Tips Memulakan Rutin Pagi Yang Positif

  • Thursday, September 14, 2017
  • By Rose MH
  • 2 Comments

Cantikkan tempat ni..ini kat Plitvice Croatia, sharing dari Mentor Kak Rose
Cuci mata kasi mata tenang dulu sebelum baca Kak Rose bebel pagi ni..hihih

Sebelum Kak Rose ke main point title entry di atas..Kak Rose nak cerita dulu,

Ada seorang wanita ni, dia nak buat bungee jumping di Auckland Harbour Bridge, New Zealand..tapi masa nak lompat tu..dia tak terus lompat..dia stand & otak dia terus mula fokus pada perkara negatif


Lompat Atau Mundur


Yelah..nak lompat dari ketinggian yang tinggi kot..kalau Kak Rose pun macam weh aku nak terjun ke bawah nih..macam nak bawak diri pergi mati kan?😄😄😄

Selepas beberapa minit dalam keadaan teragak-agak, sekumpulan group yang baru je sampai dari memanjat jambatan tu mula bagi dia support..ceriakan dia untuk lakukan lompatan tu

Keadaan tu menghalang dia dari fikir semua benda negative yang ada dalam kepala dia masa tu

Immediately, Shes jumped and enjoyed one of the best experiences of her life.


Mohon Tidak Izinkan


The point is, jangan rasa ragu & beri peluang pada diri kita untuk berfikir negatif. Ia akan menyebabkan kita mudah mengalah dan serta merta pangkah pada apa yang kita mahu lakukan.

Kalau kau orang nak start hari ini dengan jadikan hari kau orang hari yang sentiasa ohsem, you cannot afford to give yourself the opportunity to become distracted

Elakkan terus terbaring atau duduk sambil fikirkan struggle-nya hidup aku, susahnya aku nak capai impian aku, susahnya nak berjaya (memanglah mana ada kejayaan datang bergolek-golek), dan keep thingking secara negatif tentang semua benda..


Tamparan Hidup Hasil Luar Biasa


Cuba tampor muka tu kejap😄

Apa patut buat!??

Kita akan lebih susah nak fikir pasal benda negatif bila kita sedang sesuatu. Sebab otak kita fokus dengan apa yang kita tengah buat..

Kalau dah perkara-perkara negatif tu dah meleret-leret dari semalam.

Sebaik sahaja alarm tu berbunyi pada paginya..kau orang bangkit segera  dari tempat tidur. Tok sah berguling-guling lagi..

Baca doa bangun tidur, sebut-sebutlah kesyukuran kita pada Allah..nikmat yang disebut-sebut itu Allah suka..bersyukur pada peluang yang Allah berikan pada kita pada pagi itu

Peluang untuk jadi lebih baik..sebab seorang sememamgnya patut berazam untuk jadi lebih baik setiap hari dari hari-hari yang sebelumnya

Kak Rose yakin agama lain pun ajar untuk be better than yesterday kan☺☺☺

Jangan matikan alarm sehingga kita tak tegak dan bangun segera sebelum kita yakinkan diri kita bahawa apa yang akan berlaku  lima minit lagi tidak akan melukakan hati kita

Malah, your life would be more cheer than before!

So..kita yang kawal diri kita, bukan masa lalu yang mengawal kita..

moveeee oon buddy!!😊😊😊😊

Kak Rose doakan kau orang semua yang membaca akan sentiasa dilorong perjalanan diantara mereka yang berjaya dalam hidup😊😊😊

Di bawah ni, Kak Rose juga ada kongsikan video macam mana nak cara kita nak berubah jadi positif. Tonton jangan tak tonton
😊😊😊

Love,
Kak Rose 💛


You Might Also Like

2 comments