5 Sebab Anda Rugi Mendaftar Jadi Ahli Shaklee

Melalui pengalaman menguruskan satu kes pembatalan pendaftaran Shaklee kerana di tipu oleh seorang pengedar Shaklee, memang mencabar kreadibiliti saya sejak mula mencintai bidang nutrisi sebagai pendapatan tambahan saya yang bekerja dari rumah.

Entry kali ni saya khususkan untuk pengamal tegar vitamin-vitamin Shaklee yang masih belum menjadi ahli Shaklee atau bagi mereka yang mula berminat untuk mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee atau mereka yang mahu menjadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan.

ANDA AKAN MENYESAL KALAU BACA ENTRY INI HANYA DI SINI SAHAJA!!, sekirenye anda memang berniat untuk menjadikan Shaklee sebahagian dari hidup anda, walaupun hanya untuk makan sendiri. 

Bacalah lanjut info yang bakal saya kongsikan kali ini & dapatkanlah FREE EBOOK hebat ulasan lebih mantap berkenaan dengan kenapa mereka yang nak jadi ahli kene pilih SID yang ada kat Malaysia ni, bukan main register aje, di akhir entry ini.

AWAS sebelum berdaftar menjadi ahli sebab-sebab di bawah ini perlu anda titik beratkan sebelum membuat keputusan untuk berdaftar menjadi ahli Shaklee, terutama sekali bagi YANG BENAR-BENAR MINAT UNTUK BERNIAGA.

5 Sebab Anda Akan Rugi & Menyesal Mendaftar Jadi Ahli Shaklee, Sekirenye :

1. Mendaftar dengan pengedar Shaklee yang tidak tahu selok belok vitamin. (kurang ilmu)

Sekirenye anda hanya daftar menjadi ahli Shaklee hanya untuk tujuan makan sendiri bukan berniaga, haruslah anda memilih pengedar yang berilmu, yang  'well-known' tentang vitamin, dan yang menyediakan konsultasi untuk panduan pengambilan, juga tahu dengan masalah yang berkaitan kesihatan anda. Ini untuk tujuan pemautauan sepanjang anda mengambil vitamin, supaya anda dapat hasil dan manfaat sepenuhnye dari vitamin tersebut.

Kalau berdaftar untuk tujuan makan sendiri dan nak jadikan ahli Shaklee yang aktif berniaga. Kriteria ini juga penting, kerana pegedar tersebut bakal menjadi sebahagian rujukan anda tentang vitamin ketika anda berniaga nanti.

2. Mendaftar dengan pengedar Shaklee yang tidak lagi aktif

Bagi yang benar-benar mahu menjadikan Shaklee sebagai pendapatan sampingan atau pendapatan sepenuhnya. Anda perlulah berdaftar dengan pengedar yang aktif berniaga & yang boleh membimbing anda untuk berniaga.

Mendaftar dengan pengedar yang tak aktif berniaga adalah satu kesilapan besar bagi mereka yang benar-benar nak berniaga.

3. Mendaftar dengan pengedar Shaklee yang penipu & main nak untung aje

Ini banyak berlaku, ada satu kes, pengedar membuat promosi FREE MEMBERSHIP SHAKLEE yang mana telah melanggar etika berniaga dalam Shaklee & mengaburi pelanggan dengan promosi yang dilarang.




Akhirnye menjadikan ahli-ahli baru yang berdaftar tak kiralah walaupun untuk makan sendiri tidak mendapat point dari pembelian & yang ingin berniaga pula terkandas kerana berdaftar dengan pengedar yang hanya nak mengaut keuntungan segera dengan mendaftarkan ahli (melalui promosi free tadi) tapi tidak mengaktifkan keahlian.

Pelanggan sangka keahlian telah di aktifkan walhal untuk mengaktifkan keahlian, anda perlu membuat pembayaran RM65 untuk yuran & RM10 untuk pos penghantaran, jadi RM75 then barulah keahlian anda aktif & anda akan di sertakan dengan ID untuk log in masuk ke www.shaklee2u.com.my area. Keadaan ini bakal merumitkan mereka yang benar-benar nak menjalankan perniagaan ini.

4. Mendaftar dengan pengedar Shaklee yang jual murah

Saya biasa menerima pertanyaan dari pelanggan yang nak 'survey harga', apatah lagi berasa untung kalau jumpa pengedar yang menjual harga ahli..awas!! rugi & kesal bakal menanti

Kebanyakkan yang mempraktikkan menjual harga ahli kepada pelanggan yang tidak mahu menjadi ahli adalah di kalangan pengedar yang hanya semata-mata MENJUAL VITAMIN SAHAJA, selebihnya apa pun tak tahu, cara makan vitamin pun tak tahu, segala panduan atau tips pun memang zero, telur ayam sahaja. Ini memang nahas sebenarnye, tambah pula kalau anda terus berdaftar menjadi ahli. Tup tup tiba masa anda rasa ade potensi untuk berniaga dalam Shaklee tak ke rugi & kesal pun pasti datang bertalu-talu ketika itu. 

5. Mendaftar dengan pengedar Shaklee di kalangan ahli keluarga/kawan-kawan.

Bukanlah mendaftar di kalangan ahli keluarga atau kawan-kawan mahu pun saudara tidak boleh, bukan begitu, bukan saya kata SALAH mahupun TAK BOLEH tapi sekirenye anda nak serius berniaga ia takkan dapat mengembangkan perniagaan anda untuk berjaya dan bertahan lama dalam perniagaan nutrisi ini sekirenya mereka-meraka yang yang dikalangan ahli keluarga kita ini tidak arif dalam dunia Shaklee.

Natijahnya sebelum berdaftar sebagai ahli shaklee untuk berniaga,

Dalam usaha kita nak menjalankan satu-satu perniagaan, pastinya akan berdepan dengan cabaran & jatuh bangun kita untuk berjaya. Oleh itu, kita perlulah mempunyai pembimbing atau mentor yang benar-benar boleh bawa kita terus mendaki ke puncak kejayaan, yang sentiasa memberi bimbingan, motivasi & nasihat-nasihat juga teguran yang positif tak kira masa. Yang pastinya bersama-sama pimpin tangan untuk bersama berjaya, bukan ambil kesempatan atas perniagaan kita. Apapun untuk melaksanakan sesuatu bagi capai apa yang kita mahukan adalah bermula dengan diri kita sendiri.

Dalam Shaklee, sekirenye  anda berada dalam group yang betul, insha Allah berkat kemahuan yang bersungguh-sungguh, usaha anda & bimbingan dari mentor2 hebat. Pasti kejayaan dalam genggaman.

Jadi, sebelum berdaftar ahli, kenal pasti terlebih dahulu pengedar yang menjual kepada anda, adakah ia memenuhi kehendak yang sewajarnya anda dapat atau tidak. Moge 5 sebab yang saya highlight kan di sini dapat menjadikan panduan supaya anda benar-benar memilih SID yang sepatutnya untuk berdaftar menjadi ahli Shaklee.

EBOOK ulasan lebih mantap yang bakal ELAKKAN anda daripada melalui pengalaman mimpi paling mengerikan apabila berdaftar menjadi ahli shaklee.




KLIK LINK ini untuk "7 ciri IDEAL penaja Shaklee yang sepatutnya saya tahu sejak 7 tahun lepas"

Berminat untuk berdaftar menjadi ahli Shaklee @ rakan bisnes saya??

Hubungi saya Rosemawatie MHassan 0197731060
atau PM sy di FB Rosemawatie MHassan


Saya Pengedar Shaklee Berdaftar 906555.

Menyediakan perkhidmatan COD vitamin/konsultasi/penerangan lanjut mengenai Shaklee di Perak hanya untuk kawasan, Bercham, Ulu Kinta, TamanPerpaduan & Tanjung Rambutan


You Might Also Like

0 comments