Tips Elak Letih Lesu Sepanjang Memandu

Pengalaman saya excident akibat tertidur kerana keletihan..amat mengajar saya untuk lebih berhati-hati semasa memandu.

Cukuplaah sekali tu kesilapan saya buat. 

Memang trauma bila mengingatkan kembali.

Jadi entry kali ni saya nak kongsikan tips elak letih & lesu sepanjang memandu agar kita dapat mengurangkan atau mengelak dari apa sahaja kemungkinan yang buruk berlaku.


Sebelum Perjalanan



Pastikan kita dapat tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan.  


Tips Semasa perjalanan 


  • Pastikan anda dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan mengikut had laju pemanduan yang di tetapkan
  • Jika memandu di siang hari ketika berpuasa, anda ada rukhsah dan keringanan untuk berbuka puasa bagi musafir jika cukup syarat. Namun hati-hati jangan makan di tempat terbuka atau di khalayak ramai
  • Jika mengantuk, berhentilah di mana-mana hentian walau seketika. Basuh muka, regangkan otot-otot dan badan yang penat. Boleh berjalan-jalan seketika 
  • Jarakkan kenderaan dari kenderaan di hadapan. Elakkan mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat bagi mengelakkan kemalangan tidak di ingini berlaku
  • Banyakkan bersabar sekiranya menghadapi masalah pemanduan dengan kenderaan lain. Bertolak ansur adalah sebaik-baiknya.
  • Sediakan air mineral dan minuman kesihatan Cinch Energy Tea untuk memberikan anda tenaga. Cinch Tea mengelakkan anda mengantuk,membekalkan tenaga dan memberi kesegaran semula.
  • Jika memandu dalam keadaan hujan lebat ,pastikan anda memandu dengan perlahan-lahan dan tidak memasang emergency signal. Bertenang dan memandu secara berhemah.
Jom tonton macam mana nak boost energy semasa memandu!!

You Might Also Like

0 comments