5 Perubahan Positif Dalam Hidup Sejak Terjebak Dengan Shaklee


Awal penglibatan dalam bisnes online, saya berniaga kerana DUIT, sebab rasa nak berbelanja lebih tak boleh, rasa nak itu ini tak boleh, banyak keadaan menyekat semua kerana DUIT & saya memang berniaga semata-mata BERSEBABKAN DUIT

Sehinggala diuji Allah, satu persatu, bila saya rasa semakin hari bukan semakin baik..malah ia jadi lebih teruk, macam-macam pengajaran saya lalui sehingga Allah temukan saya pada Shaklee

1. Diri Sendiri


Walaupun banyak perkara yang saya nak ubah tu ambil masa, walaupun perubahan itu perlahan..ia akan berterusan & akan terus menyumbang perkara-perkara yang hebat dalam kehidupan saya



Sebab diri  kitalah yang memilih untuk being average or being better & more better everyday, diri kitalah yang akan bawa kita untuk kejar impian-impian kita, Bukan orang lain..

Insan-insan disekeliling kita adalah mereka yang menyumbang perubahan hidup kita dari yang positif mahupun negatif

Kalau tak kenal Shaklee..rasanye mungkin sampai hari ni masih belum tahu apa yang nak dalam hidup ni sebenarnya?

Asbab Allah hantarkan insan-insan hebat yang banyak membantu jadikan siapa diri saya hari ini

2. Mentality


Bila bershaklee baru tahu, apa yang nak dikejar & apa yang nak diutamakan..

Apa yang perlu kita abaikan & tak perlu ambil kira soal remeh temeh satu-satu keadaan..

Sebab apa yang ada disekeliling kita, ada yang kita boleh kawal & ada yang tidak..jadi jangan buang masa pada perkara yang tidak beri kebaikkan pada kita

3. Impian


Dulu impian sekadar berangan..tapi sejak bershaklee, baru saya tahu kenapa kene tulis impian, kenapa kene sebut hari-hari..saya mula lakar & bertindak untuk realisasinya..semua pun perlukan DUIT kan..nak anak sekolah tempat bagus-bagus, berpendidikan tinggi..semua perlukan modal yang tinggi

Saya ringkaskan..impian saya base on 3 perkara Anak, ilmu & amalan..ye, sebab ini lah yang akan kita bawa mati nanti..& semua tu perlukan duit..nak elobarate memang panjang berjela lagi nih..cukuplak ringkaskan dulu😀

4. Kewangan


Takpe..dari bonus dua angka..naik tiga angka..dan bonus akan berterusan menambah angkanya sooner..

Satu hari nanti juga..pasti ada percentage bonus yang lebih besar untuk dikongsikan

Start memberi yang sedikit akan Allah gandakan banyak-banyak..

Bila banyak..pasti akan ada bahagian-bahagian nya untuk orang lain

Apa yang penting...saya berubah dalam memberi..tiada lagi rasa tak cukup kalau berkongsi..berbeza dari dulu..rasa takut nak bagi lebih..sedangkan rezeki itu dariAllah swt

Perubahan yang sangat awesome pada diri saya


5. Hubungan Dengan Allah


Pertama, aurat berpakaian..dulu pakai stokin ni masa sekolah masa bersukan jelah..lepas tu dalam pantang 44hari😁😁😁

Lepas tu..habis.
Lopong balik kaki tanpa ditutupi..sedangkan sebahagian aurat wanita itu adalah menutupi kaki

Pakai tudung dulu pun selain sebab nak jaga aurat untuk suami..nak juga nampak trendy..nak nampak lawa..😊

Bukanlah sekarang tak boleh trendy..janganlaa salah paham ye😀.sekarang menutup aurat tu lebih kepada keutamaan wajibnya...berpakaian yang lebih proper, bertudung dengan menutupi yang sepatutnya..

Berfesyenlah tak ada salah pun tapi jangan melanggar tertib aurat seorang wanita..tak gitu😊😊😊

Selain tu, dulu tak rasa nak konsisten berDhuha, tak reti solat awal waktu..jarang-jarang sekali nak bersama Alquran..susah nak bangun solat malam..memang tak kenal Mathurat..

Memang tak amal berzikir..😢😢😢

Sekarang baru tahu nikmat-nikmat tenang bila laksanakan semua kerana Dia..tak tergesa-gesa dengan hal dunia

Ya Allah..syukur sangat-sangat Allah temukan dengan insan-insan hebat..Allah lorongkan melalui bisnes Shaklee.

Apa yang lebih penting kita buat semua perubahan itu kerana Allah swt 

Apapun sekarang..baanyak lagi usaha-usaha yang masih perlu dilakukan..moga Allah sentiasa beri kekuatan untuk bantu diri ini menjadi insan yang solehah..

Doakan #ahkakrose ye..

Jom bersama ahkakrose untuk berubah juga..😍😍😍

#tsunamishaklee
#lifeamazing
#shakleeEffect
#task6pts2.0

You Might Also Like

0 comments