5 Tips Travel Dengan Anak Kecil Bantu Kau Orang Lebih Tenang Bercuti

  • Wednesday, January 18, 2017
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Lepas dah kahwin..kami belum lagi berpeluang nak pergi cuti jauh dari rumah atau dari kampung..paling-paling dekat pun pernah bawak anak-anak ke Gunung Ledang kalau dari kampung..consider dekatlah..

Kalau dari rumah sini..Cameron Highland jelah kesukaan kami.

Masa kat Gunung Ledang..kesian jugak tengok anak-anak nampak sangat sebab tak biasa dengan air gunung macam tu..jadi masing-masing takut nak mandi

Apapun okeylah seronok jugak..dapat juga mereka pengalaman baru..sebelum ni pantai dah biasa sebab rumah nenek dekat dengan pantai..

So apa lagi plan lepas ni..in sha Allah ada rezeki kita try Kundasang

Lepas tu kita rancang pula travel obesi..tak apa.pelan-pelan kayuh..nanti bonus Shaklee kumpul banyak-banyak😄

5 TIPS TRAVEL DENGAN ANAK-ANAK YANG SANGAT MUDAH FOLLOW untuk kawan-kawan kene take note bila travel dengan anak-anak..

1. Bawa Toys Dan Makanan Kunyah Yang Bersesuaian Untuk Di Makan

Jalan jauh memang akan memenatkan anak-anak, mereka rase cepat boring..dan kadang cepat lapar.

Standby buku bergambar, toys..untuk anak-anak bermain dengan tenang dan membaca.

Makanan haruslaah yang mudah di handle dalam kereta..sandwich ke, buah-buahan ke..etc..janganlaa jajan dan gula-gula..karang anak-anak hangpa hyperaktif dalam kereta dok terloncat-loncat kang dah haru ayah nak bawak kereta..

Gajet pun membantu..tapi better biarlah ia pilihan yang paling terakhir sekali bagi mengelakkan anak letih mata pulak mengadap gajet kan..lets make it sebagai pilihan penyelamat keadaan sahaja.

2.  Relaks Bila Anak Tantrum Jangan Marah Anak

Kita pergi bercuti bukan pergi berperang. Jauhkan emosi negatif. Kalau anak kita buat salah, cuba sedaya upaya cari idea untuk tackle masalah tersebut instead of marah.

Elakkan bawa anak-anak masuk ke kedai yang boleh mengundang marah kita.

Contohnya kedai barangan kaca. Yes kita sedia tahu apabila sibuk membelek pinggan mangkuk (berjam-jam) anak mudah bosan. Mereka mula main kejar-kejar dalam kedai. Dan kita cukup risau kalau ada barang terjatuh dan pecah. Jadi kalau perlu sangat ke kedai barangan kaca, pandai-pandailah bincang dengan pasangan anda. Mungkin anda seorang saja yang perlu masuk ke dalam kedai.

3. Travel Kit

Standby siap-siap set travel kit anak-anak, sebab percutian yang lama boleh boleh dedahkan anak pada pelbagai persekitaran..so imunisasi anak perlu kuat..jadi sediakan Vitamin C chewable, Vitalea (this one, terkadang time travel kite tak dapat nak provide meal yang berkhasiat pada anak-anak kita, so dengan adanye Vitalea ni bantu tampung keperluan nutrisi yang kurang), Nutriferon imune booster kita bukan je untuk anak-anak kita..untuk kita sendiri juga.

4. Berhenti Berehat

Bila dah jalan-jalan ni..kita sendiri pun sure penatkan..so pastikan stop untuk berehat di tempat yang bersesuaian so that anak pun dapat rest seketika untuk hilangkan penat berjalan.

5. Reward Anak-Anak Dengan Makanan Kegemaran

Bagi anak happy..sebagai tanda penghargaan yang mereka berkelakuan baik..mereka happy..kita pun happy kan

okeh itu sahaja tips simple yang in sha Allah dapat membantu kawan-kawan semua untuk travel along with your kiddos ^_^

Selamat merancang percutian yang indah dengan keluarga kau orang ^_^

You Might Also Like

0 comments