Set Penyusuan Shaklee Bantu Susu Badan Lebih Banyak Dan Berkualiti

Saya faham perasaan ibu yang mengalami masalah susu badan kurang, atau rasa macam diri tak dapat hasilkan susu yang cukup untuk bayi semasa seawal kelahiran. 

Perkara ini berlaku kepada saya sendiri semasa saya menyusukan anak pertama.

Sebelum itu saya ingin kongsikan sedikit info tentang keadaan susu ibu semasa baru sahaja melahirkan bayi kita.

Susu Badan Sudah Mula Terhasil Semasa Tempoh Kehamilan


Sebaik sahaja kita hamil, payudara kita sebenarnya dah mula ready untuk menyusukan bayi. 

Bagi ibu yang tidak menyedari dirinya sedang hamil, salah satu tanda bahawa ibu sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ia berpunca dari peningkatan hormon dalam badan kita.

Ibu boleh periksa bahagian areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting kita, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi kita ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting kita daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!


Bagaimanakah payudara menghasilkan susu?


Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan:



💗 Alveoli. Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

💗 Duktul. Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

💗 Duktus susu. Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.

Ketika sedang hamil, kita mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu kita telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, kita sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Istimewanya kelebihan susu ibu ni kan, namun begitu susu badan masih memerlukan sokongan dari ibu itu sendiri dalam persediaan untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan secukupnya untuk bayi.

Di sini saya sertakan ringkas penerangan tentang pengalaman saya ketika menghadapi situasi masalah penyusuan dan bagaimana Set Asas Penyusuan Shaklee membantu.

Selamat menonton 😊

Bagaimana untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee ini?

Boleh terus whatsapp saya klik sini --> 0197731060

You Might Also Like

0 comments