Hobi Saya Yang Kau Orang Pun Tentu Suka Sama

Dalam banyak-banyak hobi..herrm rase nye ramai juga yang ada hobi yang sama macam saya ni, apa dia!? Boleh dikatekan semua wanita gojes suka hobi ni..😀😀😀 hihi

  Ok siapa yang familiar dengan channel 703,707,727 & 728(lebih kepada lifestyle) haa masing-masing dah ambil remote check tengok!? ke dah boleh teka terus?

Selain dari sukeee sangat tengok channel memasak ni..saya juga kalau ada kesempatan akan tengok Discovery & Nat Geo Channel, Animal Planet kurang sikit..

ye..bila dapat jumpa sofa, & tv tu tak empunya sesiapa ketika itu..haa inilah yang ahkakrose suka buat, bila ada masa cilok sikit, time brunch ke...time rehat dari setel-setel rumah.

Reward kan mata tengok cara memasak, menu hidangan, resepi-resepi mudah yang dikongsikan tips memasak, baking & macam-macam lagi..


Apa Benefit Dapat Dari Menonton Channel ni?


Mostly eposid yang saya pilih adalah base untuk healthy food macam 30 Minit Meal With Racheal Ray, Jamie At Home, oh yang ni tak sure ada lagi ke tak..rasa macam dah lama tak tengok ke ai is terlepas episod dia😀

Ok dan ada lagi..episod-episod cook for family, haa yang ni ada Giada at Home, Barefoot Contessa, The Kitchen pun kira kategori family laah walaupun semua kawan-kawan gathering je..tapi best tau banyak tips masa di dapur yang kita boleh dapat.

Lagi apa ek..ohye Baked With Anna Olson, channel ni dah tadi tapi episod dia saya sempat record, belum tengok habis lagi ^_^
Ai is sukeeeee baking jugak..cume terkadang kekangan waktu je..


Apa Kebaikkan Tengok Episod-episod ni?



1. Memasak dengan air tangan sendiri untuk keluarga, kawan-kawan atau tetamu istimewa


Haa...seronok sebenarnye kita masak guna air tangan kita sendiri untuk jamu orang tersayang & teman-teman rapat kita kan..

Air tangan sambil memasak sambil berzikir lebih berkat & semestinye sahih bersih & sihatnya makanan itu..betul tak!?

Dengan itu juga, dapat mengeratkan hubungan kita sekeluarga & sahabat handai


2. Kita dapat idea penyediaan makanan yang sihat untuk keluarga


Yelaah..hari-hari pun boring kot makan benda yang sama, tea time meal yang sama, nak jugak variety kan, so banyak idea yang ada dalam chanel ni selain kita rajin sangat nak google, ada je yang google-goole tapi tak sure cara nak buat macam mana..sesuailaah untuk kes macam tu..eh youtube pun banyaklaaah kan..

3. Inspirasi untul Di Aplikasikan Dalam Kehidupan Kita


Tapi pada saya istimewa nye dari sini sebab, tak kena data plan..hahahaha
oklah..haa betul, memang memberi inspirasi..SEBAB!?

Dari setiap episod mereka kongsikan kegembiraan bila bersama keluarga, apa yang terserlah di situ, kualiti bersama keluarga

Bagi kawan-kawan yang life memang busy kebaboom tu..mesti sampai tak ada masa nak memasak kat rumah, take one day special, & make something happen on that day

Masak bersama keluarga, mungkin hanya bersama suami ke..atau buat preparation for special dinner night..haa kan sweet tu..ada candlie light siap semua..waaah terbayang-bayang mata ai hows wonderful that night..kan^_^ 

Sweeettt nyeeee(mata ku klip klip)    

4. Motivasi


Salah satu motivasi buat saya untuk bekerja keras nak cari duit banyak-banyak untuk sediakan masakan yang sihat untuk keluarga, penyediaan makanan yang dikongsikan dalam channel ni boleh dikatakan mostly makanan yang sihat yang fresh

Eh kan ada letak arak, minum arak cocktail semua bagai...haiish kau orang ni..kita ikut cara kita masaklaa cara halal laa..pelbagaikan, gantikan mana yang wine-wine tu guna laa vinegar yang halal..

Itu semua idea, yang bersesuaian & baik untuk kita, kita ambil & ikut..tak gitu?😁😁😁

Oklah habis dah ahkakrose berceloteh hari ni..



Ai nak pi godek buat cheese cake, hari ni buat dessert cheat sikit😁 ..tak taulaa jadi ke tak ni sebab first time nak buat😅😅😅

Pastu ni tunggu en suami pi cari bahan yang kurang, mula nak buat chilled cheese cake, cari nestle cream tak jumpa, ermmh tengoklaa apa jadi nanti..hahaha ^_^

Apa hobby kawan-kawan semua, meh share..boleh ahkakrose join sama ^_^

#tsunamishaklee
#LiveAmazing
#ShakleeEffect

You Might Also Like

0 comments