10 Makanan Patut Ibu Hamil Amalkan Sepanjang Tempoh Kehamilan

  • Wednesday, September 06, 2017
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Pemakanan penting sangat ketika ibu mula merancang untuk hamil & perlu dititikberatkan sepenuhnya oleh ibu di sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan kepada ibu & bayi dalam kandungan.

10 makanan yang mempunyai kelebihan & manfaat yang tinggi khas untuk ibu2 hamil.
 

1. Greek Yogurt


Pengambilan 2 kali sehari dalam menu diet harian ibu hamil dapat menghapuskan bakteria jahat kerana yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik.

Kajian membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan kuman pada faraj.
 

Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan.
 

Memberi keseimbangan dalam kitaran usus manusia atau bertindak secara langsung pada penghadaman dan sistem imunisasi (ketahanan) badan. Bekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.

2. Telur


Telur merupakan sumber protein. Kandungan protein yang tinggi baik untuk pertumbuhan plasenta. Setiap sel tubuh bayi yang sedang membesar terbina dengan adanya protein.

Telur mengandungi 12 vitamin & mineral penting yang sihat. Ia juga tinggi khasiat kolin, zat yang menyokong pertumbuhan pesat kesihatan otak bayi.

3. Berries


Tambahkan kacang hitam, kacang putih , kacang pinto, kacang merah , kacang hitam bermata , dan buah pinggang, garbanzo , atau kacang soya untuk diet anda.

Selain menyediakan protein dan serat, ia juga adalah sumber nutrien utama, seperti zat besi, folat , kalsium, dan zink. Fitonutrien di dalam Beri bermanfaat untuk melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.




4. Kekacang / Kacang Merah


Kacang merah ni banyak sangat manfaat bagi ibu hamil dan untuk janin kita antaranya, kalsium, serat, karbohidrat kompleks, protein tinggi & lain-lain lagi. Manfaatnya adalah seperti berikut :-

Melancar sistem pencernaan dan mencegah kolesterol jahat
 

Kandungan serat dalam kacang merah bermanfaat mencegah kadar kolesterol jahat dalam darah dan melancarkan sistem pencernaan. Karena itu, kacang merah ini juga dapat mencegah sembelit.
 

Mencegah risiko diabetes
 

Kandungan karbohidrat kompleks kacang merah berglikemik indeks rendah sehingga proses pencernaannya pun lambat. Bahkan, kacang merah mampu menurunkan kadar gula darah. Hal ini dapat menurunkan risiko timbulnya diabetes pada ibu hamil.
 

Mengurangi risiko penyakit jantung
 

Kandungan asid folik dan vitamin B6 dalam kacang merah bermanfaat membantu pematangan sel darah merah, membantu sintesis DNA dan RNA, dan menurunkan level homosistein dalam pembuluh arteri sehingga dapat mengurangi risiko terkena penyakit jantung.
 

Menjaga berat badan tetap ideal
 

Kandungan seratnya sangat menyokong program diet ibu hamil & kandungan proteinnya bermanfaat untuk perkembangan otot tubuh.  

Menjaga fungsi sistem saraf

Kandungan thiamin bermanfaat menjaga fungsi sistem saraf dan 
mencegah penyakit beri-beri.
 

Menjaga kesihatan kulit

Selain dapat menjaga kesihatan kulit, kandungan vitamin B6 dalam kacang merah bermanfaat membantu proses metabolisme asid amino, asid lemak, lipid, sintesis dan fungsi hemoglobin.

Mencegah risiko anemia

Kandungan mineral, seperti zat besi, zinc, dan tembaga pada kacang merah bermanfaat membantu pembentukan sel darah merah, enzim, dan tulang. Keadaan anemia juga boleh diatasi dengan mengambil kacang merah ini.
 

Menambah energi

Zat besi dalam kacang merah bermanfaat meningkatkan metabolisme dan energi pada ibu hamil.
 

Membantu perkembangan otak dan sel darah merah pada janin

Kandungan Omega 3 dan 6 dalam kacang merah ini bermanfaat membantu perkembangan otak janin. Bahkan, perkembangan sel darah merah pada bayi dapat ditunjang apabila ibu hamil rajin mengamalkan kacang merah dalam pemakanan harian.
 

5. Kentang Manis


✔ Mengandungi Vitamin A

Menurut American Pregnancy Association, wanita hamil perlu mengambil sekurangnya 700mikrogram vitamin A setiap hari. Satu biji ubi manis yang dimasak beserta kulitnya mengandungi 1.922mikrogram vitamin A yakni hampir 300% dari diet harian yang dicadangkan.

✔ Vitamin C & Zat Besi

Adanya vitamin C untuk membantu menyerap zat besi. The National Institutes of Health mencadangkan 80-85mg vitamin C & 27mg zat besi setiap hari.

✔ Mengandungi Serat

Serat makanan diperlukan untuk menyokong kesihatan sistem pencernaan kita. Salah satu masalah umum ibu hamil adalah sembelit.

✔ Mengandungi Kalium/Potassium

Orang dewasa yang berusia 19tahun ke atas termasuk ibu hamil. perlu mengambil 4.7gm kalium setiap hari. Ubi manis juga sangat membantu proses penghasilan susu badan ibu

✔Mengandungi Vitmian B6
 

Membantu pembentukkan sel darah merah serta boleh mencegah morning sickness. The American Pregnancy Association menyarankan mengambil 1.9mg  vitamin B^ setiap hari.

 6. Salmon Omega 3


Ia mengandung asid lemak omega 3 yang sangat tinggi. Nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan kit ayang tak boleh dihasilakan oleh tubuh badan kita sendiri. Sebab itu kita perlu ambil cukup keperluan Omega 3 dari sumber makanan salah satunya adalah ikan salmon.

✔ Membantu perkembangan otak janin sehingga bayi yang  dilahirkan nantinya memiliki kemampuan otak yang lebih baik. 

✔ Membantu ibu terhindar dari risiko kelahiran pramatang. 

✔ Membantu menyeimbangkan darah tinggi pada ibu hamil dan kolesterol. 

✔ Menjaga kesihatan jantung supaya terhindar dari berbagai risiko penyakit jantung.  

✔ Khasiat DHA (docosahexaenoic acid) berfungsi dalam mengantarkan rangsangan dari saraf menuju ke otak, mengoptimumkan deria penglihatan mencegah janin dari risiko kebutaan. DHA juga berperanan dalam mencegah keguguran. 

EPA (eicosapentaenoic acid) berperanan dalam pembentukan sel darah dan organ jantung. Selain itu EPA juga berfungsi melancarkan sistem peredaran darah. 

Protein dan vitamin di dalam ikan salmon berperan sangat baik dalam pertumbuhan otot janin dan meningkatkan sistem imun (kekebalan tubuh).

✔ Protein memberikan manfaat sebagai sumber tenaga, mengatur pertumbuhan hormon, dan mengatur sistem metabolisme tubuh.  

✔ Antioksidan pada daging ikan salmon sangat bermanfaat bagi ibu dan janin untuk menjaga kehamilan tetap sihat sampai proses melahirkan. Ia juga membantu tubuh mengeluarkan racun.

Asid amino dalam daging ikan salmon membantu pembentukan sel darah merah dan sel darah putih serta meningkatkan kemampuan otak. Nutrisi dalam ikan salmon ini juga membantu ibu hamil terhindar dari risiko terkena anemia.

7. Bayam



✔ Mencegah bayi lahir cacat

✔ Mengandungi asid folik. Sepanjang kehamilan ibu memerlukan asid folik untuk membantu perkembangan bayi dan mencegah dari risiko cacat lahir seperti bibir sumbing atau kekurangan asid folik yang teruk boleh mengakibatkan risiko Spina Bifida

✔ Mencegah Anemia

✔ Membantu Pembentukkan Paru-Paru

Bayam mengandungi banyak beta karotin. Ia merupakan nutrisi yang diubah menjadi vitamin A di dalam badan yang membantu dalam pertumbuhan & pembentukkan paru-paru janin yang belim lahir.

Selain itu, ia membantu bayi dalam mendapatlan berat badan yang cukup ketika lahir sekaligus tingkatkan metabolisma ibu semasa kelahiran

✔ Mencegah Buasir & Sembelit

✔ Mengatasi Tekanan Darah Tinggi

✔ Mengandungi nitrat yang akan membantu ibu dalam menjaga tekanan darah agar berada pada paras normal

8. Daging


Bukan sahaja ibu yang perlukan sumber protein dan zat-zat lain, si kecil juga memerlukan zat besi, zinc, dan protein untuk membantu proses tumbesarannya. Sumber nutrisi dari daging akan disalurkan dari tubuh ibu melalui plasenta. Zinc diperlukan untuk pertumbuhansel dan juga perkembangan kecerdasan fizikal bayi kita

Secara spesifik, zat besi diperlukan untuk menjaga kesihatan plasenta ibu agar dapat menyalurkan nutrisi secara sempurna.

9. Avocado


Mencegah berlakunya kecacatan kepada bayi yang bakal dilahirkan

 ✔ Mencegah berlakunya kecacatan saraf pada bayi

✔ Mencegah berlaku pelbagai komplikasi ketika hamil seperti, insomnia, anemia, perubahan mood yang tak diingini, dan terjadinya Preeklamsia  

Ia sebuah komplikasi pada kehamilan yang ditandai dengan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan tanda-tanda kerosakan organ, misalnya kerosakan ginjal yang ditunjukkan oleh tingginya kadar protein pada urine (proteinuria). 

Ia boleh menyebabkan kematian pada janin yang ada di dalam kandungan akibat keracunan. 

✔ Mengatasi Radang pencernaan pada ibu hamil

✔ Meningkatkan penyerapan nutrisi pada ibu hamil 

Memiliki kandungan kalsium yang cukup untuk memenuhi keperluan ibu hamil.
Kalsium yang terkandung dalam avocado bermanfaat untuk ibu hamil sebagai zat yang menyokong pembentukan tulang pada bayi.

✔ Mempercepatkan penyerapan zat besi

✔ Membantu pembentukan sel darah merah

✔ Meningkatkan penghasilan hormon prolaktin3
    

10. Benih Kekacang

Protein

Mengandungi sumber protein untuk membina dan memperbaiki tisu badan kita terutama untuk bayi yang sedang membesar dalam kandungan ibu. Asid amino yang membentuk protein adalah 'blog' binaan untuk sel badan bayi. Protein juga merupakan sumber terbaik untuk tenaga

Asid lemak penting omega 3
 
Pada kehamilan, omega-3 EFA dalam kekacang dapat membantu mendukung sistem saraf dan perkembangan otak
Zinc bekerja dengan lebih dari 300 enzim berbeza dalam tubuh agar tetap berjalan lancar. Penting untuk kesuburan, keseimbangan hormon, pencegahan cacat kromosom, dan pencegahan keguguran berulang.

Vitamin E kaya dengan antioksidan yang telah terbukti mendukung sel saraf, sel darah merah, hati dan sistem kekebalan tubuh. Baik untuk kuatkan imun badan ibu hamil


Bagi ibu-ibu hamil..cuba sebaik yang boleh untuk menjaga pemakanan sepanjang tempoh kehamilan juga berpantang untuk penyediaan penyusuan juga untuk membantu tubuh dan keadaan kesihatan bayi terpelihara

Kita mesti nak bagi yang terbaik untuk bayi kita kan..so jagalah pemakanan, jika mempunyai kekangan untuk menyediakan keperluan nutrisi di atas,..ibu-ibu boleh dapatkan sumber vitamin dari makanan tambahan semulajadi yakni vitamin Shaklee.

Untuk konsultasi lanjut mengenai pilihan suplemen terbaik mengikut health condition ibu-ibu semua, boleh hubungi saya Puan Rose di whatsapp klik link --> http://www.wasap.my/60197731060 

Untuk pembelian terus dari sini klik di bawah untuk membuat pesanan

http://bit.ly/2wDEqcc
 
Semoga ibu-ibu semua sihat dan sentiasa ohsem sehingga tiba kelahiran ahli baru..jaga diri ye ^_^

 

You Might Also Like

0 comments