Tips Cantik Sihat Secara Semulajadi Semudah ABC

  • Wednesday, February 19, 2014
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Tips kali ni sesuai sangat untuk meraka yang nak berusaha 100% untuk dapatkan hasil kecantikkan & kesihatan tubuh secara semulajadi. Semudah ABC..hanya dengan berpandukan tips2 yang bakal saya kongsikan ini..pastinye kesihatan & kecantikkan 'natural beauty itu milik pembaca' . InshaAllah

Tapi kene optimis & berusahalaa ye untuk mengubah cara hidup sekarang..saya yakin niat pembaca yang baik tu akan dipermudahkan oleh Alllah s.w.t. Tips-tipsnya ialah :


1. Minum lebih air putih
Kita wajib minum 2liter air putih setiap hari, malah lebih dari 2liter sekirenye kita aktif melaksanakan tugas harian seperti lebih banyak masa terdedah dengan persekitaran & cuaca, bersenam & sebagainya.

2. Cara Pemakanan
Banyakkan pengambilan buah avokado, tembikai, sayur-sayuran seperti labu & bayam. Kurangkan minuman bikarbonat, kopi kerana sifatnye menyerap air dalam tubuh.
Ambil makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 kerana bahan inilah yang menghasilkan minyak semulajadi tubuh & melindungi kulit dari radikal bebas.
Tambahkan pengambilan suplemen vitamin C, vitamin E & vitamin A supaya keadaan kulit lebih baik.

3. Cara mandi 
Mandi air panas baik untuk membuka pori kulit & melancarkan peredaran darah, akan tetapi sebaiknya tidak lebih dari 5minit. Hal ini kerana minyak semulajadi pada tubuh kita turut terbuang dan kulit menjadi kering dan kesat. Bilaslah tubuh kita dengan air biasa untuk menutup pori-pori kulit.
NOTE : Mandi pagi adalah lebih baik mandi dengan air biasa, antara kebaikannya kulit lebih lembut, melancarkan peredaran darah,tingkatkan kesuburan, kurangkan risiko darah tinggi, kurangkan tekanan serta tenang & tingkatkan sel darah putih 

4. Pilih produk mandian yang betul
Pilihlaa produk mandian yang mengandungi pelembap dan dari bahan yang semulajadi, baik dalam bentuk gel, cecair mahupun berbentuk sabun buku. Ini untuk mengembalikan keadaan kulit yang tidak bermaya. Ketika mandi selangilah dengan urutan ringan agar pelembap pada sabun mandian kite terserap dengan lebih sempurna.

5. Pelembap haruslah sesuai dengan jenis kulit
Pelembap yang mengandungi air (water based) paling sesuai digunakan ditempat yang beriklim tropika macam negara kita ni. Perhatikan juga kandungan sokongan nya yang lain juga yang mampu tingkatkan kadar air di dalam sel kulit, (humenctant) seperti gliserin, urea, asid hyaluronat, ceramide, kolagen, protein, asid amino, glukosa & glikogen.

Untuk kulit berminyak pililah pelembap yang bebas minyak yakni oil free. Ini kerana kandunga minyak yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat & menimbulkan jerawat.
Bagi mereka yang berkulit kering pula, pelembap dengan kandungan minyak zaitun, jojoba oil, @ avokado sangatlah bersesuaian untuk menperkayakan nutrisi kulit.

6. Lindungi kulit dengan pelindung kulit
Pelembap je tak cukup ye. Bila keluar lunch ke nak meeting ke, kulit akan terdedah dengan sinaran matahari dan radikal bebas. baik secara lansung mahupun secara tak lansung. Jadi pilihlaa produk yang mengandungi minimum SPF 30 untuk mencegah kulit dari pelbagai masalah kulit seperti bintik hitam, jeragat & kesan kedutan.

7. Amalkan night cream sebelum tidur
Semasa tidur, kulit kita mengalami proses regenerasi paling optimal. Akan tetapi, kalau kita tidur dalam keadaan air cond terpasang, kulit lebih cenderung kehilangan kelelembapannye. Jadi, pilihlah krim malam yang bersesuaian yang diperlukan oleh wajah kita agar proses penghasilan sel-sel baru digenerasikan secara efektif. Jangan lupa sapukan juga hand & body lotion pada kulit badan, tangan, & kaki sebelum tidur untuk mengurangkan hilangnye kelembapan kulit ketika kita tidur.

8. Manjakan kulit dengan pakaian yang berunsurkan bahan semulajadi
Tampil bergaya menjadi nilai tambahan. Tapi, make sure kulit kita juga 'setuju' dengan baju yang dipakai. Sebaik-baiknya bahan catton & linen, supaya kulit dapat bernafas & tidak stress. Bahan seperti ini juga mengurangkan risiko alergi pada kulit yang berpunca dari bahan seperti sweater wool, polyester & lurex.

9. Jangan terlalu kerap mencuci muka
Aik tak boleh ke? Bukan tak boleh tapi kerap mencuci muka akan menyebabkan kulit kering. Sebaiknya, gunakan sabun pencuci muka di malam hari setelah selesai aktiviti, bukan di pagi hari. Pernah alami tak lepas cuci muka diwaktu pagi kulit terasa kering. So kalau nak basuh muka sekalipun, gunaka pencuci muka organik yang bersesuaian khusus untuk mencuci muka di waktu pagi. Basuh muka dengan air sejuk sehingga minyak semulajadi kulit tetap terpelihara.

10. Nutrisikan kulit dengan masker
Untuk kelihatan lebih segar & tidak kusam, kulit memerlukan nutrisi yang lebih. Lakukan rawatan ektra dengan ber'masker. Lepas mandi petang atau malam sebelum tidur, pasanglah muzik kegemaran kita & nyalakan lilin aromaterapi yang bersesuaian dengan mood. Kulit yang tenang membuat penyerapan nutrisi menjadi lebih cepat. Di jamin apapun program yang kita lakukan di hujung minggu, kita akan tetap tampil dengan kulit yang cantik, segar & berseri..


Selamat mencuba ^_^

Inginkan konsultasi dari saya untuk pengalaman menjalani kehidupan baru dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan(suplemen) untuk tujuan kesihatan & kecantikan hanya dari sumber semulajadi iaitu vitamin SHAKLEE..


Boleh terus pm sy di FB Rosemawatie @ hubungi sy melalui sms di 0197731060 @ watsap 01592043778
  
Nikmati perkhidmatan yang di tawarkan dari Vitamin Organik: 
_/ Panduan pengambilan vitamin yang betul
_/ Konsultasi PERCUMA after service secara berterusan
_/ Konsultasi priority by special request
_/ Harga istimewa
_/ Setiap pmbelian menerima sesuatu yg istimewa
_/ Penghantaran percuma

_/ Jemputan ke group tertutup khas untuk pelanggan Shaklee 

You Might Also Like

0 comments