Perlukah Ubat Batuk atau Selsema Untuk Kanak-Kanak?

Apabila anak sakit..kite sebagai ibu bapa mesti risau dan takkan biarkan keadaan kesihatan anak kita tanpa diubati. Tak kire apa pun penyakit, kite mesti nak berikan rawatan terbaik untuk anak-anak kite kan. Tapi tak semua tindakan macam ni wajar dipuji sebab tak semua penyakit perlukan pengubatan yang agresif. 

Lebih malang lagi, apabila ubat yang kita harapkan dapat membantu mengubat sesuatu penyakit memberikan  kesan buruk dalam diam kepada kesihatan. 

Tahukah ibu bapa sekalian, kanak-kanak lebih peka terhadap kesan-kesan ubatan berbanding orang dewasa disebabkan oleh fungsi organ yang masih berkembamg & belum matang sepenuhnye.

Walaupun ade ubat-ubatan tertentu yang amat berkesan untuk mengubati penyakit orang dewasa, ia tidak semestinye bertindak & beri kesan yang sama kepada kanak-kanak.




Sebagai contoh, pada tahun 2008, Health Canada & US Food And Drug Administration (USFDA) telah melarang ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor yakni over-the-counter (OTC) diberikan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun meskipun ubat itu didapati berkesan kepada orang dewasa.

Hal ini kerana ubat batuk tersebut mungkin mengandungi kombinasi lebih lebih daripada satu jenis bahan aktif seperti Dekongestan (ubat mencairkan mukus sama ada di hidung atau di tekak), anti histamin (ubat anti radang) & anti tusif ( ubat menekan reseptor batuk di otak) yang boleh meningkatkan risiko kesan buruk ubat terhadap kesihatan seseorang.

Untuk memudahkan kefahaman ibu bapa sekalian dengan apa yang saya nak share kan hari ini, berikut disenaraikan bahan aktif yang digunakan dalam ubat batuk & selsema yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.

Kategori Ubat & FungsinyaContoh Ubat
Dekongestan : Ubat yang digunakan untuk melegakan hidung tersumbatPseudoephedrine
Anti Histamin : Ubat yang digunakan untuk melegakan gejala keradangan, seperti rasa gatal, kemerahan & bengkak.Diphenhydramine, Loratadine, Chlorpheniramine
Anti Tufis : Ubat yang berfungsi untuk mengurangkan kekerapan batuk, terutamanya bagi batuk yang tidak berkahak.Dextromethorphan

Berdasarkan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk & selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung, menurunkan kadar kesedaran & kematian mengejut.

Di Malaysia, produk ubat batuk & selsema yang mengandungi dekongestan, antihistamin, anti tusif, dikategorikan dalam racun kumpulan C (hanya boleh didispen oleh pengamal perubatan profesional & juga ahli farmasi serta tidak oleh dijual di pasaran terbuka).

Kalau ibu bapa sekalian nak berikan ubat batuk & selsema dariapad kategori ni kepada kanak-kanak, silalah buat rujukan terlebih dahulu & dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi yang menjual.

PENGGUNAAN UBAT BATUK (cough & cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2tahun.
  • Tidak digalakkan kerana berisiko mendapatkan kesan buruk yang serius sehingga boleh menyebabkan kematian.

PENGGUNAAN UBAT BATUK (cough & cold) untuk kanak-kanak berumur lebih 2 tahun.
  • Jika perlu untuk diberikan ubat batuk pada anak, pastikan semua label & arahan dibaca dengan teliti.
  • Jika produk tidak mempunyai sebarang maklumat dos untuk kanak-kanak, maka ubat ini bukan untuk kanak-kanak.
  • Jangan berikan dos lebih daripada yang ditetapkan.
  • Ingat! Ubat batuk & selsema tidak menyembuhkan penyakit (batuk & selsema) anak kita. Ia hanya melegakan simptom yang dihadapi seperti hidung berair atau tersumbat & demam. Ia juga tidak mempercepatkan tempoh penyembuhan.
  • Jangan berikan lebih daripada satu ubat batuk atau selsema kerana ia mungkin mempunyai bahan aktif daripada kumpulan yang sama. Jika ini berlaku, ia akan meningkatkan risiko keracunan ubat (overdose) kepada anak.
  • Demam, batuk atau selsema yang biasa sering disebabkan oleh jangkitan virus. Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan kekuatan antibodi dan tidak perlukan ubat-ubatan. Apa yang diperlukan oleh anak kita adalah rehat & pengambilan air yang secukupnye. 

Sumber : PUSAT RACUN NEGARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.

Kebiasaan kalau anak demam apa yang kerap dipraktikan oleh ibu bapa harini, kite kerap mandikan mereka, atau sentiase basahkan badan selain dari usaha beli ubat kat farmasi atau pegi klinik kan? Lepas tu kite akan bergelut dengan anak yang tak suka makan ubat. Ade yang sampai terpaksa picit hidung nak kasi bagi anak makan ubat, sebab susah sangat nak telan..sebagai cadangan mungkin dengan mencuba cara untuk mencegah anak-anak yang kerap demam, selsema & batuk ini dapat menjauhkan mereka dari pada menerima ubat-ubatan seperti yang saya nyatakan di atas.

Buatlah pilihan terbaik untuk anak anda. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. jazakallahu khairan.

Wassalam.

 


You Might Also Like

0 comments