Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu yang melahirkan anak adalah mampu untuk menyusuakan anak yang dilahirkan. Memang hari ini banyak kita dengar @ baca kisah susu kurang, susu badan kering..itu semuenya adalah berpunca dari sebab2-sebab tertentu & bukan ibu itu tidak langsung boleh menghasilkan susu. Oleh sebab itu sewaktu kita mengandung @ sebelum merancang kehamilan lagi kite perlu isi pengetahuan berkenaan penyusuan, konsep penyusuan sebenar & macam-macam lagi supaya kita lebih bersedia menghadapai sebarang kemungkinan nanti.

Menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan & tumbesaran bayi yang sihat. Susu ibu adalah bersih, seimbang & paling terbaik buat anak kita. Ia mengandungi semua khasiat sebaiknye yang diperlukan oleh bayi kita untuk hari-hari pertama selepas lahir.

Untuk mendapatkan penghasilan & penyusuan susu yang baik, pastikan kita mengamalkan pemakanan seimbang walaupun sebelum ibu disahkan hamil.

Kelebihan susu ibu kepada IBU


1. Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan daripada mengandung, walau bagaimana pun ia bergantung pada tahap kesuburan & kestabilan hormon seseorang.

2. Membantu dalam mendapatkan berat badan ideal sekirenye ibu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman. Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari!.Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, ibu seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

3. Ia bantu rahim ibu kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat & mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

4. Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari. Kajian menunjukkan bahawa penyusuan badan yang melebihi tempoh satu tahun setengah atau dua tahun mampu mengurangkan risiko barah payudara. Yang menariknya, sumber juga mendapati bahawa risiko barah payudara turut menurun pada bayi perempuan yang disusui oleh ibunya.

5. Penyusuan susu ibu boleh dilakukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Untuk memudahkan ibu-ibu menyusu untuk menyusu ketika berada diluar, pakailah nursing dress @ baju yang selesa yang boleh menutupi aurat bagi yang beragama islam..ini memudahkan ibu sekirenya anak dah mula meragam & pastinye dah tak sempat-sempat dah kita nak ke nursing room sekirenye berada di shopping mall. Kita boleh menyusukan meraka di mana-mana sahaja walaupun di kawasan awan, asalkan aurat kita terpelihara.

Kelebihan susu ibu kepada bayi


1. Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul & isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar.

2. Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru. Pemberian susu ibu 1jam selepas bersalin sangat-sangat penting untuk mencegah bayi dari penyakit jaundis.

3. Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi. Kajian menunjukkan bayi yang menerima susu ibu mempunyai paru-paru yang kuat, & berkembang sangat baik berbanding dengan bayi yang menerima susu formula. Hasil ini juga tetap sama walaupun ibu mereka mempunyai sejarah penyakit asma.

4. Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak. Penyusuan susu ibu secara esklusif  dalam tempoh paling minimum 3bulan mengalami perkembangan otak 30% di bahagian penting otak yang mengawal kemampuan bahasa, emosi & pemahaman.

5. Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain. Penyediaan dalam kaedah lain seperti tahap kebersihan & penjagaan botol susu & semase penyediaan
ia boleh terdedah kepada pencemaran yang turut menyumbang kepada masalah kesihatan bayi.

6. Susu ibu boleh dipengaruhi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya.

7. Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan  emosi yang diperlukan oleh bayi. Saat menyusukan bayilah membuatkan hubungan ibu & anak lebih erat. Sekaligus bayi rase tenteraman & selamat.

Jadi, mengapa perlu berikan susu formula pada anak sedangkan kebaikan & keitimewaan kite sebagai ibu memang mampu untuk menyusukan bayi kite sehingga waktu berhak anak-anak dihentikan penyusuannya..berusahalah untuk berjaya menyusukan anak sehingga 2tahun. Besar pahala bagi ibu yang beragama islam..Ada masalah dengan penghasilan susu ibu?? Klik sini utk Tips banyakkan susu ibu.

Sekirenye ibu-ibu mempunyai masalah kesihatan & penghasilan susu badan kerana kekurangan nutrisi @ badan mudah letih & sering stress yang mana ini merupakan puna-punca masalah kekurangan susu badan, Ibu-ibu boleh dapatkan khid,at konsultasi dari saya bagi mengatasi masalah tersebut. Pm sy di FB Rosemawatie @ boleh msg terus ke 0197731060.

You Might Also Like

2 comments