Kawan Baru di Facebook Yang Ohsem & Luar Biasa

  • Monday, September 01, 2014
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Saat-saat nak memenuhi task yang ada..dan pesanan-pesanan yang dicadangkan oleh kawan2 SID yang lain, mentor2 pun dah mention sebelum ni, di tambah pulak dengan Facebook yang start being typical of certain2 thing sangat, tetiba je tak boleh posting or comment dalam group, tak tau laah ape sebabnye..(mase tulis ni facebook dah realease blocking saya di group) eehehee..gatai tangan nak tulis jugak..^_^

Since pesan memesan supaya buat akaun baru sebelum facebook akaun yang sedia ada suddenly di block...so i dont take for granted maka dengan itu terbukalah akaun facebook baru..Rose MH..dan sangat2 tak disangka, 11 july 14 started to created an additional fb account, but hanye mula aktif beraktiviti di wall started on august 14,2014. Alhamdullillah..lebih clicking yang accept daripada adding sampai ke harinilah..syukur sangat lepas ni dapat tambah ramai lagi kawan2 di seluruh Malaysia & dunia..inshaAllah..bolehlaa laksanakan niat untuk misi semakin cantik semakin muda & berubah segera untuk sihat selalu. Hoho..


Ketika saya menaip artikel ini jumlah friends facebook berangka 2547 dlm mase kurang 15hari dibuka, nak di bandingkan dengan akaun fb sy Rosemawatie MHassan yang memerlukan 5tahun lebih untuk capai figure sekarang. Add orang pun mase awal-awal dulu sebab nak main game 'Baking Life' & 'Farmville' di awal 2010, game tu jadi viral tau..memang dulu kaki gamelah kat fb tu..dan untuk tujuan berniaga - ada dua produk masa tu...but time change people & keep changing myself..noooow.. fb is no more longer for 'game time' untuk saya..saya jumpa sesuatu yang lebih bermakna dan banyak mengubah hidup saya..macam-macam ado..nak listed here..nantilah i make another story tell k...oh ni dah lari dari topik asal ni (garu kepale)

Okeh..entry ni bukanlah nak riak nak takbur dengan jumlah yang 'secoek' tu je..ade aku kesah ye dak? (tangan ke dada)...penting sangat ke apa yang saya nak kongsikan pada kawan2 semue harini? Bukan kerana akaun facebook saya yang banyak menerima permintaan untuk diacceptkan, alah ade yang teman accept tu mamat bangladesh pun ye, mamat nepal pun ye..pakistan pon ado..dude kesepian lagilah..mak aaiii..tak kisah pun sesape aje teman accept..sebab nak cepat dan takde mase nak tapis2..BUT!!! mana yang pm yang rase-rase tak bersesuaian tu..maaflaa (maleh dah nak sambung ayatnye)

Back to main topik..

Yang saya nak sampai kan adalah ukhwah..hubungan kita sesame manusia..siapa kita harini di kalangan manusia-manusia lain yang hidup bersama kita..hubungan keluarga, hubugan antara teman, hubungan persaudaraan seagama..hubungan suami isteri, anak-anak, hubungan pekerje dan majikan..ish banyaklah bab hubungan ni..kenapa pulak ia melibatkan FACEBOOK?

FACEBOOK boleh dikatekan TEMAN kite di mana sahaja harini..di facebooklah kite meraikan seseorang, mungkin anak, mungkin kawan-kawan, mungkin juge sahabat..kejayaan diri sendiri..dan pelbagai agenda yang berlaku berkenaan dengan ukhwah..'saya bakal mengadakan aqiqah untuk anak saya jemput datang' siap boleh create event dan kawan-kawan di fb akan di invite..'aku nak kawin wei..jempu datang' akan berlaku lagi perjumpaan utk meraikan & mengeratkan uhkwah sesame kite tak kire agama dan bangsa.

Besar pengaruh FACEBOOK kan? moge yang baik-baik ini akan terus baik..namun..ukhwah,silaturrahim, hubungan & apa sahaja gelarannye..juga boleh musnah di FACEBOOK..apabila hati-hati kita diracuni buruk sangka, hasad dengki, iri hati dan segala sifat mazmummah yang ada..kerana itu pentingnye wujud dalam diri dalam hati kita yakni BERLAPANG DADA, memang bukan senang nak berlapang dada..kalau nak hurai bab berlapang dada berbaik sangka ni pun memang kene buat entry lain..inshaAllah, but its good for us to try,kite akan felt better, sebagaimana petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t melalui firmanNYA:

"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar."
(Surah Fussilat: 34-35)

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
"Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku jalin tali silaturrahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskan aku. Aku berbuat baik kepada mereka, tapi mereka berbuat buruk kepadaku. Aku bersikap santun terhadap mereka, tetapi mereka menganiayaku. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau adalah sebagaimana yang engkau katakan, maka seolah-olah engkau memberi makan mereka dan Allah s.w.t akan selalu memberikan pembelaanNYA kepada engkau atas mereka, selama mana engkau berada dalam keadaan demikian."
(Hadis Riwayat Muslim: 2558: Al-Birru wa As-silah)


Kita suka ramai kawan di fb..kite suka adding some people that we would like to know..kite suke mereka like mereka comment, kite suke they take a good care of us..but you must remember, apa sahaja bakal timbul ke dunia nyata..apabila pertelingkahan berlaku, apabila hubungan ditolak, jenayah dalam diam, ape sahaja keadaan yang boleh wujud akan mengundang kesungguhan untuk bertemu untuk dapatkan @ nak binasakan pihak di sana itu, boleh berlaku..dari maya ke realiti..

Jadi..dalam keasyikkan kite berfacebook..kenal mengenal..jagelah apa yang wajib dijaga..yang paling utama adalah fikiran & hati..apa yang kita fikir akan memberi kesan di hati..akan melahirkan tindakan dan menjadikan kehidupan..sekirenye benar untuk mencari sahabat.. wajar untuk mempertimbangkan ciri-ciri seorang sahabat itu.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut,
“Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”



Begitulah hendaknye..nak memilih teman, walaupun di fb..biarlah yang boleh membawa kite kepada kebaikan, & jangan pula bersangka buruk..'aku tak nak kawan dengan dia ni, dia ni boleh bawak aku sesat'..jangan laa ade sekelumit kate pun macam tu kat mulut mahupun hati kita..apabila kita menyedari kawan kita itu bukan boleh jadi contoh yang terbaik buat kita, doakan yang baik-baik buat dirinya. Kerana Allah lah yang memengang hati manusia..mana tau die akan berubah jadi lebih baik dari kita kan..

..Moge kawan2 baru saya dan kawan2 lama..akan dapat sedikit kesedaran, kalau tak banyak sikit pun tak pelah..mana yang buruk tu datang dari saya dan yang baik itu hanya dari Allah swt.

okeh...kalau ikut dalam kepala banyak lagi nak cerita, tapi ikut mata..dah ngantok..teman undur diri dulu yeh..nanti betemu lagi kite insha Allah..

wsalam~

You Might Also Like

0 comments