Surirumah Sepenuh Masa Lebih Mudah Jaga Penampilan Diri?

Ada yang berpendapat, sebelum berkahwin penampilan memang sentiasa dijaga rapi, tapi lepas dah berumah tangga, semuanya tak terjaga. Tambah pula, bila ada anak lagilaa huru hara. Terkadang penampilan diri seorang surirumah memang menjadi isu dalam rumah tangga bukan sahaja surirumah sepenuh masa malah dikalangan ibu bekerja.

Akan tetapi bagi golongan ibu yang bekerja, pastinya penjagaan rapi diri adalah menjadi keutamaan, ada sebilangan mereka yang tak kisah asal kemas sudah memadai, ada pulayang asal-asal ok aje. Penting ke penampilan seorang surirumah ni?

Boleh dikatakan hampir semua yang lepas berkahwin akan mengalami perubahan fizikal yang mendadak. Bukan sahaja berat badan bertambah malah penampilan pula memang jauh berbeza berubah, nak bermake up apatah lagi kan... Benarkah surirumah lebih mudah menjaga ketrampilan diri?





Orang ramai beranggapan bahawa menjadi surirumah ini adalah pekerjaan paling senang dan seronok sebab boleh golek-golek dengan anak setiap masa. Duduk goyang kaki je di rumah dan tak perlu stress dengan traffic jem atau rakan sekerja atau tak perlu runsing dengan tugasan pejabat yang menimbun. Jadi, surirumah punya banyak masa untuk menguruskan diri untuk menjaga ketrampilan lebih baik.

Hakikatnya, 24 jam masa yang ada, tanpa henti hanya mengurus dan mendidik anak-anak yang masih kecil dan selalu berkelakuan yang tidak dijangka apatah lagi perlu menasihatkan perkara yang sama setiap masa, pastinye tekanan emosi akan berganda tambah pula kita tidak tahu teknik yang betul untuk mengatasinya. 


Apabila kita tidak tahu teknik yang betul dalam menguruskan marah [anger management] yang akhirnya memberi kesan buruk ke atas anak sendiri, maka anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa inilah yang selalu dijadikan tempat untuk kita lepaskan amarah. Keadaan inilah yang menjadi salah satu punca tekanan bagi si ibu. Adakah masih mampu untuk menguruskan diri tatkala berdepan dengan tugas harian & kerenah anak-anak?
 

Pastinya masa kita lebih digunakan kepada apa yang berada di depan mata kita bukan? tugasan rumah, anak-anak & suami. Dek kerana sibuk dengan hal mengurus insan tersayang, kita lupa akan diri sendiri. Pemakanan tidak terurus, terkadang terskip makan, terkadang terlebih makan dek gaya pemakanan yang tidak sihat, kerana itulah berat badan  naik, ada yang pula berat badan turun mendadak & tak normal, kerana terlampau stress dengan tekanan menguruskan anak-anak, rumah & suami kita ambil jalan mudah untuk melupakan keadaan diri kita sendiri.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang surirumah yang profesional, benar..surirumah ni bukan nye calang-calang pekerjaaan, seorang surirumah profesional yang terperap dirumah haruslah mempunyai nilai tambah yangg tinggi dengan pelbagai ilmu, lebih-lebih lagi anger management knowledge. Kita perlulah mengendalikan masa dengan baik, untuk kita berikan ruang pada diri menimba ilmu serta untuk mengekalkan ketrampilan diri yang cantik dan terurus.

Kita tak dapat nak kawal masa yang ada tapi kita mampu untuk mengurusnya. Jadi, kendalikan masa dengan bijak agar kita sebagai surirumah masih boleh mempunyai waktu untuk menguruskan diri. Menguruskan diri yang saya maksudkan di sini, bukan sahaja khusus kepada ketrampilan kita, malah emosi, waktu kita bersendirian, waktu kita mengurus emosi kita,  waktu rehat & sebagainya.

Kepentingan Pengurusan Waktu


Kepentingan pengurusan waktu amat besar bagi seorang surirumah, apabila kita ada time managment yang teratur kita dapat menguruskan masa dengan baik, kurang stress, kurang suasana konflik dengan anak-anak, kita pula rasa lebih proaktif dalam mengendalikan waktu kita, & selebihnya kita ada masa untuk membelai diri sendiri, merawat luaran & dalaman, bukan sahaja fizikal malah spiritual.

Bila kita dapat uruskan masa kita dengan baik, pastinya akan ada value masa untuk diri kita, untuk anak-anak dan untuk suami, mintaklah pada Allah SWT setiap hari, moga dikurniakan masa yang berkat dan bermanfaat setiap hari. 

Saya sedang belajar menjadikan diri untuk lebih efisien menguruskan masa menggunakan jadual, memandangkan saya bekerja dari rumah, walaupun terkadang lari dari jadual, saya perlu bekerja keras untuk stick to it, follow exactly ape yang dah dijadualkan supaya saya masa saya dapat diuruskan sebaiknya dan saya mempuyai kualitu masa untuk diri sendiri, bukan sahaja untuk rehat/manjakan diri malah saya punya masa kualiti bersama Pencipta kita. 

Dalam menguruskan emosi, saya amalkan pengambilan B complex & Vitamin C setiap hari agar dapat membantu mengawal saat-saat depresi saya. So takde laa nak marah anak sangat kan. Selain itu basahkanlah lidah sentiase dengan zikir Fatimah, istighfar & nama-nama Allah yang lain.

Semoga setiap hari kita sebagai seorang surirumah adalah lebih baik dari semalam. Penampilan & penjagaan diri adalah penting khusus untuk suami.

Coretan seorang surirumah untuk surirumah. ^_^
Moge bermanfaat.

You Might Also Like

0 comments