Cara Merawat & Turunkan Suhu Demam Anak Tanpa Gunakan Ubat

Seminggu sebelum Ayraaf nak mulakan hari pertama persekolahan, die demam, lepas tu berjangkit pada Amani pula..bila abang kakak dah sihat..si adik pula sambung..berderet2 sudah..

This time kami decide 'DRUG FREE'.

Alhamdulillah..dengan izin Allah..abang & kakak sihat hanye dengan kawal suhu badan sahaja..dengan sentiasa kerap basah kan badan mereka.



Anak-anak kalau demam memang kita susah hatikan?


Dont get me wrong...Bukan saya tak mahu bagi paracetamol, kalau boleh kite elak sebaik-baiknye kite elaklah..kalau suhu anak tu dah tinggi sangat wajarlah kita bagi kan.

Anak2 saya sebelum ni memang kerap demam sebelum saya start bagi mereke makan vitamin untuk kanak2 Shaklee. Pernah jugak asyraaf demam dengan  suhu tinggi..kami tak berdolak dalik dah..kami cepat2 pergi klinik.`

Baru2 ni pun dek kerana dehidrasi & fakor cuaca - abangnye demam, berjangkit kakak..last baru adik..adik imunisasi kuat sikit sebab dapat Vitamin C sepenuhnye dari susu badan ibu.

Alhamdulillah..Abang drug free..kakak terpaksa bagi ubat batuk sebab batuknye teruk sangat..adik drug free juga. ^_^

Apapun kalau kite dah rase panas sangat2 di awal demam tu..jangan teragak2 dah nak pergi klinik..BERSEGERALAH KE KLINIK

Take Note :
  • Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • Suhu dibawah 38C TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL (PCM).
  • PCM cuma diambil jika susu mencecah 38.5C.
  • Suppository (ubat buntut cuma diambil jika suhu 39C ke atas) dan tidak sesuai untuk bayi berusia setahun ke bawah.
Kenapa tak terus bagi anak makan paracetamol je?

Bukan ke ambil ubat ni salah satu ikhtiar tawakal kita? Kenapa tak boleh & kene sekat pulak?


Benar tu, ubatkan selalunye menyembuhkan. Tapi sometime ada ubat yang kite terima  akan memberikan mudarat JIKA TIDAK DIGUNAKAN DENGAN BETUL. 

Kenyataan saya di atas ni saya tumpukan pada parents yang anaknye kerap demam & dah terbiasa bagi anak paracetamol.

Seboleh-bolehnye usahlaa kite usaha dengan 'drug' terlebih dulu kalau suhu badan anak tak tinggi. Guna cara semulajadi untuk bantu kurangkan suhu badan anak.  

**************************************************************************************

Asal hantar anka ke taska je, anak demam & mudah sangat berjangkit 
selsema batuk dengan kawan2 yang lain..ada pula anak yang susah nak makan.
Kalau tak cukup nutrisi nanti terbantut pula..
Sure anda sebagai parents runsing bukan..?
Lihat apa yang ibu2 ini lakukan untuk menyelesaikan masalah sama.



*********************************************************************************

Selalunye kalau ke klinik, doktor akan berikan antibiotic untuk anak..dah baik 2 3 hari..3minggu lepas tu atau bulan depannye demam datang balik. Dah kene keluarkan kos untuk klinik lagi..dan keadaan itu akan terus berulang.

Kalau di Germany, setiap kali kita sakit2 biasa seperti demam, batuk @ selsema..bila jumpa doktor kita akan diberikan konsultasi bukannye ubat.

Konsep perubatan di Europe lebih kepada menaikkan imunisasi sistem sendiri untuk melawan virus & bakteria.

Dengan cara ini badan kita akan lebih kuat untuk melawan virus & bakteria pada masa akan datang.

 
Alternatif Lain

Memberi anak secara terus untuk menurunkan suhu badan, mengurangkan selseme @ batuk dengan sebarang ubat dengan sangat kerap boleh memberi kesan negatif pada kesihatan dalaman mereka.

Risiko & kesan sampingan akibat pemberian ubat yang berpanjangan haruslah dipertimbangkan dengan sebaiknye & ia harus memberikan manfaat melebihi mudarat.

Jika diberikan juga ubat paracetamol ini harus digunakan hanya untuk beberapa hari.

Bukan saya tak pernah ambil ubat untuk anak2...sekarang pun jika keadaan memang memerlukan ubat..memang saya akan bagi..mesti saya akan bersegera bawa anak ke klinik.

Cume sejak saya menggunakan alternatif lain yakni pencegahan menggunakan suplemen untuk kanak2 pada anak2 saya ..saya rase kalau kite tak dapat hapus kan #DrugFree serte merta, at least kite dah usaha untuk kurangkan..ambillah ketika perlu sahaja.

Sekurang2 nye kite tidak jadi hamba ubat & merisikokan kesihatan anak kita tanpa kita sedar.


Apa Yang Kita Boleh Lakukan Apabila Anak Demam?

1. Jangan Guna Ais / Air Batu / Air Sejuk


Sentiasa jelung atau basahkan kepala anak dengan air suam, BUKAN dengan ais atau air sejuk biasa. Ini yang kerap ibu2 buat kan? Tapi sebenarnye bukan air sejuk..air suam lebih baik.

Info ini yang saya perolehi dari Admin Soleh.net yang dipelajarinye dari  Dr Najimu Al-Farid Najimuddin, seorang pakar kanak-kanak di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS).

Katanya, bila kita gunakan air suam, liang-liang kulit akan terbuka untuk keluarkan haba demam. Kalua kita gunakan ais, liang-liang kulit akan semakin tertutup menyebabkan haba sukar untuk keluar dari tubuh badan.

Basahkan juga air suam tersebut di celah-celah lipatan seperti ketiak dan peha. Suhu badan akan dapat diturunkan dengan lebih cepat.

Dalam keadaan tertentu, kita juga boleh gunakan cool fever sebagai alternatif, terutama jika keadaan basah menyulitkan keadaan. Apa pun, air suam original atau tuala basah dengan air suam adalah yang paling baik.

2. Mulakan Pemantauan Suhu Badan Anak


Ini yang saya sendiri kerap sangat lakukan..pantau suhu badan anak setiap 4 jam sekali menggunakan thermometer. Kadang saya tak cukup 4 jam pun saya check je lagi.

Elakkan mengagak dengan tangan suhu badan anak sebab tangan kite ni beradaptasi dengan suhu sekeliling. 

Jika suhu sekeliling panas, maka kita akan rasa suhu badan anak kita sejuk manakala jika suhu sekeliling sejuk, kita akan rasa suhu badan anak panas.

Gunakan thermometer, bacaan kadangkala tidak seperti yang kita rasa bila guna tangan, ia jauh lebih tepat dan konsisten.

Bagi mengatasi kesukaran memeriksa suhu badan anak yang biasanya merengek dan meragam kerana ketidakselesaan demam, gunakan thermometer satu saat.

Kawan2 boleh dapatkan Multi-Functional Talking Ear & Forehead Thermometer dari Little Bean di Moms Basic KT.


Dengan thermometer tersebut kita hanya perlukan satu saat sahajadengan meletakkannya di telinga atau dahi anak untuk dapatkan result yang konsisten.

Thermometer bermuncung besi biasa di pasaran akan mengambil masa yang agak lama, sukar untuk dapatkan bacaan konsisten dengan keadaan anak-anak yang tidak selesa dan menangis-nangis.


3. Tanggalkan Pakaian Anak


Part yang ni saya kadang saya pilih bagi anak pakai baju yang lubang2 tu atau tanggalkan sahaja baju dan seluar anak. Tujuannya supaya pengaliran udara dapat berfungsi dengan baik, sangat membantu dalam menurunkan suhu badan anak.

Bagi bayi, cukup mengenakan cloth diapers sahaja. Jangan pula kita bungkus atau kenakan pakaian tebal, kononnya bertujuan nak bagi anak kita berpeluh untuk turunkan suhu badan mereka. 

Cara membungkus adalah lebih berisiko kerana tubuh kanak-kanak yang demam adalah sukar mengeluarkan peluh.

Pada sebelah malam pun sama. Sekiranya dirasakan perlu, pakaikan baju dari jenis kain kapas yang nipis sahaja.


4. Guna Paracetamol Suppository (Supp)


Paracetamol Suppository untuk turunkan suhu badan anak.

Masukkan supp melalui punggung anak setiap 6 jam sekiranya suhu mula mencecah 39°c. 

Supp disyorkan untuk anak-anak yang tidak dapat menelan ubat demam jenis syrup.

Untuk dosej supp, sila rujuk kepada doktor atau farmasis dengan menyatakan berat badan anak.

Saya biasanya menggunakan supp pada waktu tengah malam, hanya jika suhu badan anak mencecah 39°c sahaja. Pendek kata, guna bila perlu sahaja.

Adakan stok supp hanya sebagai standby unit, bimbang kalau-kalau suhu badan anak meningkat mendadak pada sebelah malam.

5. Kerapkan Menyusu


Anak2 saya kalau demam memang masing2 tak ada selera nak makan. Bagi Amsyaar pun sama.
Jadi sepanjang demam, santapanye susu ibu sahajalaa. 

Oleh itu, saya memerlukan nutrisi yang cukup untuk membekalkan susu yang berkualiti kepada Amsyaar di saat dia demam, batuk dan selesema.

6. Suplemen Sebagai Pencegahan


Sejak memilih vitamin untuk kanak dari Shaklee sebagai pencegahan..Honestly & ALhamdulillah..anak2 saya memang payah nak demam. 

Apa yang kawn2 boleh sediakan sebagai langkah pencegahan ialah dengan Nutriferon setiap kali demam, batuk dan selesema. (bantu untuk booster pelindungan kepada sistem imunisasi)

Saya memilih Meal Shakes, Chewable Vitamin C dan jugaVitalea For Children. Kawan2 boleh juga menambah pengambilan Omegaguard Shaklee

Alhamdulillah setakat ini, demam, batuk dan selesema anak-anak saya masih dalam keadaan terkawal dan cepat pulih tanpa diberikan ubat-ubatan dari drugs.

7. Amalkan Minum Air Zam Zam


Air zam zam adalah penawar universal, termasuk menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.

Kerapkan pemberian anak-anak minum air zam zam.

Dengan amalan-amalan di atas, biasanya demam anak tak lama. Saya rasa kite juga akan rasai pengalaman ini. Dengan izin Allah s.w.t keesokan harinya kite akan dapati demam anak kite telah pulih sepenuhnya, insya-Allah.

Perkongsian di atas adalah sebahagian dari pengalaman saya sendiri & info dari Soleh.net

Moge sharing saya hari ini dapat berikan manfaat untuk parents di luar sana. inshaa Allah. 








Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.

Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.
- See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2011/07/kebenaran-tentang-paracetamol-ubat.html#sthash.5gQ9Tlk7.dpuf
Risiko Penggunaan Paracetamol
Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.

Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.
- See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2011/07/kebenaran-tentang-paracetamol-ubat.html#sthash.OHM7ruLM.dpuf

You Might Also Like

0 comments