5 Cara Tetapkan Azam Supaya Azam Tak Extend Sampai Tahun Depan

  • Saturday, February 18, 2017
  • By Rose MH
  • 1 Comments

Bulan lepas..saya ada kongsikan cara nak berazam dan laksanakan ia tanpa bertangguh ini secara live di Facebook. Bagi yang nak tonton ahkakrose membebel soesorang, aiceceh😄😄😄 bolehlaa tengok kat sini link

Sharing ni saya buat dari pembacaan yang bagus untuk saya share dengan kawan-kawn semua untuk kita sama-sama apply.

Ada banyak cara sebenarnya nak tetapkan azam so that azam tu seiring dengan langkah dan hari-hari kita. Cuma ini pada saya ia jadi pemandu arah yang paling utama..boleh juga di-consider-kan sebagai The Core of Intention

Nak tetapkan azam ni kenelah yang bersesuaian dengan keadaan, bersesuaian dengan kemampuan kita. Ia haruslah realistik, bukan angan-angan mat jenin.

Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam.


5 Tips Ringkas Supaya Azam Tak Extend Sampai Tahun Depan


1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah.


Niatkan azam kita kerana Allah. Kita nak capai azam yang kita targe tu kerana Allah SWT.
Kita perlu tanam kepercayaan dalam diri kita yang Dia yang mahu melihat kita ni jadi Muslim dan Muslimah yang berjaya, supaya dengan kejayaan yang kita dapat ni akan membantu orang lain, tak kitalah saudara seagama kita mahupun bukan seagama untuk berjaya macam kita.

Kitalah yang menjadi bukti bahawa kejayaan kita tu tidak mustahil dan bukanya mustahil seperti mana yang kebanyakkan orang fikirkan.

Kita menjadi bukti menjadi bukti Allah membuka jalan kepada sesiapa sahaja yang berusaha.


2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah.


Usaha kita nak capai kejayaan itu sebenarnya adalah satu ibadah, yakni ibadah sunat. Kita akan termotivasi jika sesuatu yang kita lakukan itu akan beroleh kebaikkan untuk kita yakni pahalakan. So bonus buat kita bila berusaha kita dah dapat pahala. 

Tiap kali kita nak berusaha, NIATKAN kerana Allah supaya apa yang kita buat tu akan jadi ibadah. Moga apa yang kita lakukan tu di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Dengan itu, in sha Allah jalan untuk kita berjaya dipermudahkan juga, tanda redha Allah atas usaha kita. 

Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam adalah cara untuk kita mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang kita lakukan tidak dikira ibadah.

3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah.


Apa je yang kita nak capai, pastikan kita dahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kita pada orang sekeliling supaya dengan itu kita daat Redha Allah. 

Set azam kita tu untuk kita berbakti kepada insan di sekeliling kita. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah).

Contoh macam azam saya tahun ni, nak bantu anak-anak bisnes saya dalam Shaklee, bersama-sama untuk nikmati bonus incentive yang Shaklee sediakan. Haa itu contoh kita dapat bantu orang lain di samping kita jaga hubungan baik kita dengan Allah juga.

Pastikan azam kita tu mendorong kita untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk kita mencapai azam kita dibuka serta dipermudahkan.

Macam kalau kau orang nak kurus, haa sharing kan apa sahaja bentuk ilmu di facebook tentang kau orang nak berdiet..haa tu pun kire salah satu yang boleh jadi motivasi orang lain untuk menjaga pemakanan yang sihat sama..kan. ^_^


4. Set Untuk Kebaikan Bersama.


Apa juga yang kita nak capai sebagai azam kita tu, niatkan untuk kebaikkan bersama bukan untuk kepentingan sendiri je. Islam galakkan kita untuk buat sesuatu untuk kebaikkan bersama, anggaplah kejayaan yang kita mahu capai tu adalah untuk kebaikkan orang sekeliling kita. 

Kalau azam nak jadi isteri yang solehah, niatkan untuk kebahagian suami dan anak-anak. 
Kalau nak berjaya dalam bisnes, niatkan kejayaan ni untuk kebaikkan kita, keluarga kita, untuk kebaikkan customer kita.

Kalau nak berjaya dalam pekerjaan yang ada sekarang, niatkanlah untuk kebaikkan kita bersama kawan-kawan kita, bukan bangga sebab kita lebih berjaya daripada orang lain.

5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus.Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk


Jangan set azam kita semata-mata untuk rasa best nak tunjukkan pada orang. 'Waah ni kalau share dengan orang ni mesti orang rasa aku hebat.' Haaa tak nak macam ni..

Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah. Kita akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak dan capai azam kita. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha kita ke arah azam itu akan mengalami kesukaran.

Kita tak akan ada motivasi. Kita akan hilang semangat, hilang inspirasi. Kita akan rasa tertekan. Kita tak mencapai satu apapun, ita juga mungkin akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. 

Jika kerap ada dalam keadaan macam ni, kita kene revise balik niat kita, must be theres something wrong dengan niat kita. Kita mungkin nak berjaya, tapi kita nak menunjukkan kan hebatnya kejayaan kita pada orang lain. Haaa...so kenelah perbaiki niat.

Okeh itu sahaja 5 tips yang in sha Allah dapat membantu kawan-kawan untuk keeping all your azam, always on 'track'.

Jika kawan-kawan rasa ia bermanfaat, share lah pada kawan-kawan yang lain ^_^

#ahkakrose
sid 906555

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian. InshaAllah dengan perkongsian ini dapat membantu ramai orang untuk mencapai azam mereka.

    ReplyDelete