Majlis Perpisahan Geng Usrah Ireach Family Perak Di Nasi Lemak Ayam Kampung

Banyak hari dah kejadian lensa-lensa smartphone iyang bakal saya kongsikan ini berlaku..dek kerana mengalami masalah storage dan process transfer memori yang melibatkan masalah yang begitu complicated dan membuang lebih banyak masa apabila melakukannya

Maka lahirlah cerita di entry..haaa nanti cerita  ni boleh tunjuk kat anak cucu cicit cuit muit kan..mehmehmeh^_^



#gengusrah Semakin Rapat Semakin Sayang


#gengusrah ireach family ni asalnye dari kelas instagram yang ahli nya dari Ireach Family sideline sesama sideline bermula dengan 6 orang sahaja..kire kalau ikut persaudaraan tu..sedara mara laa ni..ada yang adik beradik..ada yang sepupu ade yang sepapat hahahah..daku pun tak tahu nak menilik keturunan anak siapa pangkat mak sedara ke tok sedara ke apa dah..Itu semua tidak penting, yang penting #gengusrah ni memang ohsem..


Kami buat kelas instagram ni dari inisiatif kami sendiri sambil nak capai objektif perolehi sale beribu riban dari mediuam Instagram & tentunye sambil-sambil berukhwah sesama kami menjalinkan hubungan kekeluargaan di samping bertukar-tukar fikiran dan kongsi ilmu bisnes kesayangan kami yakni Shaklee bisnes mudah dari rumah 


Tapi sayangnye seorang dari kami sekarang dah terpaksa berpindah mengikut suami bertugas..aalaaahai..tinggal dah kami berapa kerat je yang ada sekarang


Dengan itu laahirlah majlis ini..


'bertemu dan berpisah adat manusia biasa...

hilang di mata tapi di hati tidak lupa' eeeaaceceh ^_^

Makan-makan ni diadakan di Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh beralamat seperti di bawah : 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia


Haa..wave kan aje di mana lokasi ini yeh..pandai-pandailah kau orang cari ^_^


Review Nasi Lemak Ayam Kampung


Ini limited review sebab malam tu tak dapat nak explore sangat, even menu ai is dapat pandang dari kejauhan aje ^_^, sebab kesuntukkan masa..nak rasa side dish yang disediakan macam variety kampung dessert pun tak kesempatan..

Tapi NASI LEMAK AYAM KAMPUNG dia memang SOOOODAP ^_^ sukeeenye saya makan sambal sotong besau tu..tak sabar nak makan dengan family kat sana one day

Kalau nak bagi Star, saya bagi 4star lah..tapi kemudahan tempat yang disediakan sangat bersesuaian untuk majlis formal juga tidak formal. (haa boleh tengok gambar kat bawah ni nanti)

Ada juga private room yang tertutup..

Makan-makan dengan family pun okey..kalau family-family jauh datang pun this is one place that you all should try..BOLEH BUAT BOOKING siap-siap..sebab raaamai sangat orang.

Moh kita kembara masa di tempat kejadian melalui lensa smartphone deme-deme yang ohsem nih..



Bersama dengan Kak Sultan(tudung bunga-bunga putih) & Ahkak Long kawasan (berspek mata) hihi

Anak-anak tengok belut dah macam kat zoo..ekekeekek
takpelaa janji deme happy ye dak^_^


Dari kiri ahkak long kawasan, yang mulia kak sultan & mak yong Eqin yang diraikan ^_^














Berdiri dari kiri : Kak Tinie Badri, Kak Dilla Jalil, Fitriyatul Asyiqin
Duduk dari kiri : Kak Wahida Azizan, Rosemawatie MHassan & Kak Fazillah Abd Ghani
Patutnya ada Anida Ahmad..
sayang sekali tidak dapat bersama kami pada malam itu


Anak-anak surga yang memanglaa serasi aje kalau 
berjumpa, anak-anak shaklee ler katekan

Haa..ini baru beberapa anggota keluarga je, ade 
yang kene tinggal..kalau datang semua ni













Nasi Lemak Ayam Kampung yang memang rasa tak 
cukup makan sepinggang..ahaaaks^_^


Ahkak Dilla Jalil kita, Kak Fazi kita, 
kak long kawasan & Mr Apeh Dollah

Haa..habis dah..semoga kawan-kawan semua dapat nikmati jaudah menarik di Nasi Lemak Ayam Kampung, Ipoh, Perak 

Adios..Salam sejahtera semua ^_^

You Might Also Like

1 comments

  1. Best la rose tulis.. santai je..kena belajo ni.. tulisan den keras

    ReplyDelete