Foremilk & Hindmilk Yang Wajib Ibu Menyusu Tahu

Biasa kite dengar orang-orang dulu, nasihatkan kalau nak  menyusukan bayi, mulakan belah kanan..mereka percaya belah kanan adalah nasi, kemudian sambung belah kiri yang juge dipercayai mengandungi air. Tanggapan ini adalah salah, perubahan zaman & kemajuan dalam kajian terhadap susu ibu menunjukkan susu ibu terbahagi kepada dua bahagian khasiatnye..ramai yang masih tidak mengetahui tentang susu ibu ini, moge dengan pencerahan kandungan susu badan ibu ini, akan membantu ibu untuk menyusukan bayi dengan lebih baik & mengikut keadaan yang spatutnye. 

Selain kebaikan susu ibu yang kita tahu..khasiat susu ibu ini dibahagi kepada dua bahagian yang dikenali sebagai Foremilk & Hindmilk.

Perbezaan Foremilk Dan Hindmilk


Foremilk
Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara direct feeding, bayi kita akan  menerima susu foremilk ini terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. (sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.

Hindmilk
Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.





Sekirenye ibu-ibu memerah keluar ke dalam bekas jernih yang berbeza untuk dua kali perahan, pertama & perahan kedua, ibu-ibu akan lihat perbezaan warna susu tersebut seperti dalam gambar.

Oleh itu, pastikan bayi kita menerima kedua-dua kandungan foremilk & hindmilk seperti yang saya nyatakan tadi yakni protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya, maka susukanlah bayi, sehingga ibu benar-benar yakin payudara telah kosong sepenuhnye.

Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk


Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut terjejas.

Pentingnye seorang ibu untuk kerap  mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = lebih banyak foremilk. sumber

Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

   ✔ Bayi selalu meragam

   ✔ Bayi kembung
   ✔ Najis bayi menjadi kehijauan
   ✔ Bayi tak kenyang
   ✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
   ✔ Bayi kerap sangat berak
   ✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang bersifat asidik serta cirit birit)

Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

   ✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
   ✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
   ✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
   ✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

   Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.

   ✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
   ✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
   ✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
   ✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal. 


Fakta Tambahan
Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut umur bayi kita.

Contoh : Keadaan cuaca yang panas mempengaruhi penghasilan susu, bagaimana? Secara logiknya kita akan cepat dahaga apabila cuaca panas.
Ibu akan mendapati hasil perahan mengandungi lebih foremilk berbanding hindmilk.

Keadaan malam pula, lebih sejuk. Jadi susu yang dihasilkan lebih pekat.


Jadi ibu-ibu terutama sekali ibu baru, jika hadapai situasi bayi seperti di atas, jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, meragam macam tak cukup susu, tambah lagi berat badan tak naik, kerap kembung, poo poo asik hijau dan sebagainya..itu bukan tanda ibu tak boleh hasilkan susu yang berkhasiat @ susu tak cukup tapi foremilk terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat nak dapatkan hindmilk sebab perut bayi dah penuh dengan foremilk dalam kuantiti yang lebih.

Untuk membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu, dapatkan Set Penyusuan Shaklee beserta tips istimewa tambah susu dari Vitamin Organik. 


Sebarang pertanyaan:
Boleh terus pm sy di FB Rosemawatie @ hubungi sy melalui sms/watsap 0197731060
  
Nikmati perkhidmatan yang di tawarkan dari Vitamin Organik: 
_/ Panduan pengambilan vitamin yang betul
_/ Konsultasi PERCUMA after service secara berterusan
_/ Konsultasi priority by special request
_/ Harga istimewa
_/ Setiap pmbelian menerima sesuatu yg istimewa
_/ Penghantaran percuma
_/ Jemputan ke group tertutup khas untuk pelanggan Shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ipoh Berdaftar 906555
COD Area : Tanjung Rambutan, Taman Perpaduan, Bercham & Simee
 

You Might Also Like

0 comments