Kelebihan Seorang Isteri Yang Setiap Suami Tak Boleh Tandingi..Adakah Fakta atau Auta?

Benar kah suami tak boleh buat kerja rumah, tak boleh memasak, tak boleh jage anak..tak boleh itu tak boleh ini..?

Kebanyakkan Chef yang ade hari ini boleh dikatekan dimonopoli oleh lelaki kan..expert lagi memasak di dapur..kreatif & sodap pun sodap...

So ape point yang suami tak boleh tandingi isteri?? Walaupun isteri sebahagian tulang rusuk suami..

Major maksudnye di sini..sebahagian dari diri suami, bila dah kawin semuanya buat bersama kan, makan minum sepinggan secawan..tidur sebantal, mandi sesabun..eh..nak melalut dah..

Alhamdulillah kalau boleh kekalkan sampai ke tua romantika itu..tapi ade satu part yang suami kena akur..yang mereka tak boleh lawan kebolehan isteri yang satu ini.

Apa itu?? Video ini ada penjelasannya..



Terjawab sudah..yeee Multitasking. Orang perempuan boleh bawa kereta sambil susu kan anak..ini memanglaa lelaki tak boleh buat kan...

Tapi cube try dudukkan baby je di riba tu..kejap bolehlaa kot ..tiba time baby dah mula interup pemanduan die..die dah cuak dah..ade temper seminit jadinye..

Memanglaa bahaya..tapi begitu lah orang perempuan..kalau dalam keadaan terpaksa sesangat, baby nak susu sangat2..kalau dah tak sempat2 nak berhenti..sebab nak cepat balik masak pula, die susukan aje masa driving.

Itu satu contoh cerita sahaja...ade ke dalam realiti kehidupan..ade..ape pulak tak ada..

Nak bagi contoh lain? Rasenye penerangan ringkas dalam video tu pun dah menjawab pada semua kan..



Kerana  itu wanita begitu istimewa..

Kerja untuk seorang wanita yang bergelar isteri takkan pernah habis. Merekalah yang akan membersihkan anak2, merekalah yang menyediakan makanan yang sihat untuk suami & anak2. 

Mereka sebaik2nya akan cuba untuk membahagiakan orang yang tersayang. Mereka menguruskan rumah agar bersih & menjadikan ia rumahku syurgaku..

Mereka berusaha berikan kasih sayang yang terbaik untuk setiap anak. Mereka berusaha menjaga diri untuk suami..
 Mereka melahirkan amanah Allah & berusaha mendidik amanah itu sebaik2nya.

Entry ini tidak bermaksud untuk membandingkan kehebatan seorang wanita yang bergelar isteri. Ia sekadar perkongsian agar kaum suami lebih menghargai cinta yang mungkin telah lama tidak di pandang dari redup kasih sayang yang suci.

Emosi pulak ahkak..>___< sambung lagi..

Memetik Keistimewaan Wanita Dalam Islam

Ia terdapat di dalam kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan banyak lagi. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya ...ini saya ambil beberapa sahaja yang berkaitan..

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Seorang wanita solehah lebih baik dari 70 orang wali & 70 lelaki soleh.

  3. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". 
 Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; 

maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkat drajatnya, seperti darjatnya 40 orang yang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

5. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Apabila memanggil kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

9. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

10. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

11. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

13. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

14. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil (setelah menikah) adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

15. Seorang wanita yang mengalami sakit saat melahirkan, maka Allah SWT memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang berjihad dijalan Allah SWT
  
Kalau nak senaraikan lagi memang banyak..apa point terbaik di sini? Untuk wanita2 semua, kaum saya yang saya hormati..

Gunakalah sebaik2 kelebihan yang ada ini untuk perkara yang benar2 bermanfaat untuk kita. Kita ni senang nak masuk syurga..tapi kita jugaklaa di antara yang senang nak masuk neraka.

Kite semue mahkluk Allah yang hebat...apapun..harga diri kita & pasangan kita..inshaa Allah berkat menjaga hubungan kita suami isteri..inshaa Allah kita akan dirahmati & berada di bawah pelindunganNya sentiasa.

You Might Also Like

0 comments