7 Pengalaman Penting, Ibu Perlu Tahu Selepas Melahirkan Anak Pertama
- Monday, May 04, 2015
- By Rose MH
- 0 Comments
Penantian seorang ibu, lebih sembilan bulan dah pun berakhir. Dah macam2 pengalaman ibu lalui kan. Sekarang ibu bakal berdepan dengan pengalaman baru bersama kehadiran si manja yang comel. Hari ni saya nak tampilkan maklumat asas untuk para ibu teliti & ketahui.
Ibu adalah insan yang pertama yang ditemui bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Sama ada melahirkan secara normal atau caesarean, lakukanlah sentuhan kulit ke kulit dengan lembut & mulakanlah detik penyususan peringkat awal susu ibu kepada bayi.
Apa yang penting, ibu dah pun memaklumkan terlebih dahulu keinginan untuk berbuat demikian kepada doktor & jururawat yang menyambut kelahiran bayi.
Selanjutnya, adalah menjadi tanggungjawab ibu untuk sentiasa berada di sisi bayi (rooming-in) yang terbukti banyak membantu kejayaan penyusuan susu ibu di peringkat awal ini. Mari kite sama2 lalui antara pengalaman kali pertama yang bakal ibu lalui.
1. PERASAAN PERTAMA
Takkan ada kata2 yang boleh kita gambarkan bila melihat bayi kita buat pertama kalinya. Apa yang pasti perasaan terharu & gembira ibu2 bertuah ketika itu. Walau macam mana pun, ada juga segelintir ibu yang tak berperasaan apa2 disebabkan keletihan selepas melalui proses kelahiran.
Saya sendiri melalui keadaan itu kerana tak mampu walaupun nak senyum melihat Asyraaf kali pertama kerana kerana telalu letih & tak bermaya dek menaran sakit contruction yang terlalu lama sepanjang 7jam dalam labour room..saya tak kan lupa saat2 itu..gembira & macam2 perasaan yang ada, cume tak dapat dilahirkan dari reaksi wajah sebab dah longlai dah... ^_^
Itu pengalaman sayalah..setiap orang berbeza..
2. PERLUKAN PERTAMA
Ibu & suami berkemungkinan mengambil keputusan seawalnye untuk memotong sendiri tali pusat bayi setelah semua prosuder diselesaikan oleh doktor. Langkah ini dapat beri peluang kepada suami untuk turut terlibat dalam proses kelahiran si manja.
Sementara itu, sentuhan kulit ke kulit yang ibu lakukan banyak faedahnya. Selain daripada bermanfaat penyusuan susu ibu, suhu tubuh & bau badan ibu akan memberikan keselesaan & menggalakkan bayi untuk kekal tenang & berasa selamat.
Percayalah kegusaran untuk memegang bayi buat pertama kali akan hilang begitu sahaja apabila ibu melalui saat ini kelak.
3. TANGGAPAN PERTAMA
Apabila melalui sendiri proses kelahiran, barulah kita sedar bahawa ia tidak sama seperti yang digambarkan oleh kebanyakkan drama atau filem yang pernah ditonton mahupun pengalaman2 yang dikongsikan kawan2 kita.
Semuanya berlaku mengikut fasa2 tertentu & bukan semudah yang diperlihatkan. Yang nyata, bayi kitngkin kelihatan comot kerana tubuhnya diselaputi lendir verniks yang keputihan-putihan dan palitan darag juga.
Malah, ada juga di mana kepala bayi kelihatan lebih panjang disebabkan oleh tekanan semasa meneran bagi membolehkan dia keluar dengan selamat. Jangan bimbang tentang hal ini. Segalanya-galanya akan kembali seperti sedia kala dalsm masa terdekit.
4. PEMERIKSAAN PERTAMA
Sebaik sahaja bayi kita dilahirkan, doktor & jururawat akan menilai tahsp kesihatan bayi. Dalam masa satu minit, segenap tubuh nya akan dinilai melalui pemeriksaan Apgar dan diulang semula selepas 5minit.
Dia juga akan ditimbang dan diukur serta perlu melalui beberapa siri pemeriksaan bagi mengenal pasti tiada sebarang masalah & kecacatan pada dirinya.
Pemeriksaan yang dimaksudkan termasuklah refleks, jantung & pernafasan, tulang belakang, kemaluan, dubur, kepala, leher, mulut, telinga & mata.
5. KELUAR KALI PERTAMA
Sekirenye ibu melahirkan anak di hospital kerajaan, kebiasaanya kita akan dibenarkan pulang setelah doktor mengesahkan bahawa tahap kesihatan & bayi baru lahir adalah pada tahap yang memberangsangkan.
Namun, jika bersalin di hospital swasta pula, ibu mungkin mengambil pakej besalin. Jadi, ibu dibenarkan untuk berehat untuk tempoh beberapa hari di sana.
Sementara itu, pastikan perjalanan kita apabila pulang ke rumah adalah selesa & selamat. Ada baiknya bayi diletakkan di dalam bakul atau kerusi keselamatan khusus untuk bayi baru lahir. Jadi, bayi kita pun akan rase selesa & kite sendiri pun dalam keadaan yang sama.
6. DI RUMAH KALI PERTAMA
Apabila di rumah bermulalah tanggungjawab kita sebagai ibu kepada anak yang baru dilahirkan. Pada hari-hari pertama, jangan risau, kerana dalam kebanyakkan masa, bayi lebih banyak tidur.
Jadi,kita ada masa untuk berehat secukuonya. Oleh sebab itulah ibu digalakkan untuk tidur jika pada masa yang sama bayi juga tidur.
Selain daripada itu, inilah masa terbaik untuk ibu & bayi sama-sama menajamkan kemahiran penyusuan susu ibu masing2. INGAT!!! Kejayaan ibu menyusukan bayi banyak bergantung pada faktor kekerapan penyusuan yang dilakukan.
7. PEMERIKSAAN DI RUMAH PERTAMA
Bagi ibu yang mendapatkan perkhidmatanbersalin kerajaan, ibu bakal dikunjungi oleh jururawat selepas melaporkan kelahiran anak di klinik kerajaan berhampiran rumah. Biasanya jururawat bertanggungjawab akan ke rumah kita untuk melakukan pemeriksaan asas dalam tempoh 24jam selepas mendapat laporan.
Biasanye pemeriksaan faraj, rahim, tekanan darah & lain2 dilakukan ke atas diri kita. Manakala bayi pula diperiksa sama ada mengalami jaundis atau sebaliknya di samping beberapa jenis pemeriksaan yang lainnya.
Ini saya sharekan juga sedikit Tips Selepas Melahirkan Di Hospital :
1. Tukar segera baju setelaselesai segala urusan kelahiran agar kita berada dalam keadaan selesa.
2. Ambil ubat penahan sakit jika diberikan doktor.
3. Apabila bayi tidur, kita juga sepatutnya tidur.
4. Jangan malu minta bantuan daripada jururawat bertugas jika ada apa-apa kemyuskilan seperti bayi, diri sendiri, penyusuan susu ibu & sebagainya.
5. Pastikan biskut & air berada dekat dengan sisi ibu. Jika, ibu tidak perlu bangun dari katil untuk mendapatkannya ketika berasa lapar.
6. Terima tetamu yang mahu menziarahi bayi tetapi hadkan masa kerana ibu & bayi perlu masa untuk berehat.
Moge bermanfaat untuk ibu2 hamil semua ^_^

0 comments