Baguskah ada GST? Fahami Lebih Lanjut Mengenai GST

1 April 2015 yang dinanti..alhamdulillah Allah panjang kan umur kite melalui perubahan harga kerana GST hari ini..

Ramai yang mengeluh ramai yang membidas..seue pun tak puas hati..ade yang komen yang miskin bertambah miskin & yang kaya mungkin tak tergugat sangat.

Yang sederhana pula dah makin pening macam mana nak tambah pendapatan untuk cover belanja harian..sebab kadang2 gaji takat boleh lepas je..bagaikan hidup kerja dapat gaji bayar hutang & jalani kehidupan biasa...nak cuti2 Malaysia pun 5tahun sekali mungkin..

Nak travel keluar usah cerita lah memang takde impian sebab tengok taraf hidup memang takkan dapat merasalaa nak naik flight pergi holiday 'obersi'. Ok..tak mahu panjang2 cerita..

Harini saya nak bukan sedikit pada kawan2 semue pasal GST..macam mana nak tambah side income tu boleh je klik sini.

Pengenalan GST

Apakah GST?

Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods and Service Tax atau GST) adalah cukai kepenggunaan yang bermaksud cukai hanya akan dikenakan apabila pengguna berbelanja. Ia adalah satu inisiatif Kerajaan untuk menyusun semula sistem percukaian negara. 

GST diperkenalkan bagi mengantikkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (sales Tax & Service Tax @ SST). GST telah mula dilaksanakan hari ini 1 April 2015.

Kebaikan GST

  • Meningkatkan taraf hidup rakyat melalui hasil yang akan digunakan untuk tujuan pembangunan & meningkatkan infrastruktur sosial.
  • Meningkatkan daya saing negara di peringkat global melalui pengukuhan sektor eksport.
  • Meningkatkan sistem penyampaian melalui sistem percukaian yang lebih telus, efisyen dan berkesan seta mengurangkan birokrasi
  • Mengurangkan kos perniagaan melalui penambahbaik sistem percukaian semasa & penghapusan elemen cukai bertindih.
  • Menjadikan harga yang lebih berpatutan dan lebih adil kepada pengguna melalui penghapusan cukai bertindih di bawah SST.
  • Meningkatkan pematuhan dan mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai negara.

Keperluan GST Dilaksanakan

  • Memperbaiki & menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih berkesan, efisyen & telus berikutan  kelemahan dalam sistem Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan.
  • Meningkatkan sumber pendapatan negara bagi mencapai status negara maju & berpendapatan tinggi menjelang 2020.

(sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, 2014)

Perbandingan Kadar GST di Negara ASEAN

Kadar GST Malaysia iaitu 6% adalah yang terendah dalam kalangan negara ASEAN. Perbandingan kadar GST negara ASEAN adalah seperti dalam jadual berikut :


Struktur GST

Kadar 6%.  Barangan tertentu tidak dikenakan GST 0%.


  • Perniagaan dengan nilai jualan setahun RM500,000 & ke atas wajib berdaftar dengan JKDM
  • Perkhidmatan tertentu dikecualikan GST
  • Perkhidmatan jabatan Kerajaan tidak dikenakan GST
Perkhidmatan yang dikecualikan GST 

Pengangkutan Awam

  • Perkhidmatan rel (komuter, keretapi, ERL, LRT, monorel) 
  • Perkhidmatan bas & teksi
  • Tol lebuhraya dan jambatan
  • Pengangkutan air

Perumahan / Tanah
  • Jual beli / sewa rumah kediaman
  • Tanah pertanian & tanah kegunaan awam

Perkhidmatan Lain
  •  Perkhidmatan kesihatan
  •  Perkhidmatan pendidikan swasta
  •  Perkhidmatan kewangan terpilih

********************************************************************************

Dalam kita nak cube perbaiki diri kita setiap hari untuk kualiti hidup yang lebih baik pasti nye pelbagai dugaan yang akan datang menduga usaha murni kita,
Bagaimana untuk kite kekal positif sentiasa agar kite kuat menempuh sebarang ujian yg datang??
Video ini ada caranye..




*********************************************************************************

Kategori Barangan yang Tidak Dikenakan GST (0%)

 Barang Makanan 
  • Beras tepung gandum, sagu & kacang dhal
  • Gula pasir & garam
  • Minyak masak ( kelapa sawit, kelapa & kacang tanah )
  • Rempah ratus
  • Roti putih & roti wholemeal
  • Sebuk kopi, serbuk koko & serbuk teh
  • Mi kuning, kuetiau, laksa & bihun

Produk Pertanian
  • Padi Sayur-sayuran segar
  • Buah-buahan

Ternakan
  • Lembu, kambing, kerbau, ayam & itik ( termasuk telur ayam, & itik )

Utiliti 
  • Bekalan air paip (domestik)
  • Bekala elektrik 300 unit pertama (domestik)

Eksport
  • Barang-barangan dan perkhidmatan dieksport

Ubat-ubatan Penting Nasional
  • Meliputi hampir 2000 jenama ubat
  • Kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi & kanser

Bahan Bacaan
  • Buku teks, buku latihan & rujukan
  • Kitab agama
  • Surat khabar

GST & Pengguna


GST bukan cukai baru. Pengguna sekarang telah pun membayar ukai jualan (5% & 10%) dan cukai perkhidmatan (6%). Kadar GST kali ini adalah sangat rendah (6%). Kerajaan juga masih menyediakan pakej bantuan/insentif seperti :
  • Tambahan BRIM bernilai RM300
  • Pengurangan cukai pendapatan

Tengok betul2 macam mana GST tu bagi kesan pada peningkatan harga.

Undang-undang Berkaitan GST & Pengguna

Kerajaan akan sentiase memberi perhatian kepada kepentingan dan perlindungan pengguna melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Antara undang-undang yang berkaitan dengan GST dan Pengguna adalah :

Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011
Akta Perihal Dagangan 2011
Akta Pelindungan Pengguna 1999
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2011


Sharing ini saya perolehi dari leaflet Panduan Harga Pengguna, so kalau kawan2 ade sebarang pertanyaan mengenai harga barang atau pertanyaan yang berkaitan Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011, boleh laa hubungi :


 TELEPHONE
 1MALAYSIA ONE CALL CNETRE : 03-80008000
(1MOCC)
HOTLINE : 1800886800
SMS : Taip KPDNKK ADUAN <butiran aduan> dan SMS ke 15888

INTERNET
LAMAN WEB :  http://wwwkpdnkk.gov.my
E-ADUAN : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
EMEL : e-aduan@kpdnkk.gov.my

Atau kawan2 boleh je pergi ke mana-mana pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan di seluruh negara.

You Might Also Like

1 comments

  1. memang ramai yang tak tahu pasal gst ni lagi sebenarnya. hoho..

    ReplyDelete