Isteri Pasti Nekad Nak Melaram Untuk Suami, Selepas Baca Artikel Ini
- Sunday, January 11, 2015
- By Rose MH
- 0 Comments
Bercakap mengenai 'rumput di laman orang lebih hijau'. Rasanya isu ni memang kerap sangat diperkatakan dari dulu sampailaa sekarang kan. Terkadang kat paper tu..macam kita dah lali dah dengan masalah suami curang, suami main kayu tiga & macam-macam lagi.
Memandangkan hak milik orang lain lebih baik & lebih indah daripada apa yang kita miliki, seolah-olah dah sinonim dengan sifat semulajadi manusia. Cuma cara seseorang itu patut mengendalikan diri mereka daripada terpesona melihat hal orang lain.
Pernah dengar kaum lelaki cakap 'kalau tengok anak orang,teringat anak sendiri, kalau tengok isteri orang terlupa isteri sendiri'.
Walaupun nada tersebut disebut dalam nada bergurau tetapi hakikatnya memang ia kerap berlaku sehingga ada wanita yang tidak segan-segan mengadu bahawa suaminya lebih kerap memuji isteri kawan baiknya berbanding memuji dirinya sendiri.
Ada pulak segelintir suami yang sanggup menyimpan isterinya di rumah. Tak bagi isteri bergaya mahupun berfesyen, kalau keluar bekerja pun pakailah ala kadar je semata-mata takut isterinya 'diintai' orang.
Tapi dalam masa yang sama dia sibuk mengintai perempuan lain yang lebih cantik, lebih bergaya, lebih berfesyen daripada isterinya, walhal isteri sendiri tu kalau ber-make up di touch here & there lagi marvelous dari orang lain.
Dalam hal ni...kita nak pointed pada siapa, bukan nak main suka-suka tunding jari..maafkan saya bukan niat nak memihak sesiapa..tapi bila direnung-renungkan balik..peranan itu haruslah dipikul kedua belah pihak cuma lebihnya pada isteri sikit je.
Kenapa?
Nama pun hidup berumah tangga..tidur sebantal makan bukan tak pernah sepinggan & bersuap..dari segi penjagaan tu seharusnya bersama..sekirenye kite nampak ade kekurangan di mana-mana pada pasangan kita, terutama isteri laah ye..suami pun cubalah usahakan sesuatu bagi isteri ambil suplemen ke untuk bantu kekalkan kecantikkan, kekal ramping & sebagainya.
Hakikatnye kaum isteri - tak kisah laa mahupun yang bekerja atau yang surirumah, suami haruslah tahu orang perempuan ni tanggungjawab mereka menguruskan suami & keluarga sangat2 memenatkan..
Terkadang lupa tak mandi lagi, diri sendiri tak terjaga, manakan anak lagi, nak masak, etc..maka hulurlah bantuan...kalau Rasulullah SAW sendiri membantu isterinya di dapur, wajarlah kita juga ikut cara Rasulullah SAW.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wassalam pernah bersabda; “Orang beriman yang paling sempurna
imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling
baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya” (Riwayat At-Tirmidzi)
Peranan isteri pula, ini yang dimaksudkan kene lebih sikit...pandai-pandailaa kan...melaramlah untuk suami..kita perlu bijak memainkan peranan agar suami tidak terliur melihat rumput hijau di laman orang.
Kalau suami tidak izinkan kite bergaya, ber-make up atau berfesyen mengikut peredaran masa di luar rumah, memanglaa tanggungjawab suami untuk jage maruah isteri ketika di luar rumah, namun kita sebenarnye masih ade ruang untuk bergaya.
Gunakan rumah sepenuhnya untuk melaram sekali gus menambat hati suami agar tidak sibuk menjeling ke luar. Rumah adalah medan yang tepat untuk menampilkan kehebatan kita kepada suami.
Kita boleh bergaya, bermekap secantik-cantiknya sementara menanti suami kita pulang dari kerja.
Gaya yang lembut dan wajah yang ceria ketika bersama suami di rumah pasti dapat kurangkan niat si suami untuk memuji-muji kecantikkan dan kebagusan wanita lain yang tidak sah untuknya.
Pahala kita dapat di situ..kita selamatkan suami kita dari dosa mata.
Apabila disambut ceria dan menawan oleh 'bidadarinya' ketika sampai di rumah, saya confirm, sure suami-suami kita semua, akan menyenangi dengan keterampilan diri kita dan terlupa 'akan pemandangan hijau yang cantik di luar sana tu', letih dari tempat kerja pun hilang..inshaa Allah sampai tahap tak nak pandang dah yang kat luar. ^_^
Para suami juga haruslah bersikap lebih adil dalam soal ini. Ikhlas kan hati jika kita tidak ingin kecantikkan isteri dipamerkan di luar dengan tidak terliur melihat kecantikkan orang lain di luar rumah.
Katakan terus terang kepada isteri bahawa sebagai seorang suami anda mahu kecantikkannya hanya untuk diri anda sahaja. Cara itu, isteri akan sedar bahawa dia perlu sentiasa tampil menawan untuk suaminya di dalam mengindahkan mahligai cinta mereka.
Makanya apa tindakan suami? Sediakan elaun khas untuk isteri cantikkan diri..ini jalan yang paling wajar sekali.
Nak hasil bersama kenelah usaha pun bersama. Isteri perlukan bantuan suami2 semua..& antara anda berdua haruslaa ade sokong-menyokong antara satu sama lain.
Artikel ini juga untuk diri yang cuba untuk sentiasa menawan hati suami..& saya pasti isteri2 di luar sana pun begitu bukan?
Di Shaklee kami sediakan pakej2 @ set2 vitamin yang boleh membantu..bukan sahaja para isteri semue..malah suami turut sama boleh mendapatkannye mengikut masalah masing2..nak kembali keintiman, nak kembalikan bau-bau badan yang kurang menyenangkan kepada 'dah tak bau dahlaa badan awk sekarang'...tak ke syok tu kan? ^_^
Atau ade masalah lain..inshaa Allah..saya boleh bantu.
Mudah aje..hubungi saya..bakal perunding vitamin semulajadi anda.
SMS/Whatsapp 0197731060
Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.
0 comments