5 Perkara Tentang Ruam Lampin Yang Wajib Ibu Tahu Rahsia Pencegahan Terbaik

  • Wednesday, October 18, 2017
  • By Rose MH
  • 0 Comments

Perkara paling biasa berlaku pada setiap bayi pertama ibu-ibu pastinya tentang kehadiran RUAM, memang runsing kalau dah nampak ruam je pun dah mula tak tentu arah ibu jadi nya ehee ^_^

Tapi kalau dah masuk anak ke dua ke tiga..ruam masih berlaku..haa ibu-ibu perlu get ready dengan pencegahan, atau maybe anak sebelum ni tak ada masalah ruam, masuk anak no 2 3 ke, kenapa pulak boleh jadi ruam nih?

Ruam boleh berpunca dari banyak faktor tapi sharing kali ni kita nak khususkan kepada ruam lampin sahaja sebab ia sangat biasa berlaku dikalangan baby kita.


GEJALA YANG BOLEH DI LIHAT

Ruam lampin berlaku apabila terjadinya tanda-tanda kemerah-merahan. Biasanya ia berlaku sekitar bahagian kemaluan, punggung, kelangkang & peha. Haa ye, kat ketiak macam dalam gambar ni pun ye..selalu nye kat pelipat anggota badan mereka jugaklah..tambah-tambah kalau yang baby Michelin tu kan..laagi laa mudah kene kalau tak jaga ^_^ 






Baby akan menangis apabila berasa tidak selesa, rasa sakit & gatal.


APA YANG MENYEBABKAN BAYI MENGALAMI RUAM LAMPIN

Ruam lampin terjadi kerana lampin yang mengandungi air kencing dipakai terlalu lama & terlalu ketat.

Najis bayi pula, dibiarkan lama tanpa dicuci. Bahan pencuci yang digunakan untuk mencuci lampin turut memberikan kesan infeksi.

Ada setengah bayi, kulit nya boleh tahan..tapi dont take for granted sebab kebanyakkan kulit bayi adalah sensitif tambah-tambah lagi bayi bawah 6bulan..

Lagipun najis tu kan..jangan dibiarkan terlalu lama. Kena kerap check.

APA ITU JANGKITAN KULAT


Ruam lampin menjadi semakin teruk disebabkan oleh organisma Candida Albicans di mana ia hidup di kawasan panas & basah.

Ruam yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah. Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak berjumpa doktor kerana mungkin ia berkaitan dengan jangkitan kulat.


5 PERKARA YANG DAPAT DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH BAYI TERKENA RUAM LAMPIN?



1. Tukar lampin sekerap yang boleh : Bila sedar je diapers baby kita dah mula dah nak 'sarat' atau at least setiap 2 jam check. Cuba jadikan habit lakukannye supaya pada masa akan datang akan lebih mudah.

2. Gunakan Vaseline Petroleum Jelly : Ini perkongsian peribadi, pada baby Kak Rose memang berhasil, selesai mandi baby..lepas ibu-ibu dah apply cream bedak segala, calit laa Vaseline sikit kat area pelipat yang mana berpotensi untuk kene ruam, kat muntut tu sikit hihihi.. ^_^

Boleh apply banyak sikit..agak-agaklah banyak nye tu ^_^ ketika ibu-ibu rasa baby perlu pakai diapers untuk tempoh waktu tertentu

Kalau dah ade nampak sikit-sikit nak jadi ruam Kak Ros lebih suke guna Herbablend  sebab kandungan cream shaklee ni TIADA CHEMICAL which is sangat suit dengan kulit baby kita yang sensitif & ia jugak multipurpose use.

3. Berikan udara : Pakaikan diapers dengan kelonggaran yang sederhana..Kalau ketat sangat skin baby macam tersekat tak kene udara. Bila berpeluh mudah terkene ruam..so pakaikan baby punye diapers sedang-sedang longgar je

Not too tight not too loose

4. Basuh tangan : Standby sanitizer sekali, nak kendalikan baby yang masih berapa hari dalam pantang kebersihan memang amatlah perlu diberi perhatian,  ia juga boleh dijadikan habit even mereka dah toddler pun, kita selalu basuh tangan selepas tukar diapers baby kan?

Tapi cuba basuh sebelum juga. Ini boleh membantu mencegah bakteria atau yis tersebar.

5. Guna kain lap yangbersih atau air : Bersihkan bahagian bawah badan bayi semasa menukar diapers, kita boleh basahkan tisu kain, atau kain bersih khas, atau boleh guna kapas. JIka kita menggunakan tissue wipe baby tu, elakkan yang wangi atau alkohol.

Ruam Susu


Baby juga boleh mendapat ruam susu. Baby akan berasa rimas & gelisah yang boleh menganggu tidurnya terutamanya waktu malam. Ruam susu terjadi apabila kehadiran bintik-bintik merah dibahagian muka, leher & dada bayi.

Ia berlaku disebabkan, dikatakan ibu bapa memiliki sejarah alergi atau bayi yang mendapat susu ibu daripada ibu yang makan telur, daging, ayam, kacang-kacangan & makanan penyebab alergi lain.

Malah ada juga bayi mengalami alahan kepada susu yang berasaskan protein lembu iaitu susu formula.

Rawatan : Bagi ibu yang menyusukan susu ibu kepada bayi elakkan makan makanan pencetus alergi.

Anak-anak Kak Rose juga pernah alami ruam susu di bahagian dagu & tepi bibir disebabkan susu badan, ini punca sebab terkene susu badan kita, bukan dari faktor dalama. 

Cara pencegahan yang Kak Rose buat adalah setelah selesai menyusukan, segera bersihkan bibir bayi dengan kain bersih yang lembap

Okeh ibu-ibu semua, moga sharing Kak Rose kali ni membantu ibu-ibu untuk lakukan pencegahan, jika keadaan ruam berlarutan segeralah berjumpa doktor, kalau pakai cream farmasi atau klinik tak jalan..

Boleh contact Kak Rose 0197731060 untuk dapatkan Herbablend Shaklee..nak beli terus kat sini pun boleh..ahkak is suke bebenor ^_^ klik link di bawah untuk belian ye






You Might Also Like

0 comments