Facebook Game, Bukan Sahaja COC Perosak Rumah Tangga

Zaman saya giler game dulu..memang terasa benar satu membazir masa..ye saya pernah addicted pada game..sampai tahap bangun pagi game, makan game, tempat kerja pun game..even involve dengan facebook game, still ade life..tapi sangat tak bermakna bile mase yang free kite habis kan dengan gaming..

Sebelum ke majlis ilmu di suatu petang..singgah kedai runcit yang berhampiran rumah saya ni..nak belikan kunyah2 untuk anak2..

Siap2 letak barang di kaunter, dalam hati bila tengok tuan kedai..hai akak ni nampak moody je..saya pun tegur..

'Kenapa akak..nampak letih tak bermaya je..' (dalam hati tu memang nak aje membantu ape yang sepatutnye terlintas kat kepala ni)

'Pening kepala ni haa..'

Balas saya 'Makan laa panadol akak'

'Haa tulaa..' balas dia pula macam menelan sahaja kata2 saya..

Sambil tangan masukan barang dalam plastik beg..tiba2 dia tanye saya.

'Suami main COC tak?'

Saya macam..'errmmm?' tertanye & terpaku dalam hati, & jawab..

'Main kak, kenapa?'

dia pun elaborate kan kenapa die bertanya..kebetulan ada pelanggan lain jadi tak habis kakak tu nak sharing masalah dia..

Hasil dari short cerita dia..saya geleng kepala..terkeluar dari mulut saya..bahaya bahana facebook ni kalau di salah gunakan..punca gam pun boleh buat isteri nak lari

Apa sahaja lah pada pandangan saya kalau game yang tak bermanfaat memang merugikan kita. Memang benar..terkadang kita ambil jalan mengisi masa lapang kita dengan bermain game kesukaan kita..

'eh suka hatilaa kan aku nak main game ke, aku nak buat apa dengan facebook aku, aku pnya pasallah ada aku kisah..'

Mungkin ada yang membaca ni pasti tidak bersetuju dengan pendapat saya.

Bukan Kerana Game Sahaja

Dalam surat khabar..facebook dah jadi macam2 keadaan suami isteri bercerai berai..tapi saya berkenan betul pasal yang game ni..



Sebab ia sangat2 mudah untuk perbaiki melalui kesedaran masa & betapa rugi nya kita habiskan masa sebanyak masa berbulan2 yang kite guna spend untuk game tersebut..

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk ...apa." (HR Tirmidzi).

Wahai anda anda & anda & saya juga...masa kita seakan berakhir tidak lama lagi, masa yang di maksud kan emas..sememangnye sangat bernilai dari sebenar2 emas..tak berulang..tak akan kembali..

Kalau hari ini kita gunakan waktu itu kepada satu ketagihan yang tidak memberikan sebarang keuntungan..berhentilah..

Kerana kita tanpa sedar dalam ketagihan kita telah melukakan isteri kita..kita telah lukakan hati suami kita..ita telah abaikan anak2 kita yang sedang membesar..

Kita sedang abaikan keluarga bahagia kita..

Kita alpa & terlalu leka pada perkara yang sia2..Jangan sia2 kan waktu anak2 kita membesar.. "Manfaatkanlah lima kesempatan sebelum datang kesempitan. Manfaatkan usia mudamu sebelum kamu tua, manfaatkan sehatmu sebelum sakit, gunakan kekayaanmu sebelum kamu miskin, gunakan waktu lapangmu sebelum kamu sibuk dan manfaatkan hidupmu sebelum kamu mati." (HR al-Hakim)

Bukan Pasangan Sahaja Terabai, Anak Amanah Allah Turut Terabai

Banyak amanah Allah bagi pada kita, suami ada amanahnya yakni isteri & anak, isteri ada amanah & tugasnya sebagai ibu & layanannya kepada suami..suami isteri yang masing2 nya sama2 berkongsi hobi gamenya ada amanah nya yakni anak yang bakal menjadi bekalan kita di sana nanti.

Amanah Allah ini bukan hak kita. Hak kita adalah memberikan didikan sebaik2 didikan pada mereka. Menggunkan sebaik2 masa yang ada untuk kita beri perhatian sewajarnya buat insan2 yang kita sayang ini..

Di mana tanggungjawab masa kita untuk mereka jika kita habiskan pada, di antara kerosakkan akhir zaman ini..

Benar ia merosakkan hati & jiwa serta akal fikiran kita jika kite terlalu addicted padanya.

Gunakanlah sebaik2 teknologi hari ini untuk kepentingan kita yang benar2 bermanfaat..

Ambil tindakan segera pada diri sendiri & bertanggungjawablah untuk anak2 & keluarga.

Elakkan penceraian, sayangilah keluarga & anak2 kita.


You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum kak... sy tgh alami hal ni sdh brkali2 sy nasihat kan suami. . Sy rasa trsisih bila dia dlm dunia game, hati tertanya2 "sy atau game mana lbh pntg dlm hidup dia? Sy dah tak tau nak buat apa skg sy buntu, brfikir mcmana nak perbaiki hubungan suami isteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik,banyak kan berdoa dik..Allah sayang adik, sebab tu dia bagi ujian, senjata kita wanita ni DOA,ye..kita tak mampu nak ubah hati yang keras..sebab pemegang hati tu milik Allah. Doa setiap hari Allah berikan kekuatan, doa Allah bukakan hati suami adik untuk berubah dan sedar akan perbuatannya,adik buat solat2 sunat malam..tahajud hajat & sebagainya..merayu pada Dia,saat ini..doa yang dipinta bagaikan panah tepat pada sasaran..mintaklah apa shaja Allah makbul. Allah kan Maha Pengasih Maha Penyanyang..akak doakan sinar kebahagiaan kembali dalam rumah tangga adik. take care ye dear.

      Delete