Cara Atasi Sikap Nak Marah Elak Orang Gelar Kita Si Bengis

Terkadang memang ada kesempatan untuk kita jadikan gelaran itu satu gurauan..tapi awas ye jangan sampai menguris hati orang sekeliling kita..

Asal kawan tu mengelamun sikit kita panggil dia mat jeninlah..

Asal kawan yang sorang lagi suka tengok cermin..digelar pula minah cermin..tak kurang pula kalau yang jenis suka nak marah je manjang..

Adalaaa gelaran khas buat si pemarah ni..mr temper mrs 'cenggir' bak kate loghat kelantan

Macam2 ada...

entry kali ni bukan khusus untuk si pemarah sahaja..bagi kawan2 di luar sana juga yang tetiba rasa perubahan pada diri sendiri sejak dua menjak ni..Mungkin kita tak sedar tapi orang sekeliling kita lebih menyedarinya..

Apa Punca Asik Nak Marah & Bagaimana Cara Atasinya?

1. Tidak Dapat Kawal Emosi

Bila seseorang cepat marah, dia tak dapat kawal emosi dan membiarkan perasaan marah menguasai dirinya. 

2. Kurang sabar

Bila kita kurang sabar, kita akan mudah melenting apabila berdepan dengan kata-kata atau tindakan-tindakan dari pihak lain yang mencabar kesabaran kita.

Orang yang kurang sabar mengidap sesuatu penyakit yang kronik, kalau kawan2 jenis panas baran..wajar dapatkan kaunseling.

3. Ego, bangga diri, riak dan merasa diri lebih hebat daripada orang lain

Ini kerap sangat kita lihatkan..Marah kerana ego. Orang yang mempunyai sifat-sifat ego, bangga diri dan riak merasa dirinya lebih hebat daripada orang lain.

Apabila rasa diri dipesendakan atau di rendah2 kan, individu ini akan cepat marah sebab ia tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila terjumpa orang yang lebih hebat daripadanya. 

Marah sebegini biasanya wujud dalam bentuk emosi tidak puas hati.

4. Berfikiran negatif atau bersangka buruk

Orang yang berfikiran negatif ialah orang yang memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara.

 Orang seperti ini cepat marah sebab  dihati dia tak ada istilah maaf. 
5. Berdendam

Jika seseorang itu masih menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada seseorang lain, ia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan oleh kesilapan yang sedikit, yang pada mata kasar boleh dimaafkan saja.

Cara untuk mengawal perasaan atau emosi marah dengan cara yang produktif, atau dengan cara yang tidak mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri dan orang lain.

Pelajari dan amalkan ilmu agama, terutamanya ilmu tasawuf, untuk kita bersihkan hati daripada segala sifat mazmumah, termasuk sifat cepat marah ini. 

Cara nak hilangkan perasaan marah ni, perlulah disertai dengan hati yang redha, tawakal dan qanaah. Semuanya perlukan latihan batiniah, & usaha ini perlu berterusan kerana hasilnya bukan lah dalam masa satu malam.

Selain tu baca Al-Quran dengan memahami makna, berzikir dan berselawat juga dapat melembutkan hati kita & secara tak langsung kita mudah jadi pemaaf tanpa ada rasa marah & dendam.

Sentiasa bermuhasabah diri, jika boleh muhasabah diri setiap malam sebelum tidur. 

Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134.

Maksud-Nya : (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Dari segi kesihatan 

Pemakanan memainkan peranan yang sangat penting..pengambilan vitamin B Complex dalam diet seharian secara konsisten dapat membantu atasi stress juga kemarahan.

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:

   1. Lemah sistem saraf
   2. Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
   3. Pembentukan sel abnormal
   4. Mengakibatkan anemia
   5. Masalah depresi (tekanan perasaan)
   6. Kehilangan daya memori
   7. Cepat letih
   8. Sesak nafas
   9. Insomnia
   10. Kurang fokus dan konsentrasi
   11. Mudah tersinggung

Kebaikkan B complex pada orang dewasa :

    1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
    2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
    3. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
    4. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
    5. Mencegah stress.
    6. Menguatkan antibodi tubuh.
    7. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
    8. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
    9. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
    10. Mencegah anemia
    11. Menambah tenaga.
    12. Mengurangkan stress.
    13. Melambatkan proses uban di rambut.
    14. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Kita dah tau kekurangan & kebaikan mengamalkan B complex ini..jangan biarkan
menguasai diri kita yang sememangnye kita boleh sangat2 untuk kawal keadaan itu..

Bonus bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit wajah, B Complex adalah vitamin dari rangkaian penjagaan kesihatan & kecantikkan kulit dari dalam & luar.boleh baca di sini kebaikkannye untuk kulit. Lelaki perempuan boleh ambil B Complex ni tak ada masalah ^_^..kalau suami isteri elok amalkan dua2..inshaa Allah stress terkawal.

Bulan ni ada promosi untuk B Complex..beli 3 FREE 1..kalau sesama kawan2 @ keluarga ada masalah kesihatan yang sangat2 perlu dibantu dari dalaman...inshaa Allah B complex boleh jadi penyelesaiannya.

Untuk mendapatkannya hubungi saya melalui whatsapp 0197731060






You Might Also Like

0 comments