Menurut kajian Failasuf Islam Iman Al- Ghazali, sesungguhnya hati sesorg itu akan tertutup pintu hijabnya drpd memperolehi ilmu melainkan dpt mengamalkan dengan 9 syarat seperti di bawah ini :-
1. Mendahulukan Mujahadah (Berjuang melawan kehendak hawa nafsu yg menyeleweng dari jalan menuju ke jalan Allah.)
2. Menghapuskan semua sifat2 tercela, & menjauhi segala rupa bentuk maksiat.
3. Memutuskan segala macam hubungan yang melalaikan dari mengingati Allah.
4. Menghadapkan hati dengan sepenuh perhatian kepada Allah, serta berbakti kepada-Nya. Orang yg sentiase berzikir kepada Allah merupakan jalan untuk tersingkapnya segala sesuatu (kasyaf).
5. Dengan zuhud meninggalkan keduniaan yg melampau batas @ perkara yg melalaikan.
6. Menjauhi diri dari syaitan. Bila hati dikelilingi oleh syaitan maka Hijab (tirai) menjadi tertutup.
7. Selalulah membaca kitab suci Al-Quran kerana bagi orang yg suka membaca Al-Quran akan terbuka sinar hatinya & akan tercapai ilmu sejati (ilmu Allah).
8. Ikhlas kepada Allah. Gerak & diam adalah ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu hati akan bersih, suci & akan dipenuhi dengan nur Allah.
9. Hendaklah mengamalkan ilmu yg telah dipelajari. Sesiapa yg mengamalkan ilmu maka Allah akan memberi ilmu yg ia belum ketahui & Allah akan menolong dlm amalnya dgn balasannya ialah SYURGA.
Wallahualam.
0 comments