Part3# Cara Capai Impian Dengan Mudah & Tenang Sampai Boleh Buat Kau Orang Bergegar Jiwa

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam cara campai impian sambungan ke bahagian ke tiga ^_^ macam mana kita nak atasi rasa rendah diri punca dari bisikkan syaitan?

Merendah-rendahkan diri sendiri


Mesti kau orang pernah rasa kan, rasa macam 'aku ni tak pandai' 'aku ni serba serbi tak reti' ini yang dimaksudkan merendah diri di sini...bukan be humble down to earth tu..



Ini melibatkan sikap yang mengata diri sendirilah senang cakap^_^
Yang ni memang common..... menghinakan diri sendiri ni kan sebenarnya HARAM dalam Islam.


Kita tak boleh hina diri kita sendiri


Janganlah perasan diri kita ni kita punya, diri kita ni Allah punya... jangan hina ciptaan Dia. dia jadikan kita juara, kita jangan duduk nak jadi biasa-biasa... dihinakan... direndahkan



Iblis ni dia tak suka orang lain lebih dari dia. Sebab tu lah masa Allah suruh sujud pada Nabi Adam, Iblis tak mahu turut sujud. 

Jadi konco-konco iblis ni seboleh mungkin nak kita duduk level rendah dari dia. Sebab dia dah tau kita ni lebih bagus dari dia jadi apa dia buat... dia jadikan kita merendah-rendahkan diri sendiri.... lagi dia suka kalau kita takde impian, takde cita-cita, mudah putus asa.. memang dia orang happy sangatlah!

Membuatkan kita tak bersyukur


Okey kita tahu antara syukur tu ialah dengan ucap Alhamdulillah kan? Selain dari mulut mengucap "Syukur alhamdulillah" syukur itu juga ialah apabila kita menggunakan anggota kurniaan Tuhan dengan cara se-optimum yang terbaik. 

Tapi dia orang ni buat kita malas nak guna pakai anggota kita... tangan yang sihat ni yang patutnya boleh bekerja dengan memanfaatkan sebaik-baiknya, kita pi guna buat tekan-tekan remote, tekan-tekan dok main game je.... 

telinga ni pulak yang boleh dengar, kita dok dengar lagu-lagu aje manjang...otak kita sudahnya jadi malas nak fikir. Aduhaai!

Optimumkan penggunaan anggota badan


Kata Mami Lyna dalam kelas ni dia suka interview orang-orang yang berjaya... tak kiralah downline ke upline ke sideline ke atau orang yang tak ada kaitan dengan Shaklee...

Katenya, 'mereka ni gunakan anggota badan  dia orang dengan betul-betul ..scroll FB bukan nak stalk orang tapi nak cari prospek. 

Tengok TV bukan nak folow zul aripin tapi nak tambah ilmu. setiap benda difikirkan untuk memberi faedah yang berganda.'

Cuba lihat kita..apa kita buat dengan anggota badan kita dan macam mana kita manfaatkan segala nikmat yang kita ada?


Menangguh-nangguh masa


Benda paling berharga yang kita ada di dunia ni adalah masa. Masa itu emas..betapa bernilainya masa tu sampai disamakan dengan EMAS..So syaitan ni suka buat kita suka mensia-siakan masa. 

Dan dia orang sangat suka bila kita menyesal akhirnya.... 

Cuba fikir-fikir, berapa banyak dah masa yang selama hayat kita hidup ni kita dah buang macam tu je!?

Benda yang berkaitan dengan masa ni.. memang tricky. kita takkan sedar betapa berharganya sampailah kita kehilangannya

 Lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain


"Aku jadi macam ini sebab mak aku tak didik aku elok-elok" "Aku jadi macam ini sebab cikgu memanjang aje marah aku" semuanya kita nak blame orang lain, semua bukan salah kita. 

Padahal sebenarnya kita ni Tuhan dah beri otak untuk fikir nak pilih mana elok mana yang tak elok.


Memberi keyakinan palsu


Macamana harapan palsu? Bila nak buat sesuatu yang breakthrough, kita takut sebab 'tak ade pengalaman' 'tak cukup ilmu', macam-macam lagi reason yang keluar lah. 

Tapi masa kita nak kawin dulu tak ade pulak nak takut-takut sebab tak ade pengalaman kan... kalau semua benda kita nak buat kena ada pengalaman, semua orang pun tak kawin-kawin & tak beranak-anak lah jawabnya....ye dak!? ^_^

Kalau rasa nak bernanti-nanti, cuba ingat balik masa nak kawin dulu....

 ada tak rasa "ehhhh taknak la kawin,,, aku tak de pengalaman... tak cukup ilmu nak kahwin-kahwin ni"

Lepas tu nak cepat-cepat beranak, takde pulak rasa "aku takde ilmu, tak ade pengalaman mengandung beranak ni, taknak laaaaaa"

Kenapa nak kahwin beranak boleh je? bab lain semua tak boleh?

Nampak tak macam mana permainan syaitan di situ...dalam kita nak usaha capai sesuatu..banyak distraction yang dia orang buat untuk kita..tapi aaa kita tak habis kat sini je tau..

Nanti sambungan macam mana nak tukar mind set kita untuk capai impian di PART#4 entry Kak Rose esok yeh

terima kasih setakat ini kerana terus membaca ^_^




You Might Also Like

0 comments