Anak Tak Cerdik Bila Di Pukul

Didikan Awal Anak

Kite selalu sentap bile anak buat something yg kite tak suke such as tumpahkan air ke, selerak kan baju, buat sepah & macam2 lagi laa..memang terkadang kite hilang sabar & mungkin juge naik tangan, cubit sikit, pap sikit di kaki..Sesungguhnye mereka ini masih tak mengerti kenapa tak boleh, & larangan yang kite berikan seperti JANGAN akan terkesan kepada mereka hanya untuk seketika sahaja. Tahukah anda?? Tindakan memukul anak boleh menjejaskan tumbesaran mereka?

Kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.


 Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.








Awas dan beringatlah dalam mendidik anak..kesan itu bukan sahaja nampak dalam jangka masa pendek tetapi akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.


Didik Anak sebaik mungkin kerana Anak adalah pewaris generasi kita.Anak juga mencerminkan akhlak dan peribadi ibu bapa.

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Isian diri dengan zikrullah..Insha Allah. Kite pasti ketemu ketenangan & lebih bijak dalam mendidik anak2.

You Might Also Like

0 comments