Punca Ketidaksuburan

  • Thursday, October 24, 2013
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Aliran wanita berkahwin lewat iaitu sekitar 35 tahun ke atas tidak menolak kemungkinan tahap kesuburan wanita untuk melahirkan anak semakin menurun. Sedangkan kemuncak usia wanita untuk hamil pada usia 23 tahun. Di negara ini, masalah kesuburan berada antara 10 hingga 15 peratus.

Banyak punca ketidaksuburan antaranya usia,obesiti, hormon & penyakit. Tetapi ia boleh dirawat, asalkan pasangan segera berjumpa pakar kesuburan apabila belum hamil sungguhpun sudah setahun berkahwin. Ketika melakukan rawatan kesuburan, adalah lebih baik kedua dua pasangan ada bersama. 

Mari kite ketahui lebih dekat punca ketidaksuburan ini..


Antara punca ketidaksuburan:

 






 Masalah hormon atau kawalan kitaran haid -
hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang. Keseimbang hormone boleh berlaku disebabkan berat badan yang berlebihan atau kurang berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat dan juga boleh disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

Kerosakan kepada saluran fallopian 
Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis.

Pembentukan rahim yang tidak normal -
Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar.

Ketumbuhan di rahim seperti fibroid, polyp -
Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
  
Endometriosis -
terjadi apabila tisu dari selaput rahim (endometrium) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Terdapat tisu endoetrium yang melalui tuib fallopio ke ruang perut semasa kitaran haid yang menyebabkan radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesame sendiri dan menyebabkan kesakitan haid.

Masalah lelaki (sperma) - 
1. Sperma tidak matang 
Masalah ini berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas. Kegagalan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin juga menyebabkan masalah ini. Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitaran. Selesema juga boleh membawa kesan kepada kekurangan kualiti sperma.



2. Gangguan pengangkutan sperma 
Kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salur duktus yang membawa air mani tersumbat.





Kesan umur terhadap kesuburan wanita


Peningkatan umur mengurangkan peluang wanita untuk mempunyai bayi melalui
cara berikut:


  • Kemampuan ovari wanita untuk membebaskan telur yang sedia disenyawakan akanberkurangan apabila umur meningkat. 
  • Kesihatan telur seseorang wanita berkurangan mengikut umur. 
  • Apabila umur wanita meningkat, dia lebih mudah mengalami masalah kesihatanyang boleh menganggu kesuburan. 
  • Apabila umur wanita meningkat, risikonya untuk mengalami keguguran bertambah. 

Langkah2 yang boleh di ambil untuk hamil  :-


Mengambil Multivitamin – semua wanita yang merancang untuk hamil adalah SANGAT disarankan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko kecacatan janin. Si suami pula dinasihatkan untuk mengambil supplement zink dan sclenium yang dapat membantu pengeluaran sperma.

Dapatkan berat badan ideal – Sekiranya terlalu gemuk atau kurus ia akan mempengaruhi tahap kesuburan. Oleh itu sila kawal berat badan.

Ketahui waktu subur – Hari subur Cuma berlaku 4 – 5 hari dalam sebulan. Dengan mengetahui tahap subur, peluang untuk hamil adakah tinggi. Salah satu cara untuk mengetahui hari subur adalah dengan mencatatkan suhu badan asas anda dan perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lender serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan.

Tingkatkan kesuburan lelaki – pastikan kesihatan reproduksi suami pada tahap yang optimum dengan mengamalkan hidup sihat.

Kurangkan tekanan – terlalu tertekan akan mengganggu kesuburan.
Jauhi dadah, rokok dan minuman keras – akan memberi kesan kepada kesuburan serta meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.
Ok..sebagai alternative untuk usaha dapatkan zuriat, selain kite mohon pertolongan Allah s.w.t, suami isteri boleh cube SET KESUBURAN SHAKLEE.
 
UNTUK ISTERI

UNTUK SUAMI
Penerangan ringkas setiap supplement:-

B-Complex
Untuk sistem reproduktif yang sihat, penting dalam pembentukan janin, melawan tekanan, mengandungi asid folik, meredakan senggugut.

Vitalea
 Pelengkap nutrisi, tingkatkan metobolisma, redakan senggugut, elak anemia.

Vitamin C
Mengekalkan kolestrol sihat, meningkatkan sistem imun, memerangi kanser, meningkatkan motiliti sperma, elak sperma membentuk gumpalan

GLA 
Penghasilan estrogen, menyeimbangkan hormon.

Zink
Meningkatkan penghasilan testosterone, meninggikan kiraan sperma, untuk pertumbuhan
Macam mana nak order ni??? Senang je... ^_^
Pm sy di FB Rosemawatie 

@ boleh hubungi msg saya di 0197731060. 
Dengan membuat pembelian melalui Vitaminorganik @ fan page House Of Vitamin
anda layak menerima:

☑ Sesuatu yang istimewa.
☑ Konsultasi secara percuma & berterusan after service.
☑ Jadual Pengambilan Vitamin yang betul.
☑ Jemputan ke group tertutup Shaklee.


You Might Also Like

0 comments