Adakah Kita Sedang Mengambil NUTRIENT ATAU BAHAN KIMIA Dalam Pemakan Harian Kita?






Sayur Dulu Tak Sama Dengan Yang Sekarang


Kalau kat kampung, kita tak payah pening-pening sangat pikir part sayur atau apa jelah yang boleh tanam kat tanah belakang umah mak abah kita.

Dia orang dah berpuluh tahun hidup dengan cara macam tu kan, menanam sendiri sayur-sayuran..semua sihat-sihat gemuk-gemuk je sayur belakang rumah

Baja pun mungkin guna baja semulajadi, tahi lembu/kambing yang masa tu makan rumput-rumput hijau yang segar yang bebas dari racun segala bagai

Tapi kaedah penanam sekarang tak sama macam dulu, mungkin dah mula guna baja yang tinggi bahan kimianya, atau racun-racun yang boleh menyebabkan punca penyakit yang hanya akan muncul dalam jangka masa yang panjang


Masyarakat Bandar Terdedah Risiko Racun Lebih Tinggi


Itu kisah di kampung, kita yang kat bandar ni, lagilaa terdedah dengan racun-racun yang sangat tinggi yang digunakan oleh petani yang menjual sayur-sayuran & buah-buahan.

Kau orang tahu kan berita sayur-sayuran dari Cameron Highland memiliki kandungan racun yang sangat tinggi, kau orang boleh baca kisahnya keresahan alam Cameron Highland dan ulasan mengenai racun perosak yang diharamkan sekali dan jugak berita isu China reject sayur-sayuran dari Cameron Highland.

Itu baru para pengusaha sayuran-sayuran dari sana..bagaimana pula pengusaha lain yang menggunakan kaedah penanaman yang sama yang mana menggunakan racun yang boleh memberi impak tinggi kepada kesihatan kita.

Yang kita pulak dah beli, lepas tu tak cuci bersih-bersih dengan pencuci yang boleh menanggalkan bahan racun. Itu satu hal..kalau beli yang dah memang ada racun terkandung dalam sayur tu sendiri dah satu hal...yang tu macam mana nak buat pulak tu?

Sebab tu kita digalakkan makan makanan dari tumbuhan organik.. Tapi masalahnya mana orang mampu nak beli organik je kan..kalau rajin tanamlah sayur organik sendiri di rumah..alhamdulillah.


Sumber Protein Turut Mengandungi Bahan Yang Boleh Memberi Risiko Kesihatan Pada Tubuh


Saya ada menulis tentang bahaya sumber protein sekarang di
Kenapa Protein Tumbuhan Khasnya Kacang Soya NONGMO Perlu Jadi Pilihan Utama Kita?

Itu part protein dari sumber daging, macam mana pula dengan sumber OMEGA 3, yang mana kebaikkan Omega 3 sangatlah penting untuk tubuh kita.

Satu kajian baru-baru ini penggunaan omega-3 asid lemak dalam rawatan tekanan darah tinggi mendapati bahawa,

Omega-3 melindungi daripada strok dan mengesahkan bahawa,

Manfaat cardioprotective asid omega-3 asid lemak yang berkaitan dengan kemampuan ia untuk meningkatkan tekanan darah, fungsi vaskular, metabolisme lipid, keradangan, dan fungsi jantung.

'Beli jelah yang kat pasar tu, kat market tu, makan jelah dari salmon tu, dapat je khasiat Omega 3'

Tetapi kita ingat ye...kandungan omega 3 ni dari ikan..ikan ni mengandungi merkuri yang tinggi menjadikan ia berpotensi lebih berbahaya kepada kesihatan kita daripada manfaat yang disediakan oleh omega-3 itu sendiri

Salmon hari ni is actually salmon yang dibela and memiliki kurang khasiat Omega 3 seperti mana yang badan kita perlukan. Sebab permintaan tinggi pengusaha perlulah menternak ikan salmon sendiri dan tentulah ada cara untuk mempercepatkan tumbesaran ikan-ikan ini.


Apapun pasti ada sumber lain yang selamat..cuma kita perlu sedikit usaha lah untuk dapatkannya

'Habis itu tak boleh makan ini tak boleh makan? Apa je yang boleh makan!!!??'

Kita kene usaha untuk makan secara sihat, dapatkan semua nya dari sumber organik,

kat Malaysia sendiri kita ade Jaya Grocery di Jusco, atau Cold Storage, banyak lagi sebenarnya yang menyediakan organic section dari sayuran sampailaa bahan basah dan kering jugak, even di Tesco pun ada je product organic, check label sebelum beli keh..





Kekangan Buat Kita Beralah Untuk Makan Secara Sihat


Ye. Kekangan buat kita, 'takpelah nak buat macam mana, tak ada pilihan' dan 'tak semua orang boleh beli product organik, mahal kot"

Ye benar. Tapi cuba fikirkan...risiko yang bakal kita terima untuk kesihatan kita. Tubuh ni tak ada sparepart, satu-satunya pemberian Allah yang diamanahkan oleh kita. Masih belum terlambat untuk kita ubah,

Bukan kita sahaja yang terdedah dengan lak of nutrient, malah anak-anak kita juga menghadapi keadaan yang sama, lihat sendiri apa yang anak-anak kita makan hari ini, lihat sendiri kesan pada mereka, tumbesaran terbantut, perkembangan pembelajaran yang merosot dan sebagainya

sebab itulah zaman sekarang, pengambilan suplemen untuk bantu mengisi lopong-lopong nutrient dalam diet harian kita amatlah penting. Saya merujuk kepada suplemen NATURAL, bukan yang terkandung even 1% bahan kimia didalamnya.

Kawan-kawan, hidup ini ada pilihan, buat pilihan itu kerana kita mampu mengubahnya, setiap masalah atau kesukaran pasti ada jalan penyelesaian.

Bagaimana untuk mencegah atau memelihara tubuh dengan pengambilan suplemen yang selamat?

Kawan-kawan boleh hubungi saya di whatsapp untuk keterangan lanjut.

Kak Rose 0197731060 (klik nombor)



You Might Also Like

0 comments