3 Tips Ibu Berpantang Di Hari Raya Elak Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku

Cabaran hebat tau masa berpantang di hari raya ni, mana tak nya...ya ampuuuun. 
Hebat weh dugaan makanan raya yang sedap-sedap..itu satu hal lah.

Dugaan yang suruh merasa 'alaaa jaamaahlaa sikit..tak elok tengok je, kempunan karang'
walhal tengah pantang tu..gitu pulak ada yang bersuara menyuruh makan makanan yang sepatutnya dipantang.

Haaaa mana tak hebatnya..itu satu hal.

Yang hal lain pulak orang datang bertandang, untuk beraya tu dah tentulah kan, tapi sertekan sekali package datang melawat kita yang tengah duduk belunjur yang masih tak berapa sihat lagi ni.

So meh sini nak bagi tips simple PALING UTAMA untuk mak-mak yang berpantang tu 


1. Tetapkan Pendirian Dalam Menjaga Kesihatan Diri



Ye, kite je yang boleh setuju atau tidak untuk benarkan diri kita ni untuk buat sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan demi kesihatan badan kita sendiri.

Contohnya part makan tadi kan...kita harus tegas, untuk menolak. Sebab yang sakitnya nanti badan kita, bukan badan orang lain😃


2. Berpakaian Yang Bersesuaian



Pastinya kita dah bersedia untuk melalui hari raya dalam berpantang dengan baju yang bersesuaian. Ok je nak melaram, tapi jangan seksa diri untuk bersiap yang keterlaluan sampai diri kita pun sebenarnya tak selesa, sedangkan kita ni berpantang. 

Jangan korbankan keadaan tersebut demi sesuatu yang merugikan kita. Contohnya baju yang tidak selesa sehingga menyukarkan keadaan kita yang masih dalam pantang. 

Pakai cantik-cantik make up kejap untuk tangkap gambar tu..bolehlaa kot kan..lepas tu tukar balik. Janganlaa bersiap-siap lepas tu join ahli keluarga lain pergi beraya pulak..

alaaahaai mak-mak..sakit badan tu karang😃

Pakailah pakaian yang bersesuaian. 


3. Tahan Diri Untuk Tidak Keluar Beraya



Bertahanlah. Sebab kita mak-mak yang berpantang ni..imun badan masih lemah, by right kita masih dalam proses pemulihan. Jangan bergerak banyak dan lasak sangat. Baby pun by right tak elok terdedah dengan persekitaran yang terbuka dan orang ramai.

Di luar sana tu risiko tinggi sangat-sangat. So stay at home is more better. 


4. Penat Layan Tetamu




Bila orang datang beraya dari jauh, kita mesti rasa serba salah nak duduk di bilik saja. Nak-nak pula kalau saudara-mara memang ramai. Semua datang nak tengok baby.
Kita yang berpantang ni biasalah cepat letih, sakit-sakit pun tak hilang lagi. Memang tak larat nak melayan tetamu. Setakat bersalam kejap dan tunjuk muka bolehlah. Harap tetamu semua fahamlah ya. Yang tak faham tu, terpaksalah tebalkan telinga.


5. 3 Perkara Yang Perlu Lebih Diutamakan


Dalam video ni saya ada kupaskan tips paling mak-mak kene beri keutamaan


You Might Also Like

0 comments