Ketahui Maksud Warna Najis Bayi Anda

Teringat masa melahirkan Asyraaf anak sulong saya, macam-macam pasal bayi yang saya nak tahu..seronok bila kite nampak je yang pelik-pelik dari dia, pasti tertanye kenapa dia macam ni kenapa keadaan dia macam tu..so that time google jadi rujukan utama saya..Harini saya nak share berkenaan dengan najis bayi. Setiap warna najis bayi mempunyai kaitan dengan kesihatannya. Meh kita terokai rahsianye ^_^.



1. Warna Najis Bayi Hijau Gelap & Melekit
Untuk pengetahuan ibu yang baru melahirkan anak, ibu-ibu pasti akan tertanya-tanya kenapa najis bayi berwarna hijau gelap pekat. Nama saitinfik bagi najis pertama bayi kita ni dipanggil Meconium, comel je bunyinye bahasa sainsnye kan? ^_^ ia sepatutnye keluar dalam masa beberapa hari selepas bayi kita dilahirkan. Kebiasaannye bayi tidak dibenarkan keluar wad selagi bayi kita belum buang air besar.

Akan tetapi, ade situasi tertentu bayi akan mengeluarkan najis pertama mereka sebelum dilahirkan, biasakan dengar orang cakap bayi dah berak dalam perut. Keadaan ni bahaya yeh dikhuatiri bayi tertelan meconium yang larut dalam cecair amniotik.

2. Warna najis bayi kuning terang & sedikit melekit
Ini yang akan sentiase buat ibu-ibu lega lepas periksa diapers bayi. Warna najis ini adalah normal bagi bayi yang diberikan susu badan ibu sepenuhnya.

Biasanya ia tak berbau kuat dan sometime apabila bayi buang air besar ia beserta dengan bunyi angin yang kuat.

3. Warna pudar kecoklatan
Apabila ibu sudah mula memberikan susu formula, warna najis bayi akan bertukar kepada warna pudar kecoklatan ini.

Selagi najisnya tidak terlalu keras, cair atau berketul-ketul bayi kita tidak ada masalah.

4. Warna najis bayi coklat kehijauan
Perubahan warna najis coklat kehijauan ini akan bermula apabila ibu sudah memperkenalkan makanan lain selain susu yakni 'solid food'. Ia masih normal kecuali jika bayi kita mula sembelit, cirit birit atau mula memperlihatkan simpton lain yang membuatkan bayi anda tidak selesa.

5. Warna Najis Bayi Kecoklatan, Berair, Tidak berketul-ketul
Ini yang ibu-ibu tak nak. Warna ini menandakan bayi kita mengalami cirit birit. Bayi kita akan mula buang air besar dengan lebih kerap dan mungkin disertekan bunyi angin yang kuat. Pantau pengambilan cecair bayi kita. Ibu perlu pastikan air yang hilang dari badan sentiasa digantikan. Ibu-ibu jangan bagi sendiri ye ubat anti cirit birit pada bayi tanpa nasihat pakar kesihatan.

Lebih kecil usia bayi kita akan lebih tinggilah risiko hidrasinya. Jika berlarutan melebihi dua hari, jangan dilengah-lengahkan lagi, bersegeralah bertemu pakar kesihatan kita.

6. Warna Najis Bayi Gelap, Keras & Kelihatan Seperti Tanah Liat
Keadaan ini juga seboleh-bolehnye kita nak elakkan. Bayi kita sedang mengalami sembelit. Antara penyebabnya :
- Ibu-ibu mula memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi
- Bayi kekurangan air akibat cuaca panas
- Bayi kurang minum air
- Bayi mungkin sakit

Jika ada darah yang merah segar, ini bermakna kemungkinan ada luka sekitar anus (dubur) kerana najis yang terlalu keras. Ibu boleh tambahkan pengambilan airnya, boleh juga atasi dengan jus prune, & lebihkan serat dalam pemakanan.

7. Warna Najis Bayi Hijau Gelap Tetapi Tidak Melekit
Kemungkinan susu formula bayi mengandungi kandungan zat besi yang agak tinggi. Ini kerana zat besi boleh menyebabkan najis bewarna seperti ini. Ibu-ibu tak perlu runsing, kecuali bayi kita menunjukkan ketidakselesaanya.

8. Warna Najis Bayi Hijau Terang
Bagi ibu yang menyusu sepenuhnya susu ibu, keadaan warna ini menunjukkan bayi menyusu sekejap sahaja bagi setiap belah susu ibu. Bayi kita hanya memperolehi khasiat bahagian susu awal yang juga dikenali sebagai Foremilk yang tidak pekat yang tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Ini agak merugikan kerana kalau bayi menyusu lebih lama bagi setiap belah susu ibu, bayi akan mendapat susu yang lebih yang merupakan juga bahagian belakang yang dikenali sebagai Hindmilk. Cuba habiskan setiap belah sebelum bertukar ke sebelah lagi jika boleh.

9. Warna Najis Bayi Hitam Pekat & Melekat
Ini adalah serius. Bayi anda mengalami melena atau pendarahan di dalam usus. Ia mungkin kelihatan seperti meconium tetapi warnanya hitam pekat. Sila bawa bayi dengan segera untuk berjumpa pakar kesihatan untuk tindakan lanjut.

10. Warna Najis Bayi Putih & Kelihatan Seperti Kapur
Ini juga melibatkan ganguan kesihatan mereka yakni bayi mungkin mempunyai masalah dengan penghasilan asid hempedu (bile) yang berfungsi mewarnakan najis. Bawalah bayi berjumpa pakar kesihatan segera.


Moge perkongsian dari saya kali ini dapat memberi manfaat & panduan khususnye ibu-ibu yang baru melahirkan & juga  dapat membantu menyelesaikan tanda tanya ibu-ibu sekalian. Insha Allah.


Pengedar Shaklee Ipoh
Rosemawatie Mah Hassan
ID 906555

You Might Also Like

2 comments

  1. MENGAPA NAJIS BAYI SAYA BERWARNA HIJAU..DAN KALI KEDUA PEMBUNAGN AIR BESAR NAJIS BAYI SAYA WARNA KUNING DAH ADA SIKIT MELEKIT..BAYI SAYA MINUM SUSU FORMULA

    ReplyDelete
  2. MENGAPA NAJIS BAYI SAYA BERWARNA HIJAU..DAN KALI KEDUA PEMBUNAGN AIR BESAR NAJIS BAYI SAYA WARNA KUNING DAH ADA SIKIT MELEKIT..BAYI SAYA MINUM SUSU FORMULA

    ReplyDelete