Sejarah Menarik Dr Forrest Shaklee

  • Saturday, November 12, 2016
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Hari ni menarik sikit nak kongsikan berkenaan dengan Siapa Forrest Shaklee..

Lahir Dengan Penyakit Tuberculosis 


Masa Forrest Shaklee kecil dulu dia ada penyakit, waktu dilahirkan badan dia pucat & kebiruan. Doktor pun sampai terpaksa buat stimulate penafasan.

Rupanya Forrest mengidap penyakit TB, Doktor meramalkan Forrest hanya dapat hidup selama 8tahun sahaja

Ayah manalaa tak rasa putus asa..bila dah tahu tempoh hayat anak dia boleh hidup..cuba bayangkan kalau kita sendiri kan..

Tapi Forrest mempunyai ibu yang sangat optimis, tak mahu mengalah & yakin pasti ada cara lain untuk kembalikan kesihatan anaknya, makanya mak Forrest tukar pemakanan kepada herba-herba yang kaya dengan khasiat memulihkan.

Mak dia buat kan minyak herba & massage tubuh Forrest


Berpindah Untuk Healing Melalui Sumber Alam


Kemudian mereka decide berpindah keluar dari rumah di Carlisle yakni kawasan lombong arang batu ke kawasan utara Lowa sebab mereka percaya hanya udara segar dan sihat mampu merawat penyakit batuk kering tersebut

Mak dia tak putus-putus berusaha nak Forrest sihat macam anak orang lain & sangat positif  walaupun keadaan Forrest masa tu tak boleh bergerak

4 Tahun Terbaring Kaku, Kini...


Usaha menampakkan hasil. Pada usia 4 tahun untuk pertama kalinya Forrest boleh bangun dari baringan yang lama

Dengan harapan hanya hidup selama 8 tahun..Forrest dapat jalani hidup macam kanak-kanak dan remaja lain dengan happy

Kurang Nutrisi & Terlebih Makan Punca Sakit


Dengan mempelajari ilmu chiropractic, beliau juga berjaya membuka pusat rawatan terbabit

Beliau juga menghabiskan banyak masanya dengan membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah 'Physical Magazine' yang mengatakan bahawa "Dadah (ubat) hanyalah menutup simptom tanpa mengubati penyakit"

Melalui kisah hidup yang dilaluinya, beliau mula mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan.

Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.


Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan.
& merupakan suplemen pertama yang dinamakan sebagai 'Vitalized Mineral' yang juga dikenali sebagai Vitalea Iron Formula


Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yang beliau ada, Forrest berazam untuk tolong orang yang sakit dan tak mampu datang jumpa dia.

Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Disebabkan kerjanya berkaitan dengan tulang, Forrest terdedah kepada sinar x-ray dari prosedur di kliniknya.

Yang mana ketika itu bahaya pada sinar xray masih belum diketahui


Dimaklumkan Tak Hidup Lama Punca Kanser

 
Sekali lagi Forrest diuji. Beliau disahkan mengidap kanser yang tak boleh disembuhkan, dan beberapa anggotanya perlu dipotong. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Sekali lagi Forrest tak nak give up. Antara motivasinya sebab dia nak terus berbakti.

Lalu beliau jual klinik dia, pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dengan regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yang banyak.

Ketika inilah beliau mula buat kombinasi 9 herba untuk detoks, maka terhasillah Herb-Lax ( untuk detox usus tu😊)

Sembuh Dari Kanser Melalui Pemakanan Sihat & Suplemen


Setahun selepas itu, Forrest sembuh sepenuhnya dan bebas kanser. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

 Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah-olah macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif,tak nak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti hingga ke hari ini.


Itulah motivasi pengedar2 Shaklee iReach, nak berbakti & berkongsi yg terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap2 orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang-alang hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus.

Shaklee MLM PAHALA

#tsunamiShaklee #liveamazing #shakleeeffects



You Might Also Like

0 comments