Kebaikkan Vitamin C Shaklee Penghulu Segala Vitamin C Di Pasaran Untuk Cantik & Sihat

Menarik saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tentang Vitamin C Shaklee, vitamin kegemaran saya sendiri. Ada yang berpendapat tak perlu makan vitamin c ni sebab ada orang life dia sangat-sangat memerlukan nurient lebih macam pengambilan vitamin c

Tapi ada orang rasa tak perlu pun ambil. By right sebenar-benarnya. Kita semua perlukan lebih nutrien, bukan vitamin c sahaja, memandangkan kehidupan kita yang sangat tough sekarang. Itu kawan-kawan boleh baca di Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin.

Vitamin C atau juga dikenali sebagai ascorbic acid adalah nutrient yang tak dihasilkan oleh tubuh kita, jadi kita perlu ambil dari pemakanan harian kita. 

Dan sifat vitamin C ini adalah larut air, maksudnya tubuh kita tak dapat menyimpan vitamin C sepertimana glucose yang disimpan dalam bentuk glycogen.

Sebab itulah kita disarankan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari, antaranya seperti dalam gambar ini: 




Vitamin C adalah antara nutrien yang penting, selamat dan efektif untuk menjamin kesihatan yang menyeluruh. 

Menurut kata Mark Moyad, seorang doctor dari Uni of Michigan, yang membuat kajian berkaitan vitamin C, “Semakin kita mengkaji Vitamin C, semakin kita faham bahawa Vitamin C bermanfaat kepada kita dalam pelbagai sudut, termasuklah sistem kardiovaskular, kanser, strok, kesihatan mata dan sistem imuniti.”


Manfaat Vitamin C Kepada Tubuh Kita



Antioksidan


Vitamin C memiliki sifat pelindung kepada radikal bebas seperti asap rokok dan pencemaran udara. Radikal bebas ini perlahan-lahan merosakkan DNA dan menukarkan sel sihat kepada sel kanser tanpa kita sedar. Faktor lain penyumbang kepada  radikal bebas ini adalah penuaan, penyakit jantung dan artritis.


Gambar di atas menerangkan bagaimana antioksidan bertindak menghalang kerosakan yg disebabkan radikal bebas



Kebaikkan Semasa Sakit - Demam Dan Asma


Bila kita ambil vitamin C semasa kita sakit seperti untuk tujuan demam, selsema atau batuk, ia tidak akan merawat seperti mana ubat dengan serte merta.

Akan tetapi, jika ia diambil secara berterusan ia mampu mengurangkan gelombang, singkat masa, dan sakit kita akan perlahan-lahan berkurangan jika dibandingkan tidak mengambil vitamin C

 Menurut satu kajian, ia turut membantu mengurangkan risiko sakit yang lebih kronik seperti asma, pneumonia dan jangkitan paru-paru.


Kebaikan Membentuk Kolagen


Tanpa vitamin C, kolagen tak dapat dihasilkan. 

Kolagen adalah sejenis protein antara beribu protein dalam tubuh kita. Ianya teramat dan paling banyak diperlukan dalam pembentukan kulit, jantung, salur darah, tulang, gigi, gusi, mata, senang kata seluruh badan kita memerlukan kolagen. 

Untuk memastikan kesemua sel dan organ kita berfungsi secara optimum, sistem tubuh kita akan membuang dan mengganti sel rosak dengan sel baru. Sebab itulah penting untuk kita menghasilkan kolagen yang cukup, dengan pengambilan vitamin C secara berterusan.
Meningkatkan imuniti


Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu barisan pertahanan yang akan bertindak melawan virus-virus yang menyerang badan kita. 

Ketika jatuh sakit, sel darah putih dalam badan akan berkurang, sebab itu disarankan untuk menambah dos vitamin C untuk menaikkan kembali sel darah putih dan sistem immuniti kita akan lebih kuat dan efisen.


Kebaikkan untuk kulit


Vitamin C dengan sifat antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas dan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. 

Selain membantu mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit, vitamin C juga turut merawat luka supaya cepat sembuh. Dan kesemua efek ini lebih mantap jika vitamin C dan E diambil bersama.


Kebaikkan Semasa Penurunan Berat Badan


Mengikut kajian yang dibuat oleh sekumpulan penyelidik daripada Arizona State University, vitamin C diperlukan untuk memecahkan lemak yang tersimpan dan menukarnya kepada tenaga. 

Kalau sebelum ini kita kurang mengambil vitamin c, mungkin ini dapat menjelaskan mengapa kita masih tak kurus sedangkan dah banyak bersenam ?



Vitamin tambahan untuk pesakit kencing manis 

Berdasarkan kajian yang disediakan oleh National Center for Complementary and Integrative Health (NCCIH), Pengambilan insulin bersama-sama vitamin C akan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan meningkatkan fungsi saluran darah, seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit yang lebih kronik akibat diabetes.

Kannn, memang banyak pun kebaikan vitamin C ni untuk kesihatan kita, lebih-lebih lagi sekarang adalah musim panas dan kering, kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang terik dan kita juga mudah jatuh sakit.


Jadi, pastikan anda dan keluarga mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Ataupun, dapatkan sahaja Vita C Sustained Release daripada Shaklee. Hanya sebiji sehari untuk kesihatan yang lebih baik, untuk anda dan keluarga.

Jom tengok lagi apa kelebihan yang ada pada VITAMIN C SHAKLEE dalam video saya di bawah ini.

Untuk order vitamin C Shaklee boleh terus contact saya di 0197731060

You Might Also Like

0 comments