. Turut berfungsi sebagai hormon dengan banyak pekerjaan lain dalam badan , termasuk peraturan sistem imun, pengeluaran insulin, dan pertumbuhan sel.

Banyaknye manfaat yang bakal anak2 kita terima apabila membekalkan mereka 2 biji Vitalea ini setiap hari. 

Saya respect ibu2 yg sentiase dapat berikan ruang utk sediakan keperluan vitamin C dari pelbagai jenis buah2an..tapi ibu2 yg tidak dapat bebuat sedemikian jgn rase kan ibu2 gagal berikan yg terbaik..kite ade penyelesaiannye..

Ibu2 juga harus ingat ye..pemberian vitamin ini bukanlah bermakna kita perlu bergantung sepenuhnye kepada vitamin..ia tidak boleh menggantikan makanan sebenar..konsep vitamin ini adalah nak bantu anak2 mengisi mana2 nutrisi yang hilang dari pengambilan diet seharian yang tidak seimbang daripada tidak memperolehinye LANGSUNG.

Adalah satu bonus besar bagi anak2 jika ibu2 dapat berusaha menyediakan makanan sihat ditambahan dengan pengambilan suplemen ini.

So untuk dapatkan vitamin ini..ibu boleh terus hubungi saya melalui whatsapp 0197731060

Saya sediakan khidmat konsultasi terbaik buat ibu2 semua. Jika sekadar untuk mendapat pandangan atau mungkin nasihat2 tertentu mengenai suplemen & cara pemakanan anak pun boleh je hubungi saya.

You Might Also Like

0 comments