Bahaya Tersembunyi Biar Anak Tonton Tv Tanpa Kawalan

"Betul, betul, betul" kata-kata oleh watak kepada salah satu siri kegemaran kanak-kanak.

Malah, itu adalah antara kata-kata yang sering menjadi sebutan di bibir anak-anak kita hari ini kan.

Kanak-kanak suka menjiwai sebarang cerita dengan meniru semula watak yang menjadi kesukaan mereka itu. Sebagai ibu bapa, kite perlu mengetahui mengapa fenomena ini terjadi.

Sedangkan ruangan hiburan & cerita yang berunsur animasi menjadi kegemaran golongan remaja & dewasa, aoatah lagi golongan kanak-kanak. 

Kebiasaannya, cerita kartun menjadi pilihan anak-anak kita. 



Mereka lebih tertarik kepada hiburan yang berunsurkan animasi menarik & tiga dimensi. Adegan-adegan lucu ini biasanya tidak akan membosankan anak-anak kita berbanding gambar-gambar statik & yang berunsurkan fakta.

Sekarang rancangan yang menarik & kisah-kisah animasi ini memang banyak & mudah sangat untuk kita sendiri terima bukan sahaja melalui media massa..upload sahaja dari youtube & simpan di memory handphone..bila-bila masa sahaja anak-anak kita boleh tontoninya..

Tidak kita nafikan lagi, media massa  memainkan peranan & punya pegaruh yang besar terhadap pembentukkan keperibadian anak-anak kita.

Menurut Abdul Rahim (1993), media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik media & sasaran (yakni kita & orang ramai).

Media elektronik seperti televisyen, telefon & internet adalah alat media memang dah pun sediakan hiburan yang sangat menarik & paparkan rancangan yang bermanfaat dan SEBALIKNYA pada anak-anak kita hari ini.

Jelas sekali hiburan mampu beri kesan yang baik & buruk terhadap perkembangan sosial anak-anak.

Rancangan yang mereka tonton cukup bagi pengaruh besar baik dalaman & luaran mereka. Setiap rancangan pasti akan sediakan tauladan-tauladan yang baik yang pastinya dapat berikan kesan positif kepada perkembangan anak-anak & pergaulan harian mereka.

Antaranya adalah berbuat baikterhadap orang tua, menghormati guru, menyayangi binatang & suka belajar sebagai contoh. 


Namun, unsur-unsur negatif contohnya meniru pelakuan yang kurang baik menyebabkan anak-anak menjadi agresif. 

Menurut Dil & Dil (1998), tingkah laku agresif merupakan tingkah laku yang dilakukan berdasarkan pengalaman ransangan suasana semasa sehingaa menyebabkan seseorang itu melakukan tindakan agresif.

Tindakan ini boleh berlaku secara dirancang, serta merta atau disebabkan ransangan oleh sesuatu keadaan.



Tindakan agresif ini biasanay amerupakan tindakan anti sosial yang tidak m=sesuai dengan budaya sesebuah masyarakat, tak kira bangsa mahupun agama. 

Menurut Olweus (1979) keganasan ialah tingkah laku yang dirangsang oleh kemarahan, keagresifan atau sifat bersaing yang diarahkan terhadap  orang atau objek lain di sekitar mahupun terhadap diri sendiri & boleh dianggap bertujuan timbulnya tindakan yang membahayakan.

Kecederaan yang dialami boleh berlaku sama ada secara fizikal, emosi (perasaan) & kognitif.

Menurut Eron (1982), kajian juga mendapati pelajar-pelajar agresif yang kerap menonton media berunsur ganas lebih cenderung bertingkah laku agresif kerana terpengaruh dengan model-model ganas mereka yang mereka tontoni.

Berdasarkan perkara ini, kanak-kanak agresif telah menjadi saksi kepada adegan ganas & agresif.

Terdapat juga tingkah laku agresif yang dipaparkan melibatkan penggunaan senjata api sebagai jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah & pelbagai skrip keganasan yang kronik.

Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak agresifdalam jangka masa panjang mudah melibatkan diri dengan penggunaan kekerasan & senjata api sebagai jalan penyelesaian, menurut Schacter (2000) disebut oleh Carnagey & Anderson (2003).

Menurut kajian Schacter (2000) juga, masalah pembaziran masa menonton merupakan perkara yang amat kronik dalam kalangan kanak-kanak. 

Kajiannya mendapati kanak-kanak agresif di Amerika telah menghabiskan masa sebanyak 24-25jam menonton yang berunsurkan keganasan & tidak sesuai untuk perkembang diri mereka. 

Hal ini secara tidak langsungmembimbangkan para ibu bapa kerana pengaruhnya memberi kesan tidak baik terhadap sikap & tingkah laku anak-anak kita.

Pantaulah apa yang ditonton oleh anak-anak kita supaya rancangan itu bersesuaian dengan nilai agama & nilai moral masyarakat.

Semua pihak perlu bekerjasama supaya rancangan yang diterbitkan membawa kesan yang baik kepada anak-anak kita.

Secara tak langsung ia berikan kebaikkan kepada semua pihak agama, bangsa & negara. Rancangan media massa tidak boleh terus terusan membawa kesan negatif pada kanak-kanak ini..kerana mereka lah generasi muda yang bakal jadi pemimpin negara di masa hadapan.


Rujukan :

Abdul Rahim Samsuddin (1993) Komunikasi Asas. Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur,

Dill, K. E, & Dill, J. C. (1998) Video Game Violence : A review of the empirical literature. Aggressive and Violent Behaviour (3), m.s 407-428

Olweus, D. (1979) Aggression in the schools. Bab dalam buku - Aggressive BehaviourVol. 5, Isu 3, m.s. 309-311, 1979. Wiley, New York.

Eron, L.D. (1982) Parent-child interaction, Television Violence, and aggression of children. America Psychologist, Vol 37(2), Feb, m.s. 197-211

Carnagey, N. L & Anderson, C.A. (2003). Bab 5, Theory in TheStudy of Media Violence: The General Aggression Model Aggression Model. Buku  - Model Violence and Children: A Complete Guide for Parents and Professional. Editor Gentile, D.A. Pernerbit : Praeger, London.

You Might Also Like

0 comments