Aplikasikan Minda Sedar & Separa Sedar Dalam Kehidupan.
- Wednesday, April 10, 2013
- By Rose MH
- 0 Comments
Wah tajuk Entry pun dah macam pembukaan tajuk penceramah tersohor gitukan..hehe,
kite melalui hidup sehari2 dengan 2 perkara ini tanpa kite sedari...JOm kite same2 tambah ilmu mistik ini utk kite aplikasikan secare realiti & sedar dlm kehidupan sharian kite..
MINDA SEDAR mampu mengawal setiap pemikiran. Ia juga mampu memilih apa yang hendak difikirkan atau apa yang tidak hendak difikirkan. Ia boleh menerima pemikiran dan juga boleh menolak pemikiran.
MINDA SEPARA SEDAR pula hanyalah merupakan satu istilah sains moden bagi menyatakan sesuatu yang misteri dan melangkaui corak pemikiran manusia yang terbatas. Minda separa sedar adalah seperti air yang sentiasa mengalir keluar dari saluran paip di rumah kita, dan bentuk pemikiran anda adalah acuan kacanya. Dari situ, corak hidup kita adalah hasil dari bentuk dan kebersihan acuan tersebut. Jika kaca tadahan tadi tidak bersih, air jernih pasti kelihatan keruh. Meditasi bertujuan menjernihkan acuan pemikiran kita.
Fahami sifat kedua-dua minda ini secara betul. Setiap pemikiran yang dilakukan oleh minda sedar akan di serap oleh minda separa sedar yg hanya mampu menerima setiap pemikiran tanpa boleh menolak atau memilih. Ini bermakna, jika seseorang itu sedang memikirkan kemiskinan maka minda separa sedarnya akan terus merakamkan kemiskinan tersebut dan menyimpannya sebagai input.
Semua yang difikirkan oleh minda sedar akan difailkan oleh minda separa sedar dan disimpan sebagai input yang dikenali sebagai ‘blueprint’ Ini bererti sejak daripada hari anda dilahirkan telah tersusun fail di dalam minda separa sedar sehinggalah hari ini. Semua input ini akan digunakan pada masa yang bersesuaian.
Namun jangan dikhuatiri kerana ‘blueprint’ ini boleh di musnahkan atau ‘delete’. Setiap benda yang boleh diprogram pastinya boleh di reprogram atau program semula. Banyak sebenarnya program yang berbentuk SPAM dalam minda kita. Program tersebut bukanlah terjadi daripada pemikiran kita tetapi akibat pendedahan kepada persekitaran.
Apabila seseorang manusia itu lahir ke dunia sehingga dia berusia 3-4 tahun, minda yang aktif menjalankan kerja adalah minda separa sedar. Keadaan ini berterusan sehinggalah dia mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, dan ketika inilah minda sedarnya bertindak secara aktif. Ketika kehidupannya dikawal oleh minda separa sedar, apa yang berlaku disekitarnya akan diprogram oleh minda tersebut dan disimpan dalam fail minda.
Gambarajah di atas adalah bagi memudahkan pemahaman sifat minda separa sedar.
Berdasarkan gambarajah di atas, dalam diri anda ada dua jenis insan:
Saya bagi satu contoh ringkas lagi :
TEKNIK SYUKUR

Minda separa sedar sebenarnya adalah minda universal
yang menjadi sumber kepada potensi, kebijaksanaan dan kesedaran semua
makhluk yang pernah wujud, sedang wujud dan yang akan wujud di seluruh
Alam Semesta. Kejernihan acuan kepada minda separa sedar kita adalah
kunci yang memberi akses kepada kuasa yang hebat ini.
- Insan pertama:
- Insan pertama adalah ciptaan minda sedar.
- Bersifat maya, bepersonaliti, mempunyai nama dan pelbagai jenis sikap.
- Melihat dirinya sebagai satu individu yang kerdil, terasing dari individu lain dan terbatas pada dunia 4 dimensi (3 dimensi tempat dan 1 dimensi masa).
- Individu ini juga terikat di dalam dunia dualiti - dunia yang berkonsepkan baik dan buruk, miskin dan kaya, hidup dan mati, gembira dan sedih.
- Insan Kedua:
- Insan kedua adalah insan minda separa sedar.
- Melihat dan mentafsirkan dirinya bukan sebagai individu, tetapi sebagai dunia di sekelilingnya. Dengan ertikata lain, dia memahami hakikat saling kait semua makhluk termasuklah dirinya dalam bentuk insan yang pertama tadi. Insan ini tidak bepersonaliti, tidak terbatas pada dunia 4 dimensi dan hidup dalam dimensi ke-5 (iaitu perspektif totaliti atau keesaan Tuhan); Dia melihat dunia dualiti seperti sekeping duit syiling - baik dan buruk, gembira dan sedih, hidup dan mati adalah permukaan yang berbeza pada syiling yang sama. Permukaan yang satu tidak boleh wujud tanpa permukaan yang satu lagi.
TEKNIK SYUKUR
0 comments