Pemakanan Ibu Mempengaruhi Susu Badan

Ketika saya still bf ank sulong, selepas sy kenalkn solid food..dia memang tak kuat makan,tapi kuat menyusu, masa tu jugak saya mengambil suplemen penyusuan & saya memang kuat makan, jadi ibu demuk ank pun debam 😃, sampai berat die hampir nak dekat obesiti (mase tu tak risau sangat die x makan sebab alhmdulillah die sihat & susah demam).

Momen yang menyeronokkan semasa menyusukan anak adalah kite boleh menikmati makanan yang sihat dan enak tanpa was2? So that time, berat badan & diet tu jatuh no 2..apa yang saya fikirkan ketika itu nak bagi nutrient yang terbaik buat anakku.

Tapi jangan salah faham di sini ye 😊, Amalan pemakanan sihat sememangnya penting utk ibu2 yang menyusukan bayi. Pelbagaikan makanan yg kite ambil & pastikan ia seimbang! (kini ku sedang mengamalkan diet yg siha😄 ) Sebab ini adalah utk kesihatan kite & sebenarnye bukan utk menjamin kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Walaupun kite makan makanan segera sekalipun, ia takkan jejaskan penghasilan susu tetapi akan mudaratkan kesihatan kite sendiri! & bile dah effect kesihatan kite, ia juga beri kesan kepada penghasilan susu kite.

Bukan pula bermakna ibu2 boleh makan apa je makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Sebab tu Kite akan rasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat :) . Itu yg kite tak nak tu kan?

Perkara yang paling penting untuk pastikan penghasilan susu yang secukupnya adalah demand & supply & amalan mengosongkan payu dara kite dengan efektif. Maka dengan itu akan bertambah banyaklah susu kite!

Untuk maklumat ibu2, sometime kalori seorang ibu @ kurang pengambilan air turut menjejaskan pengeluaran susu badan.

Pengambilan makanan adalah sedikit berbeza bagi seorang ibu menyusu berbanding wanita yg tidak menyusukan anak. 


Picture & fews info By SaraKids
KLIK DI SINI (Calorie Calculator) For Breastfeeding Mom
  • Kalori : Secara umumnya, tubuh kite akan beri "isyarat" untuk makan, merupakan perkara biasa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kalori harian yang diperlukan. Diet yang berlebihan boleh mengurangkan bekalan susu, namun diet yang ideal secara amnya tidak akan mendatangkan apa-apa masalah.
  • Air Mungkin sukar pada ibu2 yang kurang mengamalkan pengambilan air secukupnye setiap hari utk jadikannya 1 habit. Saya sarankan anda menggunakan incubator agar kite tau berapa banyak air yang dah pun kite minum.  Perlukah anda mengambil sebarang makanan khas ataupun suplemen tambahan (saranan Suplemen Penyusuan Shaklee)? Vitamin atau mineral (pranatal atau apa-apa jenis juga) tidak dianggap perlu jika anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana penghasilan susu bergantung kepada permintaan dan bukannya produk atau pemakanan khas.
 Perkara yang perlu diberi perhatian juga, pastikan diri kite dapat rehat yang cukup & kurangkan stress, sbb bile ibu stress  ia akan mempengaruhi daya pancutan refleks (milk ejection reflex) di mana hormon yg bertanggunjawab utk proses ini akan terencat. Pancutan inilah yg diperlukan utk susu keluar dari payudara.

You Might Also Like

0 comments